Kalau kengkawan baca entry aku yang lepas, Hanum dah dapat kucing idaman dia dari Mak Anjang dia. Ni tetiba pula my hubby sibuk nak bela Burung Cinta atau sinonimnya Budgie. Kalau betul-betul Love Bird mahal beb!! Dalam sibuk-sibuk Hanum nak Mak Anjang dia bawa pergi kedai Pet... boleh pula my hubby ajak pergi kedai burung untuk beli sangkar burung. Ini semua gara-gara mama akulah ni bila dia kata ada sedara kami kat Melaka ada bela burung ni banyak dan dijual. Kalau harga sedara murahlah skit. Terus my hubby berminat. So, my hubby beli la sangkar dulu untuk standby masukkan burung.
Sebelum sampai kat rumah sedara tu, target my hubby nak dapatkan sepasang burung sahaja. My mom pun follow sekali. Kununnya nak jadi perantara... sedaralah katakan... hahahhaha. Sampai kat sana, boleh pula sedara tu tak mahu jual sebab katanya anak burung yang dia nak jual tak berapa cantik bulunya dan tak sampai hati nak jual kat orang takut pembeli tak puas hati. Yang tinggal hanyalah burung induk yang selalu bertelur. Tapi... dalam kata burung induk.. banyak juga dia bela burung jenis ni dan lain-lain jenis. Dah boleh buat zoo burung tau.
At last.. pujuk punya pujuk oleh my mom dan hubby, akhirnya dapat juga hubby aku burung yang diidamkan. Dari nak 2 ekor... jadinya 5 ekor. 2 ekor dari burung induk dan 3 lagi burung yang belum matang. Tapi dah ok juga saiz burung tu aku tengok. Cantik!!! Yang bestnye.... sedara aku tu caj bayaran dengan kami hanya untuk 2 ekor jer burung induk sebanyak RM50 sahaja. Katanya kalau anak burung yang dah agak matang, dia jual seekor RM20. Tapi dia tak caj untuk 3 ekor tu... dia hanya minta bayaran untuk burung induk sahaja dan kalau beli kat luar tu mau mahal sebab harga burung yang pernah bertelur normally akan lebih mahal dari yang belum bertelur. Kiranya yang 3 ekor lagi tu free lah... huhuhu.... best..best...best... Yang lagi best.... sedara aku tu siap hadiahkan 2 buah tempurung kelapa yang siap dibersihkan untuk burung tu bertelur. Comel beb....
Yang kelakarnya.... mama aku pun loghat dah nak tempah burung kat sedara tu untuk dibela sebab mama aku dah ada sangkar burung yang agak besar yang diberi oleh cousin mama aku... sekarang ni tengah repair pasang bumbung sebelum diserahkan pada mama aku. Hisshhh... loghatlah mama ni... Hehehehhe
Balik dari rumah sedara tu, terus my hubby cari makanan burung... yang peliknya... boleh pula terlupa nak minta sedikit buat bekal sepanjang perjalanan nak bawa ke rumah aku nanti. Haishhh.... sekali lagi... seperti Hanum dan Mak Anjang dia mencari kedai pet... kami pun meround cari kedai pet atau kedai burung yang buka di hari minggu menjual makanan burung... huhuhu. At last kedai pet di Melaka Raya yang sama tempat Hanum beli peralatan kucing tu sahaja yang buka pada Ahad tersebut. Huhuhu.
Dalam kata nak membeli makanan burung... boleh pula my hubby ternampak sangkar burung yang agak besar dan boleh dijadikan 2 tingkat kalau di pasang penghadang... Fikir punya fikir akhirnya my hubby beli juga memandangkan kuantiti burung yang ada dah lari target dari yang asal untuk sangkar pertama yang kami beli tu.... kesian pula tak bebas untuk burung tu bergerak dalam sangkar kecil.... Tambahan pula... tempurung kelapa yang sedara aku bagi untuk bertelur tu penuh terus kalau dimasukkan dalam sangkar asal tu.... so kalau ada yang ini, luas skit tempatnya. Akhinya terbeli la jugak!!!
Sangkar burung yang lebih besar dibeli oleh hubby aku siap di pasang tempurung kelapa yang telah ditogelkan... |
Sampai kat rumah.... terus my hubby memulakan projek dia.... tempurung kelapa yang besar tu siap dibuang sabutnya supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam sangkar baru... Sakan hubby aku mengerjakan tempurung tu sampai togel... sabo jer laa... tapi bila dah siap dan pasang pada sangkar.. cantik dan klasik pula aku tengok.. suke... suke... suke... Burung pun nampak selesa...
5 ekor burung yang beli kami bela dalam sangkar baru.. nampak lebih selesa |
Comel burung ni tidur atas tempurung kela pa ni.. |
burung pun pandai posse tau... hehehehhe |
20 September 2011 (Selasa) - Kajang
Setelah mengamati minat hubby aku dan meneliti sangkar kecil aku yang cantik tu kosong, aku berminat untuk membelikan hubby aku seekor burung lagi. Setelah serve internet sana sini, aku teringin sangat nak memiliki burung spesis macam parrot. Kalau betul-betul parrot kena ada lesen. Teliti punya teliti dan menilai harga burung ini... akhirnya aku berminat untuk membeli seekor parrot spesis Cockatiel dari seorang rakan di Sg. Chuah, Kajang yang mengiklankan burungnya untuk dijual dengan berat hati... hehehehehe... boleh gitu?? Nak jual tapi berat hati sebab takut pembeli tu tak menjaga burung itu dengan elok. Sayang la tu sebab bukan senang nak bela burung yang hasil dia agak susah untuk dimiliki dan orang yang jual pula tu membela dan membiakkan burung itu dengan tangan sendiri dirumahnya... tentulah sayangkan....
Cockatiel yang diiklankan menarik perhatian aku |
antara koleksi Aril untuk dijual.... |
Deal punya deal.. akhirnya aku berjaya membeli Cockatiel untuk hubby aku sebagai hadiah. Comel giler beb!! Penjualnya yang bernama Aril telah menghantar burung ini ke rumah aku pada sebelah malam di hari yang sama. Thanks Aril. Happy giler laki aku walaupun target sebenarnya ialah dia menginkan sangat burung tiong emas atau murai batu. For info... setau aku jenis Cockatiel ni tak memerlukan lesen... incase kalau ada sesiapa yang tau... beritahulah aku yer...
Inilah Cockatiel yang aku beli... comelkan.... |
Setelah diletakkan di dalam sangkar cantik aku yang kosong tu... kesian pula aku tengok bila burung ni agak panik dan bila dia mengepakkan sayap dia... ruang sangkar itu nampak sempit... kesian..... tapi takper laa.... buat masa ni seekor aku rasa ok lagik..... Mana tau ada rezeki lainkan... pandai la hubby aku nak buat camner sok.. Yang penting dia minat dan nak jaga burung tu dengan kasih sayang....Heheheheheh
Cockatiel dalam sangkar aku yang cantik tu... |
Dalam sangkar pun pandai nak posing... loghattt |
Time to eat!!! |
Dua buah sangkar yang mengandungi burung kesayangan hubby aku di rumah kami kini.... |
4 comments:
Comel burung2 ni. Saya dr melaka. Dkt mana sy blh beli cockatiel ye?
Kt sy ada 0166157679
Ada lg ke
Berminat lagi x nk beli burung cockatiel?
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!