Jumaat, 28 Oktober 2011

Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2011 - Peringkat Saringan

Posted by Emmymazli at 12:05 PTG
19 Oktober 2011 - Dewan Baiduri NRE

Hai u oulss!!!  Today nak sambung story pasal menyanyi lagi.  Tapi bukan koir tau.  Kali ni nasyid pula.  Heheheh... kerja aku ni menyanyi jer le.  Dah minat... nak buat camner kan....  Tapi... penatnya pada kali ini  memang tak hengatlah.  Mana taknya, tarikh pertandingan koir dan nasyid memang dekat-dekat waktunya dan aku sendiri dan beberapa rakan lain yang juga menjalani latihan koir dan nasyid  boleh dikatakan terkejar-kejar dan tak menang tangan untuk pergi training. 
 
Oklah... last week... Group aku yang bernama Soutun Najah yang terdiri daripada aku dan 6 lagi kengkawan yang lain iaitu Ila, Zaza, Azman, Mizi, Ja'a dan Wan telah join Festival Lagu-Lagu Dakwah NRE 2011 mewakili NRE bersama 11 jabatan lain di bawah NRE.  Persiapan untuk kali ini... kami sekali lagi belajar menyanyi atas bimbingan Cikgu Ahmad Fadzli Bakar iaitu salah seorang penyanyi dari kumpulan nasyid Far-East.  Korang kenal tak..?? Tak kenal meh aku kenalkan.. Ada kat dalam gambo yang aku tempelkan kat sini nanti. 
Cikgu Fadzli di belakang belah kanan
Untuk pengetahuan korang.... format pertandingan pada kali ini sama seperti tahun lepas di mana setiap kumpulan akan membawa 2 lagu.  Lagu yang kami bawa pada kali ini adalah lagu pilihan yang disenaraikan oleh NRE iaitu lagu  Damai Yang Hilang dari kumpulan Nowseeheart dan lagu yang kedua adalah ciptaan cikgu kami sendiri iaitu sebuah lagu baru  bertajuk Gapai Impi.

Bab practise... perghh... dari awal sebelum bulan puasa kami dah mula latihan cuma tidaklah kerap.  Tapi bila ada peluang menjalani latihan aku dan kengkawan lain akan practise sebaik mungkin. 

Masa hari pertandingan... ntah kenapa aku rasa nervous giler....sebelum ni pun nervous tapi kali ni lagi nervous.. macam orang tak pernah naik pentas jer aku nih.  Maybe bila aku dah lihat ada group yang bagus-bagus.. aku rasa amat tercabar dan membuatkan aku rasa nervous tak hengat!!!

Alhamdulillah sekali lagi.... team NRE berjaya memasuki final bersama kumpulan dari JPSM, FRIM, JKPTG, JPS, NAHRIM dan PERHILITAN.  Tahun ini penyertaan ke final dibanyakkan dari 5 group kepada 7 group untuk memberi peluang kepada setiap team untuk menunjukkan bakat yang terendam selama ni... hehhehe!!!

So u guys... look and see lah nanti keputusan di peringkat final Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2011 pada 3 November 2011.  Tak berani nak cakap lebih-lebih pasal pertandingan ni.  Kontraversi pula nanti.  Hehehehhe... Semoga kami diberi rahmat olehmu ya Allah untuk mendapat tempat yang baik-baik dalam pertandingan ini nanti...AMINNNNNN

Lets check pic group aku yer.... ngeeeee (^_^)
Bersama kengkawan dari JUPEM yang memberi sokongan
Menunggu turn kami
Azxman, Mizi dan Ja'a... Cover hensem la tu.. heheheh
Sewaktu persembahan NRE
Part aku menyanyi solo
Part Ja'a menyanyi solo bersama Mizi dan Azman
Bergambar kenangan bersama kak Murni
Bergambar sebelum naik pertas.
Heheheh... muka orang-orang nervous... senyum pun tak berapa nak ikhlas... terutamanya aku la tu!!


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...