Khamis, 29 September 2011

Jamuan Raya JBK Bersama UKK

Posted by Emmymazli at 12:42 PTG
22 September 2011 - Foyer Podium 2, Aras 1, NRE

Salam semua... kali ni aku nak story pasal event yang Jabatan Biokeselamatan (JBK) aku buat dengan usahasama Unit Komunikasi Korporat (UKK).  Anyway, event ni dah lama kami rancang since tahun lepas setelah dikenalpasti yang ruang pejabat yang kami sharing ni amat sesuai untuk dibuat event terutamanya Jamuan Raya yang boleh kami share eventnya.

Perancangan untuk event ini taklah lama sangat sebab dapat kerjasama baik dari 2-2 pihak.  So kami rancang buat menu yang mudah jer.  Bab duit untuk jamuan dari pihak JBK ni agak pening skit la sebab JBK ni agak susah untuk membuat sebarang pembelian/order sebab takut dipertikaikan.  But kami rasa nasib baik sangat bila ada boss-bos yang willing untuk memberi sumbangan.  Alhamdulillah.  Tahun ni, kami di  JBK teringin untuk cuba menu baru.  So, most of us yang membantu aku dalam JBK ni adalah orang jawa... jadi kami pun mencubalah menu Nasi Ambeng yang kami sendiri preparekan.  Kiranya bahagi-bahagi kerja la nih.  Selain dari menu Nasi Ambeng yang ada dalam jamuan tu adalah atas usaha UKK.  Hehehhehe..

Anyway... alhamdulillah sesangat sebab menu yang pertama kali kami cuba ni mendapat sambutan walaupun ada yang kata tak pandai makan itulah.. makan inilah... tapi at least diorang mencuba dan kata menu ni sedap.  Aku siap buat display tu nak tunjuk camner rupa menu tu sebenarnya untuk diorang rasa tak pelik nak makan.  Aku rasa bangga giler dapat memperkenalkan menu Nasi Ambeng yang original dari kampung aku ni pada kengkawan.  Masa aku makan pun... rasa macam makan Ambeng kat kampung... best..best..best!!!

Menu-menu yang UKK buat pun tak kurang hebatnya... sedap-sedap wa cakap lu.  Merasa la kami sorang skit.  Masa event tu tengah berlangsung.. nak dijadikan cerita, ramai VIP yang tak dapat datang terutamanya Dato' KSU.  But at last, boleh plak Dato' KSU datang singgah.. menggelupur la aku dan yang lain-lain nak menghidang makanan.  Hahahah... Lawak betul!!  Nasib baik sempat prepare walaupun tak sebaik mana.... janji Dato' KSU sempat singgah pun kami dah syukur sangat.  Apa-apa pun, yang penting.... kali ini punya Jamuan Raya, kami seronok sangat sebab bila 2 bahagian bergabung dan dibuat pula tempat yang terbuka dan strategik... suasana raya kami rasa meriah sangat walaupun kami cuba buat sesimple mungkin.  Terima kasih aku ucapkan kepada semua kengkawan yang datang ke jamuan raya kami ni dan juga geng -geng JBK dan UKK yang membantu menjayakan event ni.   Love u all lah!!!

Enjoy the pic!!
Possing maut aku.. hehehheeh
Ruang nak bergambo raya kat ofis UKK
Menu kami
Geng-geng JBK
Menu Vegetarian.... sedap!!
Contoh yang kami display untuk Nasi Ambeng
Sate dan sambal tumis yeng menyelerakan
Bergambor saje....
VIP yang dapat turut serta pada mulanya....
Menu dan juadah kami....
KSU yang sempat singgah di saat akhir... huhuhu
KSu setable ngan boss aku.. heheheh
Sedang menyiapkan Laksa yang diminta oleh KSU
Masa KSU nak balik
Orang kuat UKK
Geng-geng UKK
Sakan anak-anak dara UKK ni malaram


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...