Salam semua...
Penat betul harini. Walaupun harini aku bekerja tapi aku sempat menguruskan aduan pasal rumah aku di Taman Pinggiran Cyber tu disebelah pagi. Dan aku sebenarnya baru jer balik dari menjenguk rumah aku yang sedang direnovate oleh cousin aku Hafiz.
Kerja-kerja untuk renovation sepatutnya dah bermula pada awal minggu ini tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... akhirnya semuanya tertangguh dulu. Aku dimaklumkan yang barang-barang renovate telah pun tiba kelmarin (hari Selasa). Jadi, untuk sesi harini pekerja-pekerja cousin aku sedang memecahkan siling rumah untuk membuat plaster siling dan pecahkan pintu belakang/dapur untuk membesarkan dapur rumah aku tu. Keadaan rumah aku sekarang memang tengah huru hara buat masa ni. So far ni, bumbung courtyard aku yang nak ditutup itu pun memang belum sentuh apa-apa lagik.
Tadi aku dan hubby sempat berjumpa dengan kawan cousin aku yang menguruskan bab wiring elektrik untuk rumah aku tu. Sempat la nak plan pasang lampu sana sini. Anyway... kelengkapan untuk lampu semua dah cukup bila aku dah beli lebih awal di Nilai 3. Tinggal nak pasang jer. So.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
Masa aku sedang memantau kerja mereka.... hati aku ni macam sakit jer bila tengok diorang pecahkan siling rumah dan dinding dapur tu tanpa belas kasihan.... macam takde perasaan jer. Tapi diorang siap acah aku.. "Akak nak rumah cantik tak??" terus jer aku cair. Hahahah.. bleh gitu??? Sabo jer laa.
Jom layan gambo rumah aku yang sedang dijahanamkan untuk dicantikkan... heheheh...
Barang-barang renovation diletakkan dihadapan rumah |
Siling rumah yang telah dipecahkan untuk dibuat plaster siling |
Courtyard aku yang belum disentuh apa-apa lagi untuk direnovate |
Kawasan courtyard yang akan dibuat dining |
Pintu dapur yang dipecahkan |
Kawasan balakang rumah aku yang akan dibesarkan dapur |
9 comments:
wah lepas ni cantik lah rumah emmy...seronokan dpt masuk rumah sendiri...tahniah
insyaallah long... harap-harap cantiklah seperti dirancang... moga dipermudahkan kerja-kerja renovate ni...
berapa semua kos terlibat, saya pun rasa nak renovate mcm tu juga, jiran BPC
tanpa nama... kos saya renovate lebih kurang rm25k - 30k
court yard tu buat bumbung ke atau polycarbonat saja, kalau poly air hujan akan masuk juga sikit2. Berapa kos buat bumbung courtyard tu?
rumah saya di Taman Lestari Permai, nasib kita pun sama je, lambat siap, bulan 4 ni baru nak dapat CF. Cadang nak tutup ruang tu, ada yg buat guna poly kata tak sesuai kerana air hujan masuk jika lebat, oleh tu buat bumbung je, saya nak tanya berapa kos untuk buat bumbung sahaja. Terima kasih
Salam emmy.. i notice rumah u kat cyberjaya, sama taman dgn i. boleh tak dpt details pasal reno project sbb i dlm proses nk start reno work juga.
salam
ellya
Salam emmy.. i notice rumah u kat cyberjaya, sama taman dgn i. boleh tak dpt details pasal reno project sbb i dlm proses nk start reno work juga.
salam
ellya
Hi Ellya
Nanti u call my husband yer utk urusan reno tu.... dia lebih tau...
Mazli-0196863686
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!