Khamis, 20 Oktober 2011

Dah Dapat Kunci Rumah Di Taman Pinggiran Cyber

Posted by Emmymazli at 4:09 PTG
Salam semua...

Harini nak story aku dah dapat kunci rumah yang menjadi idaman aku selama 8 tahun ni.  Seperti dalam story aku di entry Impian Duduk Rumah Sendiri Bakal Kenyataan!!!!,  so pada hari Jumaat lepas... 14 Oktober 2011 dengan rasminya aku telah mendapat kunci rumah milik aku dan suami!!!  Walaupun aku gembira sangat pada hari itu bila dengan mutlaknya rumah itu telah menjadi milik aku.... tapi dalam hati masih bersarang rasa sedih tentang kejadian burung budgie aku mati pada pagi yang sama.  Huhuhu.  *_* (full story pasal budgie aku mati tu klik kat >> SINI )

Tapi aku cukup hangen bila fikir bab ambil kunci nih.  Nak uruskan 1 perkara tapi kena pergi 2 tempat.  Bukan dekat-dekat lak tu.  Jauh-jauh.  Menyusahkan orang.  Dah la nak call pejabat Talam ni pun susah.  Sabor jer laa.  Talam Corporation mangkuk ni nak kita bayar duit kat Ampang.  Tapi bab nak ambil kunci suruh kita ke Puchong sana.  Punyalah bapak jauh.  Dia ingat dekat ke!!!   Dahla urusan aku pergi ambil kunci tu jatuh hari Jumaat.  Jalan kat KL sememangnya jam!!! Ditambah pula cuaca panas haritu.  Adehlaaaa!!!! Penat giler aku dibuatnya.  Balik ambil kunci pula bukan dapat berehat.... aku terus ke ofis untuk training koir pula for the last before Pertandingan Koir NRE 2011 (Final) Isnin-17 Oktober 2011 nanti.  Aku ni nama jer cuti... tapi tak cuti pun... Letih mak tau!!!

By the way... apa pun aku lalui.... aku syukur... akhirnya aku dapat mencapai impian menduduki rumah sendiri.  Sekarang aku sefamily tengah mempacking  barang dan nak hantar sikit-sikit.  Rumah pun tengah proses nak renovate.  Insyaallah.... semua urusan perpindahan akan settle penghujung bulan November.  Aku tak nak rushing sangat sebab anak aku pun belum cuti sekolah lagi.  Biarlah settle semua baru senang urusan aku kelak.

Oklah.. Chau chin chau!!!

Nama syarikat gah... tapi sign board luar opis pakai sticker jer????  Nampak sangat nak bankrap dah!!!
Syarikat Talam yang talam 2 muka
Kecik besar-kecik besar jer aku pandang minah Winnie....
Akhirnya dapat kunci rumah.  Kunci ni aku ambil di Putra Perdana, Puchong

36 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam...emmy,saya pon senasib gak..tapi hangin je nak pi ambik kunci kat talam tu...dah la dia lambat, kita kena bayar ribu2 pulak tu..pi tgk rmh mggu lepas tp nape keadaan rmh mcm x terurus je (compare ngan kompeni lain klu dah nak dpt kunci,rmh x cuci, paip air x de pon, pintu rmh pecah...macam mana ngan rmh emmy? ok ke atau pon bila dapat kunci terus complain kat talam 2 muka tu?? tq for sharing...

Emmymazli on 27 Oktober 2011 pada 3:26 PTG berkata...

hi... thanks menjengah blog emmy ni.... siapa yer insan tanpa nama ni????

anyway... memang hangen kalau difikirkan pasal ambil kunci ni. Memang keadaaan rumah kita cenggitu jer le. Lepas bayar ribu riban kat pejabat talam tu nanti... kita akan ambil kunci di Putra Perdana nanti... Jumpa dengan En. Abu. En. Abu akan bagi kunci bersama borang aduan. Dia akan bagi skali filter elektrik tu untuk pasang sendiri (bengong suruh kita pasang sendiri!!). Bila masuk rumah tu nanti... check la apa yg patut. Kalau ada kebocoran ke pada siling.... simen tak cantik ke... pintu rumah pecah ke... segala jenis paip dan mangkuk tandas tak pasang ke... tulis dalam report yg En. Abu bagi borang masa kita ambil kunci tu dan serah pada Abu balik. Kalau kita nak masuk rumah secepat mungkin... dia akan pasangkan cepatlah. Kalau masuk lambat or nak disewakan rumah tu.. Abu akan que ikut borang yang dia terima. Rumah memang tak cuci.

