Yeay.... Akhirnya impian aku nak uruskan sangkar burung-burung aku secara proper terlaksana sudah. Nak tunggu sangkar cantek lambat la lagi... tunggu la yang sedia ada ni dulu.
Akhirnya... setelah tercari-cari , aku berjaya juga sampai ke kedai World Of Pets kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi Jumaat lepas bersama kawan ofis aku si Lin. Bukan apa... teringin sangat nak tengok burung-burung yang ada kat situ dan juga beli peralatan untuk burung aku seperti makanan, ubat, vitamin, shampoo mandian, serbuk kayu untuk nestbox, toys dan sangkar untuk burung aku yang sedang menunggu untuk dihantar bila-bila masa saja nih. Tetapi masa aku datang tu... banyak barang untuk burung yang dah takder stok.. huhuhu.. sedih. Tapi tokey kedai tu janji akan bagitau kalau stok barang untuk burung tu sampai... yeay!!!
At last haritu aku sempat beli toys untuk burung aku yang menjadi idaman kalbu. Huhuhu... tak sabar nak letak kat cage burung aku.
So hari Sabtu lepas... hubby aku tolong lah pasangkan toys, cermin dan nestbox serta food feeder untuk burung cockatiel aku punya cage. Tak lupa juga pasang toys kat sangkar budgie aku. Huwaaa.... suka sangat!!! Yang kelakar tu... cockatiel aku asyik la dok menempel kat cermin tu tengok diri sendiri... kadang tu siap patuk cermin tu balik!! Hahahah..... Haishhh... perasan cantik la tu. Bab mainan tu they all baik cockatiel or budgie aku still sombong lagik... tunggu la beberapa hari sok. Tak lupa juga bersihkan dan pasang nestbox dan letak serbuk kayu untuk burung-burung aku boleh bertelur kat sangkar tu... Huhuhu... mengharap betul nih dapat anak angkat lagik!!!
Satu lagik perangai buruk cockatiel yang aku baru aku perasan bila dia makan bukan dari lubang belah bawah food feeder yang sepatutnya dia makan tu tapi melalui lubang atas food feeder yang tempat kita nak tambah makanan dia. Sabo jer laa... dah jadi kebiasaan pula. Food feeder tu aku beli dari member burung juga di FB. Memang bagus idea dia ni. Tapi burung aku lak tak paham bahasa. Heheheheh!!! What ever laa... janji korang bahagia.... Love all my birds!!!
Hopefully bird aku happy dengan segala kelengkapan yang aku dah siapkan... Muachhh!!!!
1 comments:
No komen
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!