Nasib baik la anak aku 2 orang jer buat masa ni. Dan yang perempuan tu sorang... kalau ramai... luruh segala rambut yang ada kat body ni. Huhuhu.... Citer nye begini. Anak dara aku si Hanum ni memang peminat Barbie. Tapi sebelum ni dia tak lorat sangatlah nak membuat koleksi... Kalau ada Barbie pun, maunya Barbie tu akhirnya akan boleng/bogel. Kasut dan baju semua ntah ke mana. Dalam tak sedar, rupanya Hanum dah ada 2 Barbie yang dah togel. Geram memanglah geram. Nak beli bukannya murah. Luckynyer... birthday dia tahun-tahun sebelum ni pernah Pak Acu dia belikan patung Barbie jugak. Dan yang aku beli sendiri ada 1. Kebetulan pula raya pertama baru ni aku dan hubby buat celebrate birthday si Hanum dan birthday cake hanum pun ada patung Barbie yang sebenar. Tapi setelah dibersihkan, Barbie tu pun togel juga, so terpaksa jugaklah aku kena membeli set baju Barbie si Hanum ni. Tapi kira oklah.... sekali beli baju tu dapat 3 set baju dan kasut. Kalau beli 1 helai memang boleh tapi ruginya bila 1 helai baju jer dah RM15 tanpa kasut. Lebih baiklah aku beli 3 helai baju dan siap kasut juga beg tangan berharga RM50++. Lagi jimat. Anak punya pasal... ok lagi lah.... Adehhhh....
|
Koleksi Baju dan Aksesori Barbie Hanum |
|
Koleksi Kasut Barbie |
Dalam awal minggu lepas baru-baru ni aku ada pergi ke Giant di Bangi (kat Warta lama). Saja nak jalan-jalan sambil cari makan. Macam biasa.. aku kalau hubby takder malas nak masak. So dalam kata nak jenjalan dan makan kat sana.... si Hanum ternampak patung Barbie dengan Wedding Dress. Perghhh.... jangan kata Hanum... aku pun tergoda. Memang cantik!!! Nak tak nak aku beli la 1 untuk Hanum. itu belum lagik dia request 1 set baju dan kasut lagik.... katanya dia punya Barbie tak boleh tukar baju. Setakat ni ada baju tu jer... aku bising la jugak pada dia sebab dulu masa Barbie tu ada baju lengkap Hanum gatal tangan tanggal-tanggalkan. Aku pun layankan jugaklah beli baju Barbie dia. Apa lagi... Kimie pun sudah jeles.. Hehehheeh.... merajuk tak sudah-sudah. Terpaksalah aku belikan dia keta kat KFC tu.. heheh... syarat bagi diam. Maka dengan itu.. koleksi Barbie Hanum dah 4 dan baju pun dah selamat ada berapa ntah termasuk baju Barbie dia yang lama-lama jumpa balik dalam bakul mainan dia tu dan masih dalam keadaan cantik lagi.. sabo jer laa. Bila dah 4 Barbie tu.. pempaham ler... dia request mintak buat kotak rumah Barbie pulak... atas kerajinan aku demi anak... aku buatkanlah kotak rumah Barbie tu pakai kotak mana ntah kat rumah aku tu untuk si Hanum dengan membalutnya dengan kertas A4 putih dan hiaskan dengan aksesori sticker Barbie yang kebetulan Hanum ada simpan. Sticker tu kununnya nak pasang kat bilik Hanum di rumah baru tu nanti... tapi demi Barbie dia.. sanggup jer.. Hahaahahhah!!!
|
Kotak untuk Barbie yang aku sempat siapkan untuk Hanum |
Kebetulan malam Sabtu lepas... hubby outstation di Janda Baik, Pahang... aku yang keboringan pun pergilah Alamanda nak beli makanan. Kebetulan singgah jalan kat Toys Us tu... Hanum ternampak patung Kent (partner Barbie) yang pakai tuxedo. Boleh plak dia request nak patung tu pulak!!!!!!! Kononnya kesian Barbie dia yang pakai wedding dress tu takder partner... Barbie dia sumer perempuan... takder patung lelaki... Huhuhu... Sabo jer laa..... Layankan jugaklah. Aku belikan juga 1 set baju dan kasut Kent (1 pasang jer) untuk tukar-tukar nanti. Sedang menelek-nelek..sekali kat situ boleh pula ada terjual rumah Barbie kat situ dengan harga offer. Kalau diikutkan rumah Barbie ni mahal (kalau harga dekat RM200++ tu kira mahal bagi aku). Sekali tengok harganya dalam RM100++. Kira oklah lagik. Mula-mula aku takmo beli... tapi bila Hanum dah pujuk baik punya kat aku dengan pelbagai alasan termasuk dia takder hadiah birthday la tahun ni sumer.... hmmm.... terpaksalah mama dia ni tepek card credit. Kimie pulak terpaksalah aku umpan dia kereta control yang tengah offer murah kat situ untuk bagi dia diam. Kang dia mintak yang bukan-bukan lagi aku susah. Merajuk jer kerjanya nanti......Huhuhu!!!!