Tanpa Nama berkata...

aa..la..terlupa pulak nak kenalkan diri..saya azlin.....hahaha(..kalau citer kat suami esok pagi kita kena pasang sendiri filter elektrik tu..mau pecah perut dia kang ni)tak pernah dibuat orang....

t.q atas info tu ye...

Emmymazli on 28 Oktober 2011 pada 12:58 PTG berkata...

sama-sama azlin.

bab pasang filter elektrik tu... memang stok nak kena marah la En. Abu tu... hehehhe... tp nanti kalau pasang dulu filter tu takut kena curi pula. bila nak pasang lampu sumer nanti barulah pasang filter tu tapi sendirilah punya kos. bijak kan talam buat cenggitu. haishh.... nak buat camner... emmy sendiri pun beli semua lampu dan kipas sendiri then minta cousin tolong pasangkan yang dah include dalam renovation emmy. kalau nak pasang sendiri tu.. maybe peninglah. kalau upah luar pun sakit juga tu... kalau azlin nak beli lampu ke kipas... belilah kat nilai3 sinun. lampu murah-murah dan cantik!! emmy sbnrnya beli pun sikit-sikit. ada yang dah setahun lebih simpan lampu tu.. tunggu nak pasang jer.. heheheh

Tanpa Nama berkata...

salam kak.. sy bru tgh survey2 umah ni.. then npak umah pinggiran cyber. tgk2 harge skunk agent bg rm250 ribu. xde plak jpe owner yg nk direct jual trus. kawasan umah sne 0k kan? sy ni je keja kat sni. family jauh. tp family sll turun kl. xde tempat tgal. tu yg plan nk cri umah. talam corporation tu handle lg ta umah ni erk? klo beli ngn developer sll murah n snp free.. bley bg inf0 ta? thanks...

syokhabis on 18 Disember 2011 pada 4:20 PTG berkata...

Salam , nak tanya sikit .Jika nak pergi ke taman pinggiran cyber ni lalu ikut jalan mana jika saya berada di restoran arab saba(cbd perdana cyberjaya) Kalau ada kordinat longtitut dan latitut bagus juga boleh check terus di google earth

tq, syok KL

Emmymazli on 20 Disember 2011 pada 10:50 PG berkata...

adik tanpa nama... sorry lambat balas komen awak... jarang tgk kat komen la jadi cenggitu..

menjawab soalan awak... mostly rumah TPC tu kalau nak jual sumer melalui agent. kalau ada yg nak jual direct akak tak dgr lagik. kalau melalui talam cooperation pula setau akak bank dan pinjaman perumahan skrg tak lepas kalau buat loan sbb dia antara pemaju yg bermasalah. so kalau nak beli mmg melalui agent.

harga rumah kat TPC skrg dah meningkat tau akak dgr.. dah jadi rm260k. kalau pandai bincang ngan agent rasa bleh dpt bawah rm250k tu jika betul2 berminat... untuk makluman.. harga tanah kat cyberjaya mmg sedang meningkat. akan dtg akan bertambah lagi harganya kalau tak beli dari sekarang. so far, suasana perumahan kat sini mmg ok sgt.

Emmymazli on 20 Disember 2011 pada 10:59 PG berkata...

syok habis,

kalau nak suruh saya bagi kordinat longtitut dan latitut tu tak dpt la nak tolong. tapi saya boleh bantu dari segi tunjuk arah.

tak kisah la dari saba ke atau mana2... yg penting nak ke tpc on the way nak ke universiti multimedia (mmu). kawasan perumahan tu berada di belakang mmu dan laluan nak ke sana jalannya sedang diupgrade. tak susah pun. lepas tu nanti nampak bangunan bbrp tingkat yg sedang dibuat tu... kat sebelah tu la taman pinggiran cyber. kalau dari putrajaya/highway mex/ tol putrajaya pun senang. masuk flyover baru buat tu nak ke selangor sience park 2 (jgn masuk ke putra perdana yer). nanti nampak la satu-satunya perumahan kat situ. ok

Tanpa Nama berkata...

salam,
saya dan keluarga pun baru ajer survey rumah2 kat sane. Macam berminat nak beli. Nak tanyer mmg takder guard house or security ker kat kawasan perumahan tu? dulu pon saya pernah study kat cyberjy, mmg ramai foreigners la, just risau ...agaknya ok tak? orang hitam especially, mmg merisaukan.

thanks, nabilla.

