Rabu, 16 November 2011

Persembahan Koir Di Hari Inovasi 2011

Posted by Emmymazli at 4:12 PTG
14 November 2011 - Dewan Baiduri, NRE

Perghhh.... letih balik dari Terengganu untuk attend Kursus PA tak habis lagik.... pagi Isnin tu aku dan geng koir yang lain kena buat persembahan untuk Hari Inovasi kerana NRE mendapat tempat kedua semasa pertandingan koir yang lepas.
Dibelakang pentas sebelum memulakan persembahan
Tiada apa yang istimewa kecuali kami team NRE rasa teruja dan happy dapat pakai baju melayu (bagi yang perempuan) untuk persembahan tu.  Hahahah... habis baju hubby aku sebat!!! Nasib baik muat!!!

Dan yang paling best pada haritu bila kami dah dapat hadiah tempat kedua yang berupa trofi dan cek bernilai RM2000 untuk dibahagi-bahagikan kepada peserta koir.  Jadilahkan......  sekarang tinggal nak dapatkan habuan masing-masing jer.  
Hadiah kami...
Possing dengan hadiah kemenangan kami
Habis jer persembahan... aku terus balik ke rumah.  Letih dan pening kepala sebab mabuk dalam bas tak habis lagik.  Kiranya aku ambil cutilah haritu.  Apa pun.. aku dah merasa lega sebab semua event berat-berat dah selesai.  Thanks kepada geng-geng koir yang menjayakan team kita ni.... Love u all!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...