17 November 2011 - Dewan Baiduri NRE
Today nak story pasal final pertandingan koir kat NRE ni.... Sorryla... lambat masukkan entry ni... mak sibuk pasal rumah la.. pasal training nasyid lagi la.. opis la.... ditambah pula mood pun takder. Maka tak kuasa nak buat apa-apa pun. Kalau buleh nak tido jer. Heheheh....
Team Koir NRE bersama tenaga pengajar dan SUB BPKN dan TKSU 2 |
Seperti yang korang baca pada entry aku yang lepas di http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/10/pertandingan-koir-peringkat-saringan.html (itu pun kalau korang baca la...) team NRE adalah salah satu team yang masuk ke Final Pertandingan Koir NRE 2011 bersama team 4 team yang lain iaitu JPSM, FRIM, JUPEM dan JAS. So.... team aku telah berusaha sebaik mungkin dalam masa seminggu lebih bagi mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan ini.
Bukan senang nak menang... almaklumlah.. team aku kebanyakkannya adalah adik-adik yang baru berkecimpung dalam koir ni. Yang tua ganyut kat situ aku dan Ila sahaja la. Yang lain semua muda belia. Hehehehe.... tapi atas dasar minat..... aku dan Ila masih bertahan hingga kini sementara suara ni masih boleh dipakai.
Aku dan Ila yang kertu.. hehehehe |
Pada hari pertandingan tu... aku nampak semua team yang dapat ke final lebih bersedia dari masa ketika pertandingan saringan haritu. Baju diorang pun gempak-gempak woo!!! Team NRE pun tak ketinggalan. Merasa pakai baju baru tapi baju yang sama kami pakai masa pertandingan saringan haritu la cuma ditambah beberapa aksesori pada baju kami yang bersesuaian untuk lagu yang kami nyanyikan pada haritu. Lagu yang kami bawa tetap sama dengan yang pertandingan saringan haritu cuma Cikgu Ina olah skit pergerakan agar lebih mudah, kemas dan mantap dalam penyampaian suara nanti.
Memang tak dinafikan.... ketika pertandingan berlangsung.... team-team yang berjaya ke final berjaya menunjukkan persembahan yang lebih mantap dan bersedia..... Naik takut pun ada kalau kami kalah... hehehehhe.... tapi rezeki tu Allah yang tentukan. Akhirnya team NRE berjaya mendapat tempat kedua. Itu lah rezeki kami..... Team yang mendapat gelaran Juara ialah juara bertahan tahun lepas... JPSM dan tempat ketiga ialah FRIM. Walaupun NRE mendapat tempat kedua....sekurang-kurangnya kami telah menaikkan ranking dari pencapaian tahun lepas. Kalau tahun lepas dapat tempat ketiga..... tahun kami dapat tempat kedua pula. Syukur sangat!!! Yeayyy!!!!! Hadiah yang kami terima nanti ialah RM2000 wooo bersama trofi tetapi penyampaian hadiah tu nanti akan disampaikan semasa Hari Inovasi 2011 yang akan diadakan pada pertengahan bulan November.
Dengar kata Datin Junaidah (SUB Kanan NRE) nak bawa team koir NRE berjalan somewhere else kat Malaysia ni kalau kami dapat Juara... tapi kami dapat tempat kedua jer... camner??? Takkan tak nak bawak kot. Sekurang-kurangnya pandanglah pencapaian kami ni... Bukan mudah nak tewaskan juara bertahan... huhuh... Sekarang ni kami tengah berdoa supaya keajaiban berlaku... huhuhu... mengharap tak hengat!!!!
Oklah.... sampai di sini dulu.... Chow chin chow!!
Bulu mata tu... tak hengat punya lentik...hahahhaha |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!