Harini aku rasa sangat puas hati bila dapat bersuara dan meluahkan ketidak puashatian aku selama hampir 11 tahun aku join 'team' ni kepada seseorang wanita tu dan cc email tu kepada beberapa rakan lain yang se'team' ngan aku.
Sorrylah kepada wanita yang terasa tak puas hati kat aku tu.... aku bercakap kerana yang benar. Itu kira baik aku tulis secara sopan. Selama ni aku hanya perhatikan dan mendengar keluhan kawan-kawan lain walaupun hakikatnya aku sendiri pun terkena batang hidung... tapi kalini dah tahap tak tahan dah. Lagi kami diam... lagi diorang ambil enteng!! So far.... apa yang aku tulis tu mendapat sokongan dari kawan-kawan yang se'team' dengan aku tetapi baru sekaranglah mungkin mereka sedar apa yang berlaku pada 'team' kami ni lebih-lebih kepada adik-adik baru. Kenapa tak dari awal lagi bersuara??? Kenapa nak tunggu aku bersuara baru nak sokong..... heheheh.... takutlah tu.... takut nama naik kat pihak atasan kot. Hehehhe.... sorry guys... aku memang laser... tapi laser yang bertempat ok!!!
So far... aku tak salahkan pihak atasan kalau betul perancangan dan percaturan orang bawahan. Biasanya orang atasan akan terima seadanya jika benar percaturan orang bawahan. Selalunya.... lebih sudu dari kuah... hahahha.. paham-paham sendiri sudah!!!! Macam dalam kes 'team' aku ni.... training macam nak mampus.... bukan wajib dan ada dalam senarai tugas pun.... itu belum lagi kena perli ngan bos dan kena marah ngan laki masing2 balik lambat dan ganggu waktu cuti.... masing-masing atas sukerela dan masing-masing pun ada tugas hakiki..... tapi kami ni di layan macam haprak.... bila ada pujian dan menang sesuatu... 'diorang' yang dapat nama.... at the last kami dipinggirkankan... boleh gitu...?? Nak minta cuti ganti yang kami luangkan masa pada hari Sabtu dan Ahad pun dah macam pengemis mintak duit di jalanan. Macam-macam alasan yang dibagi. Itu belum lagi kata nak amik semua baju yang kami pakai masa show dan pertandingan yang 'team' aku joint!!! Orang lain kalau tengok memang ingat sponsor la... Macam hebat jer!!! Huhuh... sadis sungguh!! So far bila aku tanya team lain... diorang sepenuhnya diberi pakaian/sponsor oleh penganjur waima sehelai tshirt atau tudung sekalipun.. janji next time ada event boleh involve lagik.... Ni bila kita bersuara melalui email.... tak mau pula wanita tu bersuara atau balas email kami. Email mintak pakaian pun suruh ikan bilis yang hantar!! Apa barang!!! Ada bran ke tak???!!!! Pastu dengarnya bila aku email begitu terus nak hantar email kat pegawai atasan kununnya.... hmmm... coward!!! Balas la email aku kalau berani....!! tak yah cakap belakang!!!!
Bagi aku la..... bila dah kerja sukerela.... jangan ingat sumer pun jadi sukerela. Ko panggil artis luar pun kena bayarlah walaupun artis tu tak glemer langsung!!! Kitorang nih... free... takder bayaran pun... tapi kalau selalu dah tolong tapi apa pun takder.... lepas tu jadi 1 bebanan pula pada kami ni...apa lagi yang nak disukarelakan... bukan nak emotional... tapi dah beberapa tahun aku sabar. Harini burst jugak!! Itu belum lagik aku cerita ada 1 pegawai ni bukan main loghat pasal event dia suruh budak koir tunggu seharian kat dewan tu kerja la nak menyanyi dan tunggu diorang wat reheasal berkali-kali. Pastu bagi arahan macam good-good jer seolah-olah budak koir ni takder kerja lain kat opis.. melalak jer la kerjanya. Kalau lagu susah tu tahanlah lagi... lagu Negaraku dan Hijau jer pun... Bagi arahan 1 kali sudah!! Jangan buat kerja sukarela kami ni 1 bebanan!!! Lagi 1, alasan ko sebelum ni melalui mulut orang lain aku amat tak diterima pakai... serius beb!!!! Ko kata takut nanti Audit nak check baju tu laa... tudung la.. setau aku.. tudung pakai petty cash under event. So far siapa yang dah bagi tudung lama pun tak dapat balik..... kalau bagi baju apatalah lagi.. silap-silap baju sumer bagi kat orang admin 3-4 tahun akan datang. Huhuhu... aku pernah duduk admin.. aku tau sangat.
Lagi 1... jangan nak berjanji apa-apa kalau tak mampu nak tunaikan..... Ni masa belum pertandingan bukan main macam-macam yang dijanjikan.... at last dah menang pun walaupun dapat no 2... habuk pun takder... bayang pun tak nampak... senyap jer... takkan nak tunggu tanya kot??!!! Itu belum lagi tanya duit hadiah kemenangan kami. tu... saja buat lambat-lambat ke atau saja nak hold duit memasing??? Ingat... itu hak kami tau... Nak trofi ngan sijil kami bleh bagi tapi dengan syarat serahkan hak kami.... Haiiiilaahhhh...... manusia-manusia.... memang manusia ni mudah lupa!!!
Kalau aku nak ceritakan kat sini memanglah jadi panjang berjela.. banyak buruk dari baiknya... siap ada hutang tertunggak dan tak terlangsai kat aku ni... manis masa mula-mula suruh itu ini but at last... RM56 aku beli CD pun lom bayar dah 3 tahun... apa cer... memang sekarang semua kena ungkit.... Kalau mintak kat telefon or cakap depan-depan pun pun macam-macam alasannya. Dia salahkan orang lain pula!!! Tak bleh blah laa!!!!
Hmmm.... penat berfikir!!! Kita look and see jer la.... apa yang berlaku... Kepada insan yang membaca entry aku... kalau tak faham hujung pangkal aku mintak maaf sesangat!!! Ni sekadar luahan perasaan aku pada harini. Tak boleh simpan dalam dah ni.... huhuhu.... dah pecah dah rasanya.... Biarlah orang kata aku ni emosional.... tapi kena ingat.... berapa lama pula aku sabar hingga boleh jadi se emo ni... fikir-fikirkanlah.... selamat beramal!!!!!!!!
Chow!!!!!
2 comments:
marah bebeh? releks releks..hehe
aku marah ni bebeh... rasa nak lempang jer kak munge tu... haishhhh
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!