Salam Rabu semua...
Huarghhh.... aku masih lagi dalam kesedihan... bukan pasal entri aku sebelum ni.... tapi sebab 1 kejadian petang semalam sebelum pulang kerja.
Aku tak nak la nak memburukkan orang lain tapi aku tetap nak luahkan kat blog aku....Mana lagi tempat aku nak meluahkan perasaan kalau tak kat sini. Sebenarnya aku rasa amat tertekan dengan diri aku ni bila boss yang aku serve selama 5 tahun ni langsung tak memberikan aku peluang untuk menaikkan diri dalam perkhidmatan. Aku sedih giler bila dah 2 tahun markah prestasi aku termasuk tahun lepas bawah 85%. Aku Sedehhhh.... aku nak apply belajar tak boleh... nak apply pergi oversea... dan macam-macam lagi la peluang kerjaya yang aku terlepas. Bukannya aku tak buat kerja... bukannya aku tak serve dia... bukannya aku kaki memonteng.... bukannya macam-macam la.... Aku sampai muka tak malu semalam merayu minta dia tambahkan skit jer bagi aku markah 85% bukannya minta bagi aku cemerlang.... Reason dia pada aku tentang markah tu sebab as PA aku selalu takder kat tempat.... pergi sukan dan koir or aktiviti di bawah NRE dan juga punch card aku. Siap suruh tanya PA lain ada tak buat cam aku yang selalu takder kat tempat tetapi ada pengganti..... Dia suruh aku tanya then dia sendiri jawab... Aku rasa most PA baru dan sekarang ni... semua cam aku... aktif sana sini untuk ada aktiviti yang boleh dibuat mengisi keboringan kekangan kerja dan sebagai aktiviti sampingan untuk kementerian/jabatan sendiri... bukan untuk kepentingan aku!!
Hmmmm... pada aku reason boss aku amat tak logik... pertamanya.... kalau dia kata pasal sukan dan koir.... aku just aktif bermain bola tampar sahaja dan aku training pon pada waktu petang luar waktu kerja. Training pon bila nak ada pertandingan jer. Ada kaitan ke dengan kerja aku?? Kalau sebab pertandingan aku takder.... bukan ke aku dapat surat pelepasan dari KSU untuk bersukan.... bermakna dia menidakkan arahan KSU la kan as boss dia.... kemudiannya... dia tau tak aku bersukan untuk kesihatan dan terutamanya aku memang minat sukan itu. Salah ke ekk??? Dia dah tentulah katak bawah tempurung.... habis nak suruh aku ikut cam dia.... Begitu juga dengan koir... aku training waktu petang selalunya.... itu pun 1 jam sahaja sebab aku faham tugas aku as PA dan bila aku takder aku memang minta ada pengganti di tempat aku... itu pon menjadi masalah pada dia.... most of all aku training hari minggu itu pun waktu bila pertandingan.... sebagai aktiviti sampingan kementerian juga. So aku salah ke??? Bakat yang ada pada aku ni... aku kena biarkan jer la ekk.... Tapi bila yang lain masuk lebih gempak dari aku tak pula bersuara.... Yer leee... sebab aku PA!!
Secondly dia cakap pasal punch card aku.... tahun lepas aku tak nafikan aku terkejar sana sini uruskan anak-anak aku. Pagi aku masuk 8.30 ke tempat kerja... kadang jem la bagai... hal anak-anak la bagai... kalau merah sebab lambat pon 1-3 minit jer... selalunya kalau kat punch card tu seminit laa.... dan dia sign approved kerana kelewatan aku. Sebulan 2-3 kali jer pon. Dan setau aku... kalau ada pengesahan pegawai tak menjadi tindakan tatatertib pon kan.... Bukannya aku buat perangai jahat pon... itu jer la reasonnya.... Tapi dia jadikan sebagai alasan.... Apa pon yang paling aku sedih.....boleh tak dia pandang kebaikan aku selama ni yang aku banyak cover dia tak kira dari segi apa pon pasal punch card tu... Walaupun dia KP tapi KSU dan BPSM still ambil action. Ni la muka yang cover dia banyak... Tapi dia sikit pon tak nampak jasa yang aku buat....huarghhh sedih arrr cenggini.... serius aku tension sangat!!!
Dia tidak menafikan apa yang aku dah buat selama ni... dia puji aku kreatif... inovatif... proaktif... macam-macam lahkan... tapi bermakna ke kalau prestasi aku macam tu.... apa guna kreatif, inovatif, proaktif dan so on kalau markah aku macam tu.... aku berusaha untuk jadi kreatif, inovatif dan proaktif... orang kata multitasking la kerja aku.... aku belajar sendiri segalanya walaupun aku cuba minta kursus yang berkaitan untuk memajukan diri tak pernah dilayan... So apa aku nak kata... he's the boss... aku kena ikut... but the thing is... kerjaya aku as PA takkan ke mana.... aku dah stop banyak perkara tentang aktiviti sampingan tu.... So camner...??? Minta tukar?? Boleh ke aku lalui??? Huhuhu...sedey... nak menangis... tak guna dah kan.... Tahun lepas pon banyak peluang aku terlepas.... terutamanya tawaran belia ke Nagoya. Tahun ni pon nampaknya macam gitu. Huh!!! Semalam... sepetang aku migrain.... nak sedih pon tak guna.... Hmmm... Buntulah!!!
4 comments:
bosses...we will never be able to predict what they have in their mind...kalau dapat yang pentingkan diri sendiri lagi sakitt...
apa2 pun...sabarlah ek dalam menghadapi dugaan dan ujian ni... Saya faham apa yang awak rasa...faham sangat2... tapi they are not in the employee shoes..diaorang x faham dan x tau rasanya... al-maklumlah duduk di atas...
kalau jadi orang atas dan x pandang orang bawah ni memang susah... dia tau sedap dia ajer...and one more thing...ayat bosses memang manis nak protect diri diaorang...diaorang akan puji kita melambung2 bila di depan...but we will never know whats inside their mind and heart...
met few bosses previously yang macam ni... tapi tu semua adalah pengalaman untuk menjadi lebih baik lagi di masa akan datang...
apply tukar aje la.. let say dapat macam ni gak kat tempat lain pun... dah ada pengalaman face bos yang macam ni kan...
try something new ...
Setuju giler ngan farah.... ^_^
Tunggu boss aku blah bleh tak.... Hihihi... So aku stay...
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!