Baru jer kesedihan kematian burung budgie aku hari Jumaat yang lepas... boleh pula burung budgie aku yang betina bewarna hijau kuning pula hilang!!! Aku dapat tau pun masa baru jer sampai rumah lepas balik dari bercuti dengan family Waknang di Port Dickson. Hampeh betul!!!
Secara logiknya... tak mungkin la burung aku tu boleh lepaskan diri sebab sangkar aku tu memang berkunci. Event pintu yang aku guna untuk meletakkan makanan pun pakai spring yang kuat walaupun tak berkunci dan tak mungkin budgie aku uang kecik tu boleh melepaskan diri. So... memang ada la manusia yang kurang asam yang mencuri atau sengaja melepaskan burung aku tu. Dengki ke haper aku pun tak tau la.
Aku tak faham betul la. Aku tak kacau pun hidung orang.. apatah lagi nak ambil harta orang kat taman tu tapi kenapa ada jer manusia yang dengki dan sakit hati ngan aku. Nak tuduh sembarangan tak boleh.... maka diam sudah!!!. Memang kena sumpah seranah jer la walaupun aku tak tau saper yang buat. Yang sakit hati tu... dulu hilang anak kucing... ni hilang burung plak!!! Mangkuk betul siapa yang curi or lepaskan burung aku tu!! Lepas ni hilang apa pun aku tak tau la!!
Maka tinggallah 3 ekor budgie aku kat rumah tu. Paling kesian bila tengok budgie betina aku yang warna hijau tu la.... yang warna biru tu dah sure ngan partner dia... tinggallah yang hijau tu sekor bersendirian. Huuhuhu... Nanti aku cari partner dan kawan baru ko ekkk!!!
Dari 5 ekor... tinggallah 3 ekor. |
Tinggallah tiga ekor burung yang ada pada aku seperti dalam gambar ni.... yang warna kuning kiri sekali tu lah yang mati. |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!