Naik stress aku kali ni!!! Untuk kali ke berapa la kereta aku ni buat perangai dan rosak! Semalam masa aku on the way balik dari kenduri kawen cousin my hubby dalam jam 3 begitu, kereta aku boleh plak tetiba mati enjin kat Ayer Keroh. Hubby berhentikan kereta ke tepi jalan dan try start enjin balik.. boleh pula... Try jalan semula dan baru beberapa meter jalan, enjin mati lagi betul-betul kat pintu gerbang nak ke tol Ayer Keroh tu.
Kereta aku betul-betul terdampar kat bahu jalan tepi pokok kat pintu gerbang tu di sebelah kiri gambar |
Aku tak faham betul la ngan kereta aku ni... Dari sebelum puasa masa hari atuk aku meninggal lagi kereta aku ni dah problem. Padahal before hari atuk aku meninggal tu aku baru jer servis kereta dan bikin kereta bila ada problem sikit pun. Tapi bila dah rosak terpaksa jugak bikin kereta tu. Aku pun taklah lenjan mana pun kereta tu. Lepas tu dalam bulan puasa pun air cond aku pulak buat perangai dan menda-menda lain. Buat lagik!!! Duit lagik!!! Itu belum lagi termasuk hubby aku tukar kusyen kereta aku yang dah koyak teruk tu. Huh!! Lepas tu masa raya ketiga hubby aku ada merepair skit kereta but tak ingat ntah apa ntah yang rosak. Masa on the way nak balik KL lepas cuti raya tu pun kami ada jumpa kawan dekat Sepang untuk repair something. Then pada 18/9/2011 (Ahad) kereta aku buat perangai lagik sebelum aku balik ke Putrajaya dari kampung bila tempreture kereta asik naik turun jer. Terpaksalah aku cuti Isnin tu sebab tak mau ambil risiko kereta break down tengah jalan. Buat lagik!!
Minggu lepas... 26/9/2011 (Isnin) tetiba kereta aku tak mau gerak bila aku masuk gear time nak ke ofis. It happen kat depan rumah setelah aku keluar pagar rumah pula tu!! Lama aku cuba masuk gear walaupun dan on and off enjin tapi tetap tak mau. Naik stress aku bila menda ni terjadi sebab time tu pula hubby takder kerana outstation. Sehinggalah beberapa minit aku on enjin kereta... ntah macam mana try and error masuk gear kereta bergerak pula. Terus aku hantar ke bengkel kereta kat Sg. Merab Luar dalam keadaan kereta yang tersenggut-senggut bila gear auto kereta aku tu bertukar sendiri. Alang-alang dah repair hubby aku minta cuci radiator sekali. Bila dah repair pula.... selang sehari aku pakai kereta.... kereta buat perangai lagik pada 28/9/2011 (Rabu). Tempreature kereta aku naik mendadak tetiba masa on the nak pergi kerja. Aku cuba bertahan bawa kereta sampai ke pejabat. Sampai jer kat pejabat aku dah melalak dulu bila tengok kereta dah nak berasap dan ada bunyi bising kat depan tu!! Huhuhu... stress kereta buat perangai lagik!!! Why!!... Bila aku dah boleh berfikiran tenang baru aku call mekanik yang sama repair kereta aku tu sebab baru 2 hari repair kereta buat perangai lagik. So, mekanik pun tarik kereta ke bengkel lagik!!! Nasib baik kereta still on waranty... so tak perlukan bayaran apa-apa.
Ni selang tak sampai seminggu.. kereta aku buat perangai lagik!!! Kali ni menjangkit ke enjin pula. Mekanik yang datang singgah kata enjin aku kena overhaul!!! Even Abah aku datang tolong bawa bateri dan tukarkan bateri pun tak mau jugak. Uwaaaaa!!!! Masak aku nak siapkan duit untuk overhaul.... mesti ribu riban nih!!! Nak tak nak terpaksalah kereta ditowing ke bengkel. Nasib baik ada abang kepada sepupu hubby tu datang singgah dan juga abah aku tolong bantu urusan kereta ke bengkel dan merepair. Hishhhh... tersadailah kereta aku tu kat Melaka. Aku sefamily terpaksalah mak dan pak mertua hantar kami ke balik ke putrajaya. Takkanlah aku nak cuti lagikan. Aku rasa kengkawan aku pun dah naik muak kalau aku asik citer pasal kereta rosak nih!!
Kereta aku yg buat perangai lagi!!!! Dari pukul 3 aku terdampar kat Ayer Keroh ni.... Hangen!!!! |
Bila dipikir-pikir balik, sumer duit tu aku dah boleh buat down payment kereta!! Disebabkan tak larat nak mantain buat masa sekarang ni... aku dah hubby ambil keputusan untuk beli kereta Exora masa pertengahan bulan puasa lagik. Beli ni pun banyak sebab. Firstly sebab tak perlu pikir nak maintain repair kereta jer. Keduanya sebab anak aku yang 2 ni asik la kerja bergaduh dalam kereta sebab tak cukup ruang duduk. Padahal berdua jer kat belakang tapi loghat dia macam anak ramai aku nih. Masing-masing kalau boleh nak baring. Itu yang kerja nak bergaduh jer. Aku ni yang duduk depan.. kerjalah dok membebel sebab nak meleraikan budak 2 orang ni. Rasa macam nak beli lori jer pastu letak tilam kat belakang bagi diorang membongkang kat belakang tu. Kalau bergaduh jugak tak taulah aku nak cakap macam mana.. Huh!! Ketiganya… bila tiap kali jalan jauh jer kereta aku mesti sarat barat. Tak cukup ruang… so kalau adalah kereta besar skit, boleh la isi barang lebih skit. Orang yang family type macam aku ni susah skit kalau kalau kereta kecik-kecik ni. Tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi kereta Exora tu disebabkan macam-macam hal. Lagi la aku bertambah stress. Insyaallah.. dalam minggu aku harap kereta Exora aku tu dapatlah gamaknya untuk aku mudah bergerak dan berurusan.
Harini aku ke tempat kerja naik kereta mak mertua aku... tu pun dia dah loghat nak balik Melaka. Bertambah-tambah stress aku lately ni... apsal la dugaan aku maha hebat. Tak larat aku nak fikir. Moga Allah permudahkan segala urusan aku selepas ini!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!