Rabu, 12 Oktober 2011

Pertandingan Koir Peringkat Saringan, NRE 2011

Posted by Emmymazli at 11:12 PTG
11 Oktober 2011 - Dewan Baiduri

Yuhuuuuuuuuuuu.... Anybody there???? Heheheheh.... Story for today is about aku dan kengkawan koir yang lain joint Pertandingan Koir Peringkat Saringan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2011. 
Team Koir NRE
Macam tahun-tahun lepas, NRE tidak akan ketinggalan untuk menyertai pertandingan ini.  Nama pun NRE jadi penganjurkan... Cuma tahun ni komitmen kepada ahli koir agak grand skit la dari tahun lepas sebab baju semua disediakan.  Tahun lepas Sdn. Bhd. ok!!! Heheheheh

Persediaan untuk pertandingan ni adalah dalam 2 bulan juga but on and off la sebab depends pada jadual cikgu.  Cuma di akhir-akhir pertandingan ni, latihan agak kerap dilakukan untuk memastikan peserta lebih bersedia.

Pada hari pertandingan.... sebanyak 12 jabatan yang turut serta.  NRE, JAS, JPS, JTLM, JMG, FRIM, JUPEM, JKPTG, JPSM, PERHILITAN, NAHRIM dan INSTUN.  Untuk wakil JBK...aku sendiri sebagai wakil turut serta bersama-sama dengan team NRE.  Huhuhu... sedih... kami 25 orang jer perjawatan.. takkan nak hantar semua menyanyikan???
Di hari pertandingan.... Team Koir NRE bersama Cikgu Nurul Fazlina
So far... takder apa sangat yang nak aku ceritakan sekitar pertandingan ini sebab kami lebih fokus pada apa yang bakal berlaku masa pertandingan tu nanti.  Eh... lupa nak story lagu apa yang kami bawa.... Lagu wajib yang semua jabatan kena nyanyikan ialah LAGU INOVASI dan lagu pilihan dari NRE ialah MENTERA SEMERAH PADI. 

Syukur sesangat sebab segala yang dilatih dapat dipraktikkan semasa pertandingan itu walaupun ada sedikit-sedikit kesilapan di sana sini.  Yang penting kami semua team koir NRE dapat menyanyikan lagu-lagu itu dengan penuh semangat!!!   Lagi semangat bila dalam team kami ada persembahan pesilat!!! Perghhh... bak kata juri ASWARA.. first time dia tengok koir ada silat... hehehheehh!!!!
Juri dari ASWARA
Alhamdulillah.... pada tahun ini team koir NRE berjaya sekali lagi ke Final dengan bermaruah!!! Kenapa aku cakap begitu....?? Tahun-tahun dulu ada sahaja bunyi-bunyi dan cakap belakang mengatakan kami ni dapat ke final sebab kami adalah team NRE dan juri bangi chance kami ke final.  Sesungguhnya kami dah buat sehabis baik pada tahun-tahun lepas dan itu rezeki kami.  Tapi tahun ini... tanpa juri buat keputusan pun orang ramai yang menonton mengatakan kami layak!!! Thanks semua. 
Kepada kengkawan dalam team koir NRE.... aku harap kita  berjaya dapat keputusan yang terbaik pada Final nanti.  Harap-harap lebih baik dari tahun lepas.  Dan aku juga nak minta maaf kepada semua kengkawan dalam team koir NRE jika aku tidak boleh bagi komitmen sepenuhnya dalam latihan.  Tugas aku terhadap boss dan juga rumahtangga banyak terhadkan aku untuk kommit dalam latihan.  Harap semua dapat memahami.  Kalau korang tak nak paham pun takper..... bukan aku boleh puaskan hati semua orang punkan.... aku tau ada yang tak puas hati dan meluat.  Tapi itu biarlah menjadi hal aku dan rumahtangga aku.  Tak semua suami yang paham macam korang (bagi yang lelaki atau perempuan yang dah berlaki).  Tak payah nak banding-banding dengan sesapa.  Tak suka takper... dan aku rasa mungkin dah tiba masanya aku mengundurkan diri di masa akan datang andainya aku tak diperlukan sebab aku terikat dengan tugas terutamanya sebagai PA Ketua Pengarah yang sentiasa perlu ada ditempat dan tugas sebagai isteri serta ibu sekiranya ada latihan pada waktu bekerja dan latihan diwaktu malam.  Apa pun aku akan cuba yang terbaik untuk kita untuk kali ini... ok!!!  Insyaallah!!!!

Semoga kita menjadi JUARA baru di Final nanti!!! Amin!!!!!!!!!!!

Layan movie koir NRE dan gambar sekitar Pertandingan Koir Peringkat Saringan NRE 2011

Video Koir NRE

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...