Macam-macam kerenah Hanum lately ni. Tak larat nak layan kengkadang tu. Malam tadi Hanum moody jer. Bukan pasal Barbie… tapi pasal kucing!!! Hisshhhh!!!!
Storynyer gini…. Macam dalam entry aku kat http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/09/hadiah-hanum-dari-mak-anjangnya.html . Kucing
kepunyaan Hanum tu sekarang tu memanglah hubby aku tak bagi bawa ke rumah sini
sebab takut hilang. So Hanum ni kemaruk
sangat nak ada kucing. Budak penyayang
memang cenggitu. Since dia pun dah
ternampak kucing muka kemek + Persian kat kedai pet tempoh hari.... sampai ke
hari ni dia request nak kucing macam tu.
Nak beli memang tak termampu tu…. So, satu hal la aku menebalkan muka minta
kat wall FB aku kalau sesapa yang ada anak kucing spesis itu yang nak
sedekahkan untuk anak-anak aku amatlah diharapkan… hahaha.. tak bleh
blah!!! Tapi so far ni, takder lagi yang
sudi nak menaja kucing jenis tu. Kalau
jenis kucing kampung ada la. Kat rumah
mama pun banyak!! Tapi takper lagik… aku
diam… maka dia pun diamla kan… hahahahah
Hanum & Kimi tayang 3 ekor anak kucing yang tiba-tiba ada kat depan rumah aku |
Nak dijadikan cerita… pagi semalam masa Hanum nak ke sekolah…
bila dia buka pintu jer dia menjerit sampai terperanjat aku. Rupanya dia excited ada 3 ekor anak kucing
putih oren kat sofa depan rumah aku tu
tengah main-main. Dia ingat ada orang
kasi dia. Tak dinafikan anak-anak kucing
tu comel sangat. Macam ada kacuk Persian
skit pun ada. Aku pun naik geram tapi aku
ni bukan apa… takut nanti kucing tu hak orang lain yang Hanum loghat sangat nak
jaga…. Aku tak mahulah bagi Hanum harapan.
Aku just cakap biarlah kucing tu kat depan rumah jer… takut tuan dia
cari. Muka masam terus!!
Anak kucing ni la terdampar di depan rumah aku pagi semalam... comelkan??!!! |
Balik sekolah petang semalam…. Belum sempat aku sampai
rumah, Hanum dah sampai rumah dulu.
Tetiba aku dapat call dari Hanum… padahal aku dah on the way balik ke
rumah ni tapi dia sempat nak cakap dalam telefon jugak. Dia try nak pujuk aku bagi dia bela anak
kucing tu. Haishhh….. Aku still bagi jawapan yang sama.
Sampai rumah aku tengok 3 anak kucing tu duduk elok jer
dalam kotak yang Hanum sediakan. Rupanya
dia dah buat projek dia dulu. Muka Hanum
masam jer. Muka orang susah hati. Nak makan pun tak lalu. Sambil meleser kat aku… Hanum still pujuk nak
minta izin bela anak kucing tu dengan air mata bergenang. Aku paham niat murni Hanum tu. Tetapi aku risau nanti kucing tu ada tuan
dia. Lagi haru sok. Tak puas hati pujuk aku… Hanum telefon
sendiri ayah dia. Nak pujuk jugaklah
tu. Hahahah…. Pujuk sambil bergenang air
mata. Aku yang nengok dari tepi ni…
kesian pun ada…. Hubby aku pun dah nak kesian tapi tetap say no. “Apa-apa tunggu ayah balik dari outstation
kita bincang ok…. “ Hmmm… macam-macamlah
si Hanum ni!!!
Kotak dan bakul yang dah siap untuk kucing lepak. Aku siap dah alter atas permitaan Hanum |
Aku tak nafikan.. Hanum ni ada sikap penyayang kat kucing
dan burung. Sejak ada burung kat rumah
aku tu… si Hanum la yang mengerjakannya.
Bagi burung makan, tukar air, bersihkan yak yak burung tu. Aku tukang tengok dan pantau jer…. Even masa Hanum ada anak kucing yang dia
jumpa dulu tu pun… boleh dikatakan hari-hari dia nak mandikan kucing tu. Katanya takmo kucing tu kotor ngan berak dia…
hihihi… pening tau…. Ni anak kucing ni
ada kat rumah tu baru sehari dah loghat nak buatkan susu la.. nak bagi mak dia
makan laa… loghat betul!!
We look and see jer la apa terjadi ngan anak kucing tu. Aku bagi Hanum tengok-tengokkan sahaja anak-anak
kucing tu buat masa ini sehinggalah kalau tuan dia ambil. Aku memang takut kalau kucing tu kucing
orang. Buat masa ni biarlah anak kucing
tu lepas kat depan rumah aku tu. Lepak
la mana nak lepak pun. Mak kucing tu memang
selalu ada kat depan rumah aku tu bagi susu kat anak dia. Anak kucing tu pun macam takder tempat lain
nak menangga…. Asyik lepak kat depan rumah aku jer…. Kalu korang tengok siap
bergelimpangan!!! Best sangat ke haper tak tau laa…. Tapi memang comel…!!! Kalau korang tengok kat gambar kat bawah ni. Bukan main loghat anak kucing ni tido sambil terlentang....hissshhh... geram.. rasa nak picit-picit jer... hahahahha
Macam-macam pesen tido... cute!!! |
Sekali lagi aku minta kepada kengkawan yang ada anak kucing
muka kemek + Persian tu…. sedekah kat aku seekor pun jadi la… Kesian kat si
Hanum. Kucing kampung dia dah ada…. Sekarang
ni letak dulu kat rumah mama aku sebab takut hilang kalau letak kat rumah
sini. Please…!!!!!
p/s: masa aku tulis entry ni.. aku baru dapat tau yang seekor anak kucing Hanum warna putih nama Baby kat kampung yang Mak Anjang dia bagi tu dah mati pagi tadi 30 September 2011 Sakit radang paru-paru mama aku cakap.. huhuhu... sian... ni kalau Hanum tau ni... mau meleleh lagi air mata dia... Buat masa ni aku tak bagitau dulu sehinggalah kami balik kampung malam nanti....
p/s: masa aku tulis entry ni.. aku baru dapat tau yang seekor anak kucing Hanum warna putih nama Baby kat kampung yang Mak Anjang dia bagi tu dah mati pagi tadi 30 September 2011 Sakit radang paru-paru mama aku cakap.. huhuhu... sian... ni kalau Hanum tau ni... mau meleleh lagi air mata dia... Buat masa ni aku tak bagitau dulu sehinggalah kami balik kampung malam nanti....
Hanum with Baby... nampak sangat Baby tak sihat... |
Arwah Baby (putih) bersama dengan Boju (belang) .... Huhuhuhu |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!