Emmymazli on 5 Januari 2012 pada 11:51 PTG berkata...

Nabilla.... Sorry lambat reply komen awak... Anyway... Setau akak mmg ada jaga kat sini utk sementara tp mcm makan gaji buta jer. Diorang takder guardhouse but diorang stay kat rumah tepi jalan nak masuk taman tu. Bab foreigners plak... Jgn risau.... Commitee kat sini minta penduduk tpc ni jgn menyewakan dgn foreigner especially awang hitam.... Dilarang sama sekali! Kalau org iran ke apa tak sure ok ker tak pulak... Jom la jd keluarga tpc.... Ramai skit geng... Hehehehhe

Tanpa Nama berkata...

salam...saya pun berminat nak beli rumah kat taman pinggiran cyber nih...tak de ke org nak jual?? yang banyak agen jer kat situ..tak de owner yg nak jual...klu agen mahal harga nya..direct owner xder ke??

Sekiranya ada hubungi saya segera: 0122973771
TQ

Emmymazli on 10 Januari 2012 pada 10:34 PG berkata...

sahabat tanpa nama.....

so far, dekat TPC ni mmg semua melalui agent... kalau ada direct owner... saya akan maklumkan. baru ni ada jiran saya yang jual rumah direct dari dia dan lebih murah tapi rm220k la juga... tak sampai 2 minggu saya tau terus ada org sambar. mmg rezeki org yg beli tu la...

Tanpa Nama berkata...

Hi,
I am also very interested on tpc, but i check online all is sell by agent. Agent will sell higher price. Is it that place do not have developer in charge it? or anybody there want to sell mind u contact me?

email : jeremiitan@yahoo.com
Thank you so much.

Emmymazli on 27 Februari 2012 pada 12:11 PTG berkata...

Hi jeremiitan,

All TPC property will be sell by agent if the owner want to sell it. The first developer will not in charge for the house now bcoz they already late to build our house for almost 10 years. they already blacklisted at MOF. If u buy the house from the developer, the financier will not approve it. So, thru agent is the best place. Meanwhile.... i didn't heard if someone want to sell it by theyself and not thru the agent... if i heard.. i will let u know... thanks for reading my blog...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum Kak Emmy,
Cantik blog akak..pink gitu, saya berminat jugak nak beli kat TPC ni sebab saya kerja kat cyberjaya, tapi harga dia naik mendadak..agent sume letak 240k n above. ada tak akak dengar owner yang nak jual direct..at least dpt la nego murah sket..klu ada akak email pd saya widuri_biru@yahoo.com. Tima kasih akak..

Emmymazli on 28 Februari 2012 pada 4:31 PTG berkata...

hi widuri_biru,

akak akan bgtau awak kalau ada yang nak jual yer....

Tanpa Nama berkata...

salam...naka tanya..kat sini area die ok ke?tak de kes pecah rumah ke ape ke..dah ramai ke org yang dah duduk ?

Mama Hakim on 14 Mac 2012 pada 12:05 PTG berkata...

salam....saya beli ngan developer...alhamdulillah tiada masalah...dan minggu ni dah dapat kunci pun....sebab Talam pun dah cerdik tak letak nama Talam dah sebagai developer skang ni....dia tuakr jadi Perspektif Perkasa..kalau sesapa berminat nak beli boleh direct nego ngan Ms Loh...harga boleh murah sket la dr agent tu....

Emmymazli on 16 Mac 2012 pada 10:15 PG berkata...

tanpa nama:

kat sini so far ok. kes pecah rumah takder lagi. nak kata ramai dah duduk tu tak laa tp boleh tahan juga....

Tanpa Nama berkata...

boleh berikan nombor phone Ms Loh tu ke?

Tanpa Nama berkata...

salam....

saya tengah mencari rumah untuk disewa. kat TPC byk tak rumah nak disewa... ataupun akak ader tak mana2 contact yang nak sewakan rumah untuk perempuan bujang, muslim 3 orang... budget tak lebih RM800, kalau dapat lagi murah lagi bagus

kalau ader boleh tak tolong emailkan kat saya di pijaucob@yahoo.com

terima kasih

LuVReD on 2 April 2012 pada 10:43 PG berkata...

assalamualaikum,
saya dah menyewa kat situ,bolehla berjiran ..hehe..skang tgh gak survey2 klo ada sesapa nak jual umah..huhu..