|
Kent dengan Tuxedo & Barbie with wedding dress |
|
Rumah Barbie yang telah dibuka dari arah kanan |
|
Rumah Barbie yang telah dibuka dari arah kiri |
Balik jer rumah.... terus Hanum buat projek menyusun dia... adehhh.. semak aku...!!! Pastu Hanum minta aku buatkan rumah dari kotak 1 lagik guna wallpaper deco murah yang aku beli kat Mydin dulu. Dari tak pakai.. aku buatkanlah jugak. Dengan penuh tertib aku buatkan kotak rumah Barbie Hanum dan hiaskan dengan sticker yang ada dan juga kotak terpakai yang ada kat Barbie wedding dress aku beli tu. Selamat!!! Huhuhu.. bila dah siap.. cantik pulak kerja aku.. Hahhaha.. perasan sendiri...!!! Bila lagik nak puji diri sendirikan!!!!!!! Sukalah Hanum.....
|
Kotak Barbie & Kent yang baru aku buatkan... |
Bila dah susun cantik tu dan dah sempat main dengan Shirah anak best friend aku si Nurul hari Ahad tu... hari Selasa lepas aku pergi ke Alamanda, sekali lagik Hanum request patung Kent. Kali ni reasonnya pula patung Kent aritu tangan tak boleh pulas dan lepas tu, Kent tu untuk partner dengan Barbie yang pakai wedding dress tu and tak boleh nak tukar baju dia... alasan dia lagik... kotak yang mama buat tu ada 3 perempuan.. takder lelaki....huh!! Sabo jer laa!! Macam-macam alasan. Ni namanya dah bagi betis nak bontot!!! Aku cakap dengan Hanum... "Mama boleh beli tapi ni yang last. Sampai tahun depan Hanum tak boleh mintak apa-apa dengan Mama dan Hanum kena tolong Mama buat kerja rumah kalau Mama suruh. Periksa pun kena cemerlang... kalau tak sorry!!! Mama takkan belikan apa-apa langsung!!!" Bila dah deal dan Hanum setuju baru aku belikan. Hmmmm.... tepek card credit lagik...botak aku!!! Dah ada patung nak tambah baju. pulak.....korang tengoklah sendiri koleksi Hanum tu. Hisshhh...
|
Koleksi baju Kent |
|
Semua set Barbie dan Kent yang aku masukkan dalam kotak hasil kerja aku.... |
|
Barbie dan Kent yang baru dibeli |
Maka dengan itu aku dah terasa nak kopak sangat dah ni gara-gara anak-anak. Dahlah kereta aku baru saja rosak kelmarin (Isnin) dan dah terkena RM400 cash!!! Nasib baik ada juga card kredit bleh aku cover untuk beli patung Hanum ni. Aku jarang layan permintaan Hanum terutamanya bab mainan. Tapi nilah pertama sekali aku tengok anak aku seronok sangat dapat beli mainan macam ni. Bukan main dia jaga koleksi Barbie dia ni. Adik Kimie nak main pun tak boleh!!! Nampak dia semangat sangat. Bukan setakat semangat nak main... tapi semangat nak buat kerja sekolah, semangat nak buat kerja rumah... Sanggup masakkan maggi dan siapkan air untuk aku. Pantang aku cakap lapar ngan haus jer dan aku mintak apa-apa... Servis baik jer minggu ni... Hahahah...
Oklah... korang tengoklah gambo Hanum menggayakan Barbie dia kat rumah Barbie tu.. bukan main lagik...!!! Dan aku??? Tunggulah tumbuh rambut baru... pening sudahhhh!!!!
2 comments:
ya allah rajin nya ko melayan kerenah anak dara ko tu emmy....apa pun aku tabik hormat...ko buatkan rumah kotak utk dia tu...cantik n kreatif gak yek
Long... rajin tak rajin... aku layankan jugaklah... ni si Kimie lak request tapi aku asik tangguh jer sebab penat sangat.. tunggulah hari minggu kalau sempat aku buatlah....
Kadang tu idea kreatif tu banyak tapi tak terluah... bila dah buat gitu akan menyusul pula idea lain.... bagi aku tu jer idea terbaik aku ada masa tu... kalau betul-betul rajin time nak buat tu akan dapat hasil lagi cantik dan teliti.. ni idea orang malas.... heheheh...thanks long....
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!