Haishhh... pening aku nak layan kerenah Hanum.... Alkisahnya Hanum terjumpa anak kucing kat sekolahnya hari Selasa (5 Jul 2011) yang lepas. Nak dijadikan cerita, dia dah bawa balik rumah anak kucing tu nak di bela. Adehhh... bukan aku tak suka anak kucing, tapi masalahnya aku, hubby dan hanum sendiri ada resdung. Takut alergi.! 2ndly, tak larat la aku ngan kucing ni sebab nak mencuci berak dia. Lagi pula anak kucing... mana tau berak jauh-jauh skit. Then nak siapkan susu dan makan dia lagik. Serius.. aku tak larat nak melayan.
Mula-mula Hanum bawa balik tu aku bising kat dia bila dia kata nak bela kucing tu.... sampai-sampai rumah lepas habis training nasyid tu, tengok kucing tu berak... habis bulu dia... terus aku bawa masuk bilik air untuk ajar Hanum mandikan dia pakai air panas lepastu keringkan dia pakai hair dryer. Dalam membebel tu aku buatkan juga susu. Tak sampai hati sebenarnya... Kebetulan malam tu pula aku nak ke Melaka ambil durian, Penat aku melayan karenah anak-anak ni. Dah la sampai rumah semula jam 1.30 pagi.... Esok paginya, awal-awal pagi aku dah stress bila anak kucing tu mengiaw tak ingat... bingit telinga aku... dengan nak siapkan budak-budak pergi sekolah lagi, si Hanum loghat nak siapkan kucing dia pulak.... stress!!!!
Balik kerja.. . Aku balik main volleyball tengok anak aku tak mandi lagi lepas balik sekolah sebab melayan kucing. Bengang betul!! Aku rasa macam nak hantar balik jer kucing tu kat sekolah dia balik. Tapi Hanum nangis-nangis takmo hantar balik. Dia nak bela katanya... siap janji nak jaga kucing tu. Haishhh... aku pula rushing nak ke meeting APDISK malam tu. Tension lagi.... nasib baik Hanum all the time ngan kucing dia masa meeting tu. Siap adakan tempat tidur untuk kucing tu... sabo jer laa.
Hari Khamis morning... same thing happen. tension aku beb bila pepagi kucing tu bising. Nak buang tak sampai hati. Bukan apa... kita nak terapkan nilai murni dan kasih sayang pada anak-anak kita... dan aku rasa inilah masanya. Tapi aku pula boleh sakit jiwa tau. Huhuhuh.... sebelum aku pergi kerja... sempat aku buatkan susu untuk kucing tu... takut lapar...
Balik kerja, muka Hanum bonyok.. katanya kucing hilang orang curi. Kebetulan hubby baru balik outstation pun kata masa sampai rumah memang kucing dah takde dah..... aku sebenarnya lega... tapi bila tengok keadaan Hanum kesian pulak... Dari hari Khamis tu bawaklah ke hari Sabtu, si Hanum macam ayam berak kapur. Kebetulan hari Jumaat tu ada pasar tani kat Presint 2 tu, adalah peniaga jual Sugar Glide (menatang yang macam tupai tu) so si Hanum dah mengecek... aku try jugak tanya berapa harga pada salah seorang pembeli yang kebetulan baru beli menatang Sugar Glide tu dan singgah makan kat area Char Kuey Tiaw tu... Sekali harganya RM230.... perghhhh!!!! Menggigil mak dengar!!! Hahahahha... Lasty aku cakap ngan Hanum suruh dia sabo jer laa.... Kikikikik!!! Bengang Hanum...
Baru lepas dimandikan.... |
Ntah macam mana.... Hari Ahad tu, before aku bersiap-siap nak ke Bukit Jelutong nak attend wedding cousin aku... si Hanum ngan Kimie bleh terjumpa balik anak kucing dia.... bergumbira la anak-anak aku... adehhhh!!! Aku la yang pening... Hubby aku pun serba salah.... Hahahahah... bukan apa beb. Resdung tu yang tak tahan. Sempatlah Hanum bagi minum susu before pergi attend wedding. Balik dari wedding tu, terus Hanum mandikan kucing dia siap sabun dan keringkan kucing dia pakai hair dryer aku... Hahahahah... Terus wangi dan gebu kucing dia... Tak bleh kencing ke berak skit terus nak mandikan... sabo jer laa... Hmmm.. nak buat camner.... anak-anak dah suka. Layankan jer laa.. Tapi bak kata hubby aku kat kucing tu... "Ko buat muka comel ke.. cium ketiak aku ke... ko masih under pengawasan aku... 50-50 dalam tangan tau nak hantar ko balik ke atau nak bela ko... " Kakakakak... Hanum dan muncung.... Kita wait and see jer la bertahan ke tak kucing si Hanum ni ngan kitorang....
My hubby yang geram... hahahahha |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!