Rabu, 19 Oktober 2011

Budgie Aku Mati Seekor.... Hukhukhuk...

Posted by Emmymazli at 12:30 PTG
Actually... story yang aku nak cerita ni adalah story minggu lepas. Sebab aku sibuk sangat dengan kerja, di samping latihan koir dan nasyid untuk pertandingan koir dan nasyid pada minggu ni... maka aku tak sempat nak story macam-macam dalam blog aku nih.

Jumaat lepas pada 14 Oktober 2011 aku telah mengambil cuti untuk menguruskan pengambilan kunci rumah aku di Cyberjaya tu.  Pagi tu.... sebelum aku bersiap-siap untuk keluar rumah dan menunggu encik hubby mengambil kita dari Port Dickson untuk dibawa  ke Pejabat Talam Corporation,  aku telah membersihkan sangkar burung budgie dan cockatiel aku dan menyiapkan stok makanan serta air untuk burung-burung aku tu.  Semasa aku sedang bersihkan sangkar tu... aku lihat burung budgie aku warna hijau yg ekor kontot tu mcm tak bermaya.  Terhoyong-hayang jer bertenggek.  Antara sihat ngan tak sihat.  Hai entahlah.....  But aku teruskan kerja aku membersihkan sangkar dan gantungkan semula sangkar ditempat asal.  Selepas itu aku terus masuk ke rumah dan mandi untuk siap-siapkan diri.

Selepas jer bersiap... aku keluar rumah semula untuk melihat burung-burung aku.  Terapi mindakan... aku suka bila burung-burung aku buat bunyi bising.  Sekali aku tengok budgie aku yang ekor kontot tu dah berada di lantai sangkar.  Burung budgie 4 ekor yang lain silih berganti turun ke lantai tengok kawan yang sekor ni.  Aku pun turunkan dan buka sangkar and angkat budgie ekor kontot tu.... (sempat ambil gambar dulu sebelum angkat burung tu) huhuhu.... dah arwah rupanya!!!! Huwaaa.... meleleh air mata aku....  Tak boleh nak kata apa.  Dah ajal burung ni sebab sebelum ni dia nampak macam dah sakit.  Simptom-simptom yang aku yang aku tau melalui blog-blog otai burung yang aku nampak ialah bulu burung tu mengembang jer.... pastu burung tu macam keciritan.  Ada himpunan tahi kat bontot burung tu.  Kebetulan yang mati ni betina.... huhuh... tinggallah 2 pair budgie aku tu.  Sedih sangat.

Petang tu... sebab tak sampai hati... hubby aku tolong kebumikan budgie aku yang mati tu sebab takmau tengok aku melalak lagi.  Huhuhu.... I love u budgie..... sehingga di sini khidmat aku terhadap ko.  Huwaaa.... *_*
Sedih tengok....
Budgie aku yang mati.... huhuhu


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...