Hari Sabtu yang lepas ku baru sahaja balik dari Cameron Highlands atas rancangan last minit hubby aku. Kali ini aku sefamily pergi bersama mak dan pak mertua aku. Walaupun kami sefamily baru sahaja ke Cameron before bulan puasa.. tapi masa tu aku pergi melayan mama aku. Kalini layan mak dan pak mertua pula.
|
Cameron Highland... Pekan Strawberry |
|
Dalam perjalanan dari Tapah selepas kemabukan.... |
Masa on the way ke Cameron hari Sabtu tu.... Hubby ikut jalan dari Tapah. So aku macam biasa laa... diam sahaja sebab mabuk darat. Hahahah!! Lebih-lebih lagi kalau dah tempuh Lata Iskandar yang cantik tu... mak aiii... jalan dia... boleh muntah hijau aku dibuatnya.. Tapi dalam kata aku kemabukan tu... rupanya mak mertua aku lagi teruk mabuk dan muntah-muntah masa ikut jalan bengkang bengkok tu. Adehhh... naik panik semua orang bila mak mertua mabuk. Dah macam orang kena demam chikukunya pun ada tau. Ntah berapa kali berhenti tepi jalan pun tak tau la bila mak mertua aku asik muntah-muntah. Kesian pun ada bila tengok mak mertua aku tu. Sampai dah takder apa nak dimuntahkan sebab memang kebetulan kami semua belum makan tengahari. Tapi what to do... aku sendiri mabuk so aku diam jer la.
|
Air terjun Lata Iskandar yang cantik |
Sampai sahaja kat apartment yang hubby aku booking di Desa Anthurium, Tanah Rata dalam keadaan hujan renyai-renyai tu... terus aku berehat sekejap untuk melepaskan kepala yang pening tu dan tak lama lepas tu baru aku siap-siap untuk panaskan lauk yang kami bawa untuk makan tengahari. Agak senang nak masak menggunakan peralatan di apartment yang kami sewa kali ni sebab kami yakin yang pemilik apartment hanya menyewakan kepada orang Islam sahaja. Dah sah-sahlah takder bawak makanan yang haram kan. Lega sangat. Kali ini kami dapat apartment yang amat selesa. Dah macam duduk rumah sendiri. Seronok rasa.
|
Kawasan kejiranan Desa Anthurium |
|
Gambar ihsan dari internet... tapi inilah apartment yang sama aku sewa. |
|
Contact no orang yang aku berhubung untuk menyewa di Desa Anthurium. Dengan mereka ni tak rasa risau sebab boleh sewa apartment yang penyewanya semua orang Islam.. jadi nak masak ke apa senang... dah tentu halal. |
Sambil makan tengahari diwaktu petang tu... hujan di luar mencurah-curah... adehhh!!! Potong stim betul. Sejuk jangan cakap la. Yang tak bestnye bila program nak gi jalan-jalan terpaksa dibatalkan. At last aku sefamily hanya ke pasar malam Cameron sahaja pada pukul 7 dalam hujan. Redah jer le.. rugi dah datang jauh-jauh tak pergi kan?? Itu pun mak mertua aku tinggal dalam bilik jer sebab nak pulihkan diri yang mabuk teruk dalam kereta tadi.
Balik dari shopping sayur dan buah strawberry... terus jer aku masak makan malam dengan sayur-sayur yang dibeli. Kebetulan pula masa kami balik tu Mak mertua aku dah beransur pulih dari mabuk. Perghhh.... malam tu kami makan salad fresh dengan nugget dan sos thousand island. Betul-betul terangkat!!!! Sekali tengok dah macam kambing pun yer... Huhuhu... kalau nak tau... aku baru belajar makan salad bersama nugget dan sos thousand island sejak beraya ke rumah Pengerusi APDISK baru-baru ni... Angkara nak jaga diet aku so dia hidangkan menu tu masa kami datang. Sejak tulah aku pandai makan salad. Kalau tak.... haraammmm.... tak jamah derrr!!!
Malam tu.... aku, hubby dan anak-anak tidur dalam keadaan berselubung siap pakai baju panas macam orang eskimo tu. Siap sarung tangan dan kaki lagik!! Hahahhaha... hujan pun tak berhenti... pempaham jer lee.... bukan main sejuk tahap cipan!! Dah pagi baru hujan berhenti. Tido pun tak berapa nak nyenyak sebab macam tido dalam aircond sejuknya. Huhuhu...
Pagi tu.... selesai jer aku buat breakfast dan masak untuk makan tengahari bila nak balik nanti, kami terus siap-siap nak check out. Kununnya nak gerak awal bolehlah kejar anak ke kelas Taekwondo. Aku sempat ambil gambar sikit-sikit jer sebab nak cepat... tapi ada persinggahan juga. Kami sempat singgah di ladang strawberry dan Perhentian Teh Cameron Bharat untuk memborong teh. My hubby sebenarnya nak bagi chance pada mak dan pak mertua aku merasa petik buah strawberry. Citer pasal ladang strawberry ni.... tempat yang aku pergi ni adalah antara tempat paling murah untuk masuk. Firstly masuk jer limit 1 bakul untuk 2 orang dan tak kena caj. Lepas tu, strawberry yang dipetik tu nanti ditimbang dengan harga RM30 sekilo. So pepandai la budget time petik tu. Buah dia pun boleh tahan tapi nasib laa.... kalau kena time belum semua pokok dapat buah yang agak ranum dan merah masa kita datang tu.... it depends pada pokok pada musim tu. Ok kan..... berbanding yang lain... masuk jer dah kena bayar per kepala.. belom petik buah lagi dia nak kira ikut timbang... dengarnya RM40 jugaklah sekilo... gilaaaa....hehehhehe. Kiranya aku promote kat koranglah tempat ni kalau datang ke sini....
|
Possing dekat bunga ros depan apartment kitorang sebelum balik |
|
Possing ngada-ngada ngan hubby |
|
Dapat bunga dari en hubby... suka laa... gatal!!! |
|
Pak mertua aku pun nak possing |
|
Ladang strawberry yang kami kunjung |
|
Memetik sendiri!!! Hahahah |
|
Suka mak mertua dapat petik buah strawberry. Hanum pun tumpang sekaki |
|
Tea House yang aku singgah untuk memborong teh cameron |
Selesai semua perkara... kali ni kami balik ke Putrajaya ikut jalan Simpang Pulai pula sebab risaukan mak mabuk lagi. Nanti dari jalan-jalan nak seronok jadi tak seronok pula kalau mak tak sihat. Tapi ikut Simpang Pulai punyalah jauh... perghhh. Akibat lambat sangat ikut sana... anak aku pun terlepas kelas taekwondo. Dah lah dah nak grading. Jadi stress aku dibuatnya!!! Huhuhu...
Oklah... sekian dulu story pasal jalan-jalan di Cameron ni... nanti kita story lagi yer!!
nota: disebabkan masa suntuk sangat di sana... 1 keping gambar Kimie pun takder... huhuhu... siannn........
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!