Isnin, 26 September 2011

Majlis Pertunangan Nurul Huda (Keluarga Angkat)

Posted by Emmymazli at 3:58 PTG
Salam semua….

Lama tak story mory  kat blog kesayangan aku ni.  Lately ni, banyak kerja yang aku perlu selesaikan baik di opis mahu pun di rumah.  Kalau nak diikutkan… banyak yang aku nak story, tetapi aku bila dah sibuk terutamanya time raya ni, memang tak bersempatan la nak taip apa pun.  Apa pun, kepada kengkawan yang mengikuti blog aku ni…. Aku akan story 1 per 1 kisah aku, family dan rakan-rakan yer…. Walaupun story tu dah agak lapuk.. hehheheh…. Tunggu step by step ok!!!… ^_^
Nuru Huda
Oklah…. Today nak story dulu pasal majlis pertunangan anak kepada family angkat aku ni di Muar, Johor pada 3 September 2011 yang lepas.   Family angkat??? Heheheh… sebenarnya, keluarga yang aku nak story ni ialah insan yang sudi menjaga aku semasa aku kecik-kecik dulu di Segamat… kiranya baby sitter la… Nama dia Mak Eton, Aunty Kenah & Uncle Rosli.  Lama benar aku tak jumpa dia…. Tau-tau bila dah besar baru jumpa…. Jumpa pun kadang 2-3 tahun sekali jer.  Paling aku rindu tu Mak Eton dan Aunty Kenah laa.   Semua family aku kecuali Abah dan adik Boy semua joint ke majlis terbut.  Masa sampai kat umah tu… kami jumpa macam orang baru balik belayar kapal… bukan main seronok….
Nurul diapit Uncle Rosli & Aunty Kenah
Aku dengan Mak Eton.. insan yang menjaga aku masa kecik-kecik
Adik-adik dan anak aku berposing
Majlis pertunangan yang aku hadiri ini ialah anak kepada Aunty Kenah & Uncle Rosli iaitu si Nurul Huda.  Almaklum laa…. Anak pertama punya majlis…. kena la hadir.  Kebetulan buat majlis pun di musim perayaan… sambil hadir majlis pertunangan, kita pun kiranya beraya la jugakkan….

Masa aku sampai rumah Mak Eton, aku seronok sungguh jumpa Nurul… comeyyy!!!!   Suka jugak tengok barang hantaran yang dibuat…. Boleh la buat contoh-contah untuk permintaan orang…. Aku memang suka cenggitu…
Hantan dari pihak Nurul
Oklah.  Apa sangat yang aku nak story pun…  aku just nak share kehappyan keluarga Aunty Kenah dan Uncle Rosly di majlis pertunangan anaknya…. To Nurul Huda.. kak long doakan semoga perhubungan Nurul dengan Encik Tunang hingga ke jinjang pelamin.   Congrats Nurul!!!!!

Tadaaa.....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...