Unknown on 28 April 2012 pada 10:52 PG berkata...

Salam Kak Emy,

Saya En Khamimi. Ada juga menyimpan niat nak beli rumah di TPC. Kalau ada yang nak jual kurang sedikit dari RM240k akak bagitau ye. Eletrik dan Air ada masalah tak kak?

corumn_eighty@yahoo.com

Jane on 19 Mei 2012 pada 5:42 PTG berkata...

Salam,

Saya juga berminat untuk membeli rumah di TPC direct daripada owner disebabkan bekerja di Cyberjaya. Tempat tu dekat dengan ofis. Jika ada sesiapa yang hendak menjual rumah di situ, sila hubungi saya di

alamat emel: mykiung@gmail.com

TK.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya ye, akak stay dkt TPC kan, guna internet apa yea? Sebab igt nak menyewa kt situ

Kazman / Sue on 28 Jun 2012 pada 11:09 PG berkata...

salam kenal... saya paham masalah dan azabnya berurusan dengan talam jugak sebab saya pun pembeli rumah di Putra perdana... betul2x talam 2 muka la... Semua yg kami komplain dia tak buat pun... last2x sendiri buat....

Tapi syukur rumah ni siap kannn... ramai juga rakan2x MMU saya ni beli kat sini.... sama la ceritanya macam farhany cerita ni....

kami tahu lokasi rumah farhany ni... memang strategi lokasinya... tahniah dengan rumah baru ni...

Tanpa Nama berkata...

Salam, maaf kerana bertanya..kat TPC range sewa rumah situ berape ye... saya kerja di cyberjaya..masih x dpt kuarters dan ingt nak menyewa..banyak ke rumah untuk disewa kat sana? terima kasih

Tanpa Nama berkata...

huhuhu rumah sekangkang kera kerdil tapi sewa sampai 1K sebulan! giler bapak mahal rumah sewa sekarang ni. harga pun macam tak masuk akal rumah2 kat KL ni la ...... middle calss income families yang tertekan. yang kaya makin kaya beli segala mak bapak garden residences lah semua. yang semikin duduk setinggan. yang tengah ni yang makan gaji tak juga cukup2!

Tanpa Nama berkata...

nak tahu tak...kisahnya dari awal dpt kunci sampai sekarang banyak nya masalah kat umah ni,,,belum duduk tapi banyak yg perlu dibaiki....saluran air dari main depan hingga lah ke dlm rumah banyak masalah...kebocoran dlm dinding yg patut diawasi...klu tidak 1 rumah banjir...ada lak jiran warga asing-afrika rasanya- bela anjing...halaman umah banyak najis...semalam pindah barang...sakit jiwa tgk najis anjing...banyak tuuuuuuuuuu.....

Tanpa Nama berkata...

Saya ada rumah teres 2 tingkat di putra perdana, renovated, dapur dan bilik bawah besar, tiled porch, berhampiran sekolah rendah dan menengah. Kawasan pp3. 5 minit ke cyberjaya Contact 0195723377

Unknown on 30 April 2013 pada 1:50 PG berkata...

Skunk berderet umah kne pecah. Umah sy pon kena. Kami sepakat nak pindah kua. Area ni sgt truk n bahaya. Polis plak pemalas nak ronda.

Unknown on 30 April 2013 pada 1:51 PG berkata...

Skunk berderet umah kne pecah. Umah sy pon kena. Kami sepakat nak pindah kua. Area ni sgt truk n bahaya. Polis plak pemalas nak ronda.

Tanpa Nama berkata...

Salam wow saya baru nak check tempat ni pd hari khamis ni. Buat saya suspender. Adakah jln yg boleh pg ke bangi melalui tpc ni?

Puan a

Tanpa Nama berkata...

salam,
saya nak tanya kejiranan tpc ni..ok ke?
betul ke cerita rumah kene pecah sederet tu?

AbgJanggut on 2 Jun 2014 pada 2:39 PTG berkata...

Salam KAk.... Saya Fairuz
Nak Tanye area TPC ni ada tak org yang nak jual rumah.
Kalau ada akak hallo2 lah kat saya
0133407866

Tanpa Nama berkata...

salam...saya nak tanya, ada tak contact org yg boleh jadi babysitter kat tpc? kalau ada boleh kongsikan dengan saya : oshbeckz@gmail.com
terima kasih

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...