Baru-baru aku ada balik ke Melaka. Untuk sambung beraya ke rumah sedara-sedara yang tak sempat aku kunjung masa cuti raya yang lepas. Nak dijadikan cerita.... adik aku Syila rupanya dah plan kalau aku dan family balik nanti nak bawa Hanum ke kedai pet untuk membeli peralatan kucing yang bakal Syila beri pada Hanum nanti hadiah sempena birthday Hanum yang lepas.
Hanum dan kucing kesayangannya |
Hanum pun bukan main seronok la.... nak dapat hadiah yang diingini.... Hanum memang dah tahu yang Mak Anjang dia nak bagi 2 ekor anak kucing yang comel. Tetapi ayah dia tak bagi bawa balik selagi kami tak pindah rumah. Lagipun, pengalaman yang lepas masa Hanum terjumpa kucing seperti dalam story aku kat http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/07/hanum-kittynya.html , kucing yang Hanum jumpa tu hilang disebabkan anak jiran aku ni baik sangat sampai panjat pagar aku ambil kucing tu... bukan sekali... tapi 2 kali. Mula-mula hilang aku tak suspect sesiapa.... tapi kali kedua tu hilang, berani pula anak jiran tu kurungkan anak kucing tu kat rumah dia... saja nak tunjuk kat aku. Bila aku tanya dia kata kawan dia punya. Padahal Hanum jumpa kat sekolah. Mengaku pula tu dia panjat pagar rumah aku ambil kucing tu. Amat kurang asam!!! So lebih baik aku hold dulu untuk bawa kucing tu ke rumah sekarang ni. Banyak sangat beruk!!!
Anak kucing yang Mak Anjang beri pada Hanum |
Jadi, seperti yang diimpikan Hanum... akhirnya Mak Anjang dia pun bawalah Hanum ke kedai pet tu setelah dari hari Jumaat (Cuti Hari Malaysia) Hanum asyik tanya bila Mak Anjang bila nak bawa pergi kedai animal (panggilan Hanum untuk kedai pet... hahahah). Ingatkan nak cari kedai dekat-dekat dengan rumah je malam Sabtu tu... akhirnya sampai ke Melaka Raya nak cari kedai pet sebab mostly malam kedai pet dah tutup. Huhuhu!!
Dalam sibuk nak memilih peralatan kucing... boleh plak Hanum berkenan kucing yang muka flat face+persian kat kedai tu... Korang tau berapa harga...??? RM1000 okey!!! So aku dan Mak Anjang diamkan saja walaupun kesiankan Hanum bila dia request tu... giler mahal tu... tak mampu den!!
Tapi Hanum tak kisah sangat sebab dia dapat apa yang dia inginkan.... nanti korang tengoklah gambar kucing dia yang 2 ekor tu dan barang-barang kucing yang Mak Anjang dia belikan tu. Senyum sampai ke telinga beb si Hanum!!! Disebabkan ini juga, Hakimi yang kununnya sekadar nak follow Hanum beli barang kucing ni, boleh pulak merajuk sebab tak dapat apa. Huhuhuh... stress aku!!!
Kucing-kucing Hanum dan peralatan kucing yang Mak Anjang belikan |
Sampai jer rumah mama aku, terus Hanum siapkan segala peralatan untuk kucing dia. Walaupun ada sangkar Hanum tak kurungkan kucing-kucing dia sebab anak-anak kucing tu dah tau port buang air dia. Tak payah nak buang dan basuh berak kucing tu kat alas sangkar tu. Sungguh pandai!!! Yang peliknya, jarang kucing nak duduk dalam sangkar dengan sendirinya. Tapi kucing Hanum ni, cukup time nak tidur, lepak ke apa pandai pula masuk sangkar sendiri. Heheheh... lawak!!!
Dalam Hanum dah seronok nak bawa balik ke rumah set kucing dan sangkarnya, boleh pula my hubby tak kasi bawa sebab takut kes yang aku story tadi... so Hanum... tunggu jerlah rumah baru nanti yer.... Biar atuk dan Mak Anjang yang take care kucing Hanum tu sehingga kita pindah rumah baru nanti. ^_^
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!