Isnin, 5 September 2011

Sambut Raya & Birthday Hanum Sekali Gus!!

Posted by Emmymazli at 6:03 PTG
Salam semua...

Kalau korang perasan... entry-entry aku lately ni sumer pasal raya jer.  Hehehehe... raya pun baru berlangsung beberapa hari jer kan.  Aku rasa tak salah kalau kita story pasal raya jer...  Mengembalikan mood raya sentiasa dalam dirikan bagus... huhuhuh

Sebenarnya entry harini nak cerita pasal aku dan family celebrate raya bersekali dengan birthday anak dara aku si Hanum.  Kebetulan raya pertama tahun ni jatuh pada 30 Ogos yang merupakan birthday Hanum..... maka banyak perkara yang perlu aku settle sekaligus dengan persiapan raya.  

Sebelum aku nak bercerita panjang... rasanya belum terlambat aku nak wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua kengkawan tak kira di mana you alls berada.   Aku mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan juga salah dan silap harap dimaafkan.  Sorrylah.. tak dapat wish awal sebab sibuk meniaga lemang... raya-raya ni... blog dan FB aku pun cuti jugak... hehhehehe...
Mula-mula sekali aku nak story pasal raya dulu... tahun ni aku anak beranak beraya di Melaka as usual.  Tak kemanapun sebab aku dan hubby memang orang Melaka dan kampung pun sebelah-sebelah jer.  Nak balik mana pun tak kisah.  Baju kami sekeluarga tahun ni bertemakan warna purple.  Perrghhh.... comel giler warna tahun ni.   Baju aku dan hubby pun dah macam orang nak gi nikah.  Hahahahah.  Bukan apa.. sekali sekala pakai baju meriah.  Kebetulan pula tahun ni adalah ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 10.  So hubby aku menghadiahkan baju yang macam baju kawen untuk kitorang ambil gambar ala-ala orang baru kawen tu... cuma bezanya kitorang pengantin lama.... pastu pengantinnya pun agak montel dan gebu.  Hahahahah.... 
Macam aku cerita dalam entry sebelum ini, aku dan hubby seperti tahun-tahun sudah berniaga lemang.  So, tak dapat dinafikan lagi betapa penat dan mengantuknya aku dan hubby di pagi raya.  Perghhh.... pening korang tau tak...!!! Kami dapat tido dalam 2 jam jer..... huhuhu....Asal raya jer ngantuk...!!!!  Settle beraya di rumah keluarga yang lebih tua.... biasanya dapat juga kami berehat.  Tapi tahun ni aku agak kelam kabut sikit menguruskan birthday party Hanum pula pada malam raya pertama tu. 

Nasib baik buat raya pertama... so tak payahlah nak buat macam-macam sebab raya pertama memang sudah banyak menu.  Kebetulan pula aku memang minta mama standby buat ketupat dan rendang lebih untuk birthday Hanum tu.  Cuma aku tambah-tambah goreng nugget dan sosej serta buah-buahan sebagai pelengkap menu untuk birthday party.  Kalini buat birthday Hanum bukan kat rumah mama aku di Ayer Molek or rumah mak mertua aku di Telok Mas... kali ni buat di rumah nenek aku di Paya Dalam.  Saje mau kasi meriah rumah nenek aku tu.  Kalau tak nenek aku sedih jer sejak kematian atuk aku sebulan yang lalu.  Sunyi katanya rumah tu.  

Bab kek birthday ni memang aku sesak nafas skit.  Almaklum ler.... raya-raya ni... banyak pembuat kek yang tak mau terima tempahan sebab sibuk siapkan biskut raya walaupun masa aku bertanya tu 2 bulan sebelum puasa..... baek punya prepareration tapi kepala pun boleh pening sekejap.... Kebetulan pula tahun ni Hanum request kek barbie... berposak la aku blog walking blog-blog yang boleh buat kek barbie.... mostly sumer tak nak terima tempahan kecuali sorang kawan ni bernama Mieza iaitu tuan empunya blog http://www.prettysmallbakery.com/ .  Syukur Mieza sanggup terima tempahan dan yang paling best.... harga-harga kek dia juga berpatutan dari pembuat kek yang lain.  Cantik pun cantik design kek barbie yang Mieza buat.  Syukur alhamdulillah!!!  Masa nak potong kek tu pun.. bukan main sayang lak aku sebab cantik sangat kek yang Mieza design... Heheheh... Thanks Miezah!!!!
Tahun ni cadangnya nak buat birthday Hanum agak gempak ala-ala princess dan berwarna pink.... tetapi nampaknya tak kesampaian juga hajat aku dan Hanum.  Baju princess tak dapat..... nasib baik ada juga gaun raya yang aku beli tu warna pink.  Tang lain sumer dah settle.... tapi baju pula yang tak dapat cari.... padahal 1 Melaka aku dah cari... kesian sungguh.... Tapi takper laa..... pengajaran buat aku jugak... jangan nak tunggu last minit baru nak beli.  Lain kali kalau ternampak kat mana-mana dan berkenan di hati terus grab jer baju tu... tak payah nak loghat nak survey tempat lain.  Bukan senang nak cari baju princess tau!!!  (sebenarnya perli my hubby tu... huhuhu...)
Walau apa pun.... syukur sangat-sangat bila majlis berjalan dengan lancar walaupun agak lewat dari waktu yang ditetapkan... yang penting Hanum happy.  Cuma Hanum merungut skit tahun ni...katanya.. "Mama.. tahun ni kakak tak dapat hadiah pun... dapat duit jer.. kalau birthday Kimie tu macam-macam hadiah Kimie dapat.... Kakak nak jugak...!!"  Hahahahha... nak buat macam mana... kebetulan birthday Hanum tahun ni jatuh pada first raya.. so duit raya dilebihkan la dari biase... hehehehhe... kesian lak Hanum.  Tapi dia tak tahu pula duit tu dia boleh beli macam-macam.. Hahahahahah!!!!
 
 
 

Balik dari birthday party Hanum kat rumah nenek aku tu... aku terus balik Telok Mas... sampai rumah jer terus terbongkang laki bini... punyalah bapak mengantuk.... huhuhu....

Oklah... layan gambar dululah yer.... tataaaaa!!!


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...