Khamis, 7 Februari 2013

Muhibbah Bowling

Posted by Emmymazli at 4:39 PTG
1 Februari 2013
The Summit USJ

Salam semua...

Harini nak share aktiviti hubby aku lagi.... hehehehe.... Aku ni dok story pasal aktiviti hubby aku jer la lately ni.... Almaklumlee.... akukan peneman setia hubby aku... Bak kata hubby aku... kalau aku takder... nak buat apa pon takder mood yer dak...? Bluekkkk!!!  Hehehehhehe...

Okey... aktiviti kali ni adalah pertandingan bowling yang dianjurkan sempena Sambutan Minggu Keharmonian Penganut Agama Sedunia.  Gempakkan nama minggu tu... hahhaha!!  Nama pertandingan tu 'Muhibbah Bowling' diadakan di The Summit USJ.  Aku sendiri pon tak sure camner hubby aku boleh termasuk pulak pertandingan tu tapi aku dipahamkan yang kawan seopis dia sengaja masukkan nama dia dalam team ni.... tapi yang kesiannya.... kawan hubby aku yang masukkan nama hubby aku pula tak dapat join team diorang yang terdiri dari geng-geng JUPEM ni... tercampak pula dengan group yang dia sendiri pon tak kenal... nasib!!

Okey... berbalik kepada nama sambutan minggu tu.... aku tertarik nak google apa yang menarik tentang minggu ni... so inilah hasilnya dari En. Google...Perghh
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk interaksi di kalangan pelbagai penganut agama di dalam memperdalamkan kesefahaman, keharmonian dan kerjasama di kalangan rakyat Malaysia. Disamping itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat betapa pentingnya mengetahui serta menghayati cara hidup 1 Malaysia dan membentuk masyarakat yang mengenali budaya, kenal bangsa dan berjiwa patriotik.

Malam tu... hubby aku sebenarnya sakit tangan... tapi sebab kawan-kawan dah beri kepercayaan kat hubby aku tu untuk bermain dengan baik.... so hubby aku usaha jugak la... perform memang lah perform point hubby aku tapi untuk dapat best player tu mungkin susahlah..... just dapat perform untuk team pon jadilah.... Untuk memastikan hubby aku dan team terus rasa tercabar untuk bermain... aku pula jadi spy untuk meriki setiap group untuk meneliti point-point diorang ni.... Then aku balik ke lane team hubby aku tu... aku maklumkan team lain punya point untuk diorang lebih teruja untuk kejar point.  At least dapat top 3 pon jadilah kan... heheheh...
Malam tu dalam sibuk aku meriki tu...  aku tak sangka pula tetamu istimewa yang dijemput tu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bekas Menteri Besar Pulau Pinang tu.... dia sempat bersalaman dengan semua orang dan bergambar dengan peserta pertandingan termasuklah team hubby aku.  Heheheh... layan jer leee... Tapi ada 1 yang menarik perhatian aku.... memang tidak dinafikanlah... dalam pertandingan tu ada pelbagai ketua agama ada kat situ macam imam masjidlaa... sami kuil laa.... ketua orang-orang Sikh laa.... tapi diorang ni steady pakai baju sponsor yang diberikan..... cuma ada satu sami ni.... entah macam mana aku boleh plak terpandang dia main bowling pakai baju kuil tu... huhuhu.... steady betul.... dan macam kungfu shaolin plak.. hehehe.... 
Bersama tetamu istimewa yang dijemput tu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Sami yang aku cakap tu... Dah macam Kungfu Shaolin :)
Team hubby aku antara team yang terawal habis game.... alaa... 2 game jer main... bukan banyak pon kan.... so... hubby aku kebetulan dah berjanji nak join mesyuarat taman malam tu.... jadi kami pon balik awal... Aku sangkakan dapatlah stay sampai tamat majlis... berdebar lak rasa... dalam hati tu dapat rasa yang team hubby aku tu dalam list top 3... hihih... perasan habiss kan....


2 Februari 2013
Taman Pinggiran Cyber

Korang tau tak... sampai termimpi-mimpi aku malam tu yang team hubby atau personally performance hubby aku menang dalam tempat kedua or ketiga.  Aduhhh.... Aku tanya hubby aku tu kot la kawan-kawan dia ada beritahu result game diorang malam tu.... tapi takder pula yang menelefon.  Aku minta hubby aku call salah seorang team dia pagi tu.... aku percaya team hubby aku ada tempat.... and u know what??? Menjadi kenyataan mimpi aku tu... team hubby aku dapat no.2. Hahahahah... Tapi bila aku tanya hadiahnya.... Hamper jer???!!! Takder piala.. takder duit kemenangan... just hamper jer.... Huhuhu.... Nama game sempena minggu tu dah gempak.... siap ada menteri datang... tapi hamper jer....??!!  Hmmmm... bersyukurlaa kan.... Lagi pun... pihak The Summit adalah menaja beberapa benda macam pen mahal tu... mug dan a few things.... so ok jer laa.... Hubby aku cakap yang hamper dah dibahagi-bahagikan so bahagian hubby aku diorang akan bawa ke pejabat nanti Isnin tu... Redha jer laa... huhuhu....

Aku perasan... hubby aku agak hampa dengan performance point dia... The highest point hubby aku malam tu 168 jatuhan pin di game kedua... game pertama jangan cakap laa... entah apa-apa point dia... hahahaha.... Orang yang menang jatuhan pin terbanyak ialah 179 kalau tak silap... perghhh.... nasib la hubby aku sakit tangan... kalau tak mau boleh buatlah... insyaallah.  Seperti aku cakap la tadi pasal pertandingan tu.... Nama game sempena minggu tu dah gempak.... siap ada menteri datang... penaja The Summit.... tapi hadiah pemenang jatuhan pin terbanyak 1 jer??? Yang aku tau la kan kat tempat bowling tu ada lebih 24 lane dan setiap lane ada 5 orang... tapi kita ambil pukul rata la 30 lane x 5 orang = 150 orang but hadiah  yang disediakan untuk pertandingan tu hanya untuk pemenang team 1-3 sahaja.  Then pemenang jatuhan pin terbanyak hanya untuk 1 lelaki dan 1 wanita berupa piala sahaja. Huhuhu..... Aku dan hubby pernah join Pertandingan Bowling Zila FC pon lagi gempaklah hadiah dia.... boleh dikatakan semua merasa walaupun tak besar hadiahnya.... huhuhu... bukan nak kutuk... tapi pada pandangan aku la.... pertandingan ni memang sekadar untuk melepaskan batuk di tangga.  Hmmmm...

Oklah.... sekian dulu entry kali ni....

4 comments:

Farah Waheda Wahid on 14 Februari 2013 pada 8:45 PTG berkata...

wah macam best jer aktiviti2 yang dijalankan tu... ^_^ mesti enjoyable moment kan?

eyriqazz on 17 Februari 2013 pada 10:48 PTG berkata...

dah lama tak main boling...tentu seronok kan?

Mohon pandangan dari awak untuk komen entri ini, coz rasanya awak lebih arif area cyberjaya

http://www.eyriqazz.com/2013/02/vega-residensi-selangor-science-park-2-cyberjaya.html

Emmymazli on 18 Februari 2013 pada 7:48 PTG berkata...

Abg kita yg enjoy farah....kita tumpang sibuk jer....

Emmymazli on 18 Februari 2013 pada 7:50 PTG berkata...

Nnt saya check yer dan komen.... Pakai phone ni payah skit...

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...