28-29 Ogos 2011- Ayer Molek, Melaka
Salam semua. Kalini nak story bisness aku menjelang Raya... Seperti
biasa tiap-tiap tahun menjelang Hari Raya aku akan bercuti lebih awal sedikit
dari yang lain-lain untuk aku memulakan bisness aku untuk musim perayaan. Apa lagi kalau tak bisness “LEMANG” aku.
Macam tahun lepas jugak, aku mulakan bisness lemang aku 2
hari before raya. Bukan apa, tak mau
jual lemang yang dah berhari-hari. Lemang
aku memang dijual untuk stok hari raya. Insyaallah... boleh tahan 3-4 hari. Bukan
nak membandingkan lemang aku dengan lemang peniaga lain… tapi aku punya lemang….
original punya lemang ok!!! Hehehehe…
Ini lemang.. bukan lemang kukus yang pulutnya dikukus dahulu dan
kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar atas api.. bukan juga lemang
pakai ajinomoto mau kasi rasa yang sedap… ini lemang semata-mata lemang asli
yang menggunakan beras pulut, santan, garam, dan dibakar dalam buluh yang
cantik atas kayu api berjam-jam. Segala
proses membuat lemang ni aku buat di pondok lemang aku tu jer. Memang penat buat lemang ni… boleh dikatakan
hampir 48 jam non stop dan tak tidor.
Lepak memang lepak…. Dapat rehat pun sekejap-sekejap jer tapi demi
mencari rezeki raya… aku dan suami harungi jua.
Nasib baik aku ada 2 orang pembantu yang baik punya… saper lagi… adik aku
si Boy dan sepupu aku si Celeng a.k.a. Shahril.
Tahun ni aku jual lemang lebih 500 batang yang menggunakan
12 kampit beras pulut. 1 kampit beras
pulut tu beratnya 10 kg. Perghhh… memang
lepak skit untuk kejar masa membakar lemang untuk hari mantai tu. Tapi Alhamdulillah…. Rezeki Allah bagi aku
terima jer. Kalau diikutkan persaingan
jual lemang tahun ni memang hebat. Kalau tahun-tahun dulu, hanya aku dan 1
peniaga di area kandang jer yang meniaga lemang, tapi tahun ni ada lebih kurang
10 buah gerai yang menjual lemang sepanjang jalan utama di Pengkalan
Minyak-Ayer Molek-Kandang. Korang
bayangkanlah macam mana aku nak meniaga kalau dah persaingan begitu ramai. Tapi Alhamdulillah… aku meniaga ikhlas dan
tak nak menganiaya orang dengan mencari keuntungan semata. So far, aku dah ada pembeli tetap tiap-tiap tahun
yang tahu kualiti lemang aku. Tak perlu
nak risau…. Lambat ke cepat…. Ada jer rezeki aku cuma yang aku perasan, tahun
ni aku berniaga tak serancak dulu. Nasib
aku baik bila pembeli dah pandai menilai barang yang dibeli. Aku tukar strategi menjual lemang tahun ni
dengan mendahulukan membakar lemang yang besar-besar dahulu. Kemudian baru yang kecil-kecil. Orang sekarang tak suka lemang kecik-kecik
dan garing. Diorang suka lemang yang
sedang dan besar. Bersesuaian dengan
harga lemang itu sendiri yang lebih kurang harganya RM12-18 mengikut saiz buluh
lemang. Alhamdulillah. Bila aku tukar strategi tahun ni, walaupun meniaga tak rancak macam dulu, tapi
pulangan aku tetap baik macam tahun-tahun sudah. Alhamdulillah sangat-sangat!!!!!
Tahun ni juga… aku tukar nama lemang aku. Dulu aku letak “LEMANG TELOK MAS”. Tahun ni aku letak “LEMANG AYER MOLEK” bila
ramai permintaan pembeli pada tahun lepas yang minta aku tukar nama sebab
kedudukan gerai/pondok lemang aku di Ayer Molek, bukan di Telok Mas. Dulu aku letak “LEMANG TELOK MAS” sebab hubby
aku asalnya meniaga lemang di Telok Mas dan memang dah ada customer tetap. So, orang nak cari pun senang. Tapi sejak kebelakangan ni, ada jer kisah tak
menarik tentang lemang Telok Mas ni, so ada baiknya juga aku dan hubby tukar nama. Hehehehe….
Tapi, susah nak puaskan hati semua orang… bila dah tukar.. ada pulak
pembeli yang mintak pakai nama lemang Telok Mas pulak!!! Huhuhu… tension… bukan
senang nak puaskan hati semua orang tau….
Oklah…. Lastly… aku
nak ucapkan terima kasih kepada bapa mertua aku.. Syed Salim Syed Omar yang
membantu aku mencari buluh lemang yang baik punya tahun ni. Ramai puji buluh lemang aku tahun ni
cun. Thanks juga kepada adik aku Boy
dan Celeng yang bantu aku dari A-Z untuk bisness lemang ni. Dan terima kasih juga kepada adik-adik aku
yang lain yang terpaksa kemas umah mama tiap-tiap tahun tanpa bantuan aku dan
keluarga mak mertua aku kerana tak masak untuk raya sebab tiap-tiap tahun juga
aku mengelat pergi jual lemang…. Hehehhehehe… Jangan mare ekkk…. Huhuhuh….
Oklah….. sekian story pasal lemang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!