28 September 2011 - Dewan Baiduri, NRE
Dalam tak sedar… dah penutup bulan Syawal baru NRE buat Jamuan Raya NRE. Hmmm… takper la.. janji buatkan.
Aku ingat tahun ni aku akan rileks apabila tak perlu buat persembahan. Tiba-tiba 2 hari sebelum majlis, urusetia dari BPKN minta aku membuat persembahan duet bersama Hail Amir…. Mula-mula aku ingat diorang ni main-main. Sehinggalah masa hari kejadian, dengan takder call or panggilan untuk praktis, aku gamblekan diri datang ke Dewan Baiduri dalam jam 10.30 untuk bertanya kepada urusetia samada betul-betul jadi atau tidak. Rupanya betul-betul jadi.. huhuhu.. tetiba seram sejuk kejap… nyanyi ngan artis tu… artis otai lak tu…. Aku minta tangguh untuk hadir dalam jam 11.00 pagi untuk test suara sebab tak make up dan siap apa pun lagik.
Lepas settle make up di ofis… aku dapat panggilan lagi untuk test suara dengan Hail Amir di dewan…. Huhuhu… tetiba pucat jap… sampai kat dewan, Uncle Hail Amir bukan main mesra untuk cuba lagu yang bakal dinyanyikan. Terus hilang nerves aku. Kami praktis lagu seloka Hari Raya dan Antara Matamu dan Mataku. Uncle Hail kata ok. Masa buat persembahan nanti Uncle minta buat-buat romantik dan pegang tangan masa hujung lagu Antara Matamu dan Mataku tu…. Hmmm…. Kah..kah.. kah… kelakar… cam tak caya jer aku ni bleh wat romantik. Hahahhaah.. At last aku dapat tau yang Ayu PSM pun dipanggil sama untuk menyanyi dengan Uncle Hail… Huhuhu.. selamat aku tak payah nyanyi 2 lagu. 1 lagu sudah!!! Ayu terpaksa menyanyi lagu Seloka Hari Raya sebab lagu tu jer dia tau. Lagu lagi satu tu dia tak tau. Aku mengalah jer la… lagi pun bukan aku tak tau nyanyi lagu tu kan… tapi Uncle Hail boleh pulak minta kami masing-masing tambah 1 lagu. Huhuhuh… menggelupur jap. Bukan sumer lagu Hail Amir dan Uji Rashid aku tau pun. At last uncle pilihkan tu aku lagu Asmara Bergelora dan Ayu lagu Gelora yang pernah dinyanyikan oleh P. Ramlee dan Saloma.. kira oklah.. jalan kasi redah jer… apa jadi pun atas pentas tu nanti jadi lahhhh!!!!
Bergambar dengan Uncle Hail Amir masa practise |
Bergambar kenangan dengan urusetia bersama Hail Amir sebelum mula majlis |
Lupa nak bagi tau. Artis jemputan yang NRE bawa seorang lagi ialah Jalil Hamid. Jadi, sebelum standby untuk persembahan, Uncle Hail Amir, Abg Jalil Hamid, aku dan Ayu dikuarantinkan di Stor Pusat sambil makan-makan. Heheheh… Memang tengah lapar pun time tu. Bedal jer laaa….. Tapi yang kelakar tu… rasa macam artis plak bila duduk ngan set-set diorang ni… kahkahkahkah… poyo!!! Kami terpaksa makan dulu sebab nanti bila majlis berlangsung, confirm tak sempat nak makan... apatah lagi kalau dah berebut dengan orang ramai dari NRE masa majlis tu nanti.... tau-tau lauk dah habis.... huhuhu... baik pulun dulukan...
Uncle Hail dan Abg Jalil Hamid di kuarantin dekat stor pusat untuk makan |
Kami makan beradap..... hahahahha |
2 artis ni pada pengamatan aku mudah mesra. Tak kekok kalau bersama dengan mereka. Uncle Hail walaupun jenis tak banyak cakap… tapi tetap mesra dan murah dengan senyuman. Abg Jalil Hamid pula… muka serius… tapi apa yang dicakap tu memang kelakar…. Nama pun pelawakkan…. Mesra je… Aku tak rasa aku berada dengan artis bila dengan mereka berdua ni. Best.. best.. best…!!!
Tiba masa persembahan… nerves memanglah nerves. Apa yang terjadi di luar dewan tu memang aku tak tau apa... yang kami fokus ada untuk persembahan tu. Ayu dan Uncle Hail jalankan tanggungjawab dulu. Seksa Ayu dah lepas dulu… seksa aku jugak belum… huhuhu!!! Kemudian tu Abg Jalil punya persembahan pula. Bila turn aku… tetiba urusetia minta shortkan lagu… yess… I like… dari 2 lagu jadi 1 lagu berduet ngan uncle… huuhuhu… selamat!!!! At last kami pilih Lagu Antara Matamu dan Mataku sahaja. Perghh… dapat tepukan hangat dari orang-orang lama… opsss!! Heheheh
Selesai jer nyanyi… rasa macam lega sangat. Tak kisahlah apa jadi pun. Dak tak kuasa nak pikir. Lepas nyanyi tu baru aku rasa lapar.. hahahha.. masa belum nyanyi tu tak ingat lapar pun. Hahahah… Maka selepas selesai tugas dan VIP pun beransur, kami pun makan la bersama urusetia yang tak sempat makan masa Jamuan Raya NRE tu.
Apa pun… terima kasih kepada urusetia terutamanya BPKN kerana memberi aku peluang untuk berduet dengan Uncle Hail Amir. Pergghhhh Otai tu….!!!! Seronok giler. Tahun depan kalau panggil lagi aku dan Ayu nyanyi… pasni aku nak mintak ikat kontrak menyanyi sampai pencen dengan NRE sebab dah 3 tahun berturut-turut kena menyanyi masa Jamuan Raya NRE.. . Baru ada masyukkk!!!! Hahahahahah!!!! Amacam.. ok tak permintaan aku??? Heheheheheheh ^_^
Bergambar selepas menyanyi... hehehhehe |
Oklah... enjoy pic aku sekitar Jamuan Raya NRE... take care....
1 comments:
dia merajuk dh tu kot kak sbb tao nk digantikan dengan exora
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!