Terharu giler bila ada orang nak beraya umah kita.... hahahah... statement ntah apa-apa... bukan apa, dah dekat kat 21 hari raya baru ada orang yang sudi nak datang beraya umah kita. Ni pun kengkawan APDISK yang willing nak datang. Kiranya diorang tetamu pertama aku yang datang berayalah ni.. Hehehheeh.... Sebenarnya.. awal lagi diorang ni nak datang tetapi masing-masing ada jer hal.. tangguh punya tangguh at last datang juga mereka akhirnya...
Selalunya, tiap-tiap tahun aku buat open house time raya, tetapi tahun ni memang aku takde masa dan tak bermood untuk adakan open house sebab mood aku dah tertumpu untuk pindah umah.. alang-alang nak open house.. tunggu saja aku buat house warming rumah baru nanti (itu pun kalau aku ada rezeki lebih... huhuhu). Tetapi kalau ada kengkawan nak datang beraya rumah aku.... sangat-sangat aku alu-alukan dengan hati yang terbuka.
Rezeki kengkawan APDISK... datang kerajinan aku nak masak mee bandung special dihidangkan untuk diorang haritu.... kali ni aku buat mee bandung berencah ayam dan udang..... target aku nak ajak nurul skali sebab nurul tak makan daging dan dia dah lama tak merasa aku masak mee bandung. Kalau diikutkan, masak mee bandung dengan daging lagi manis dan sedap.
Diorang-diorang ni datang umah aku hanya lepak diluar sahaja sebab aku dah set sofa-sofa kat area garaj kereta. Rasa lebih selesa..... kat dalam umah lebih tertumpu nak tengok tv. Anak-anak dan budak-budak suka la. Lagipun dalam rumah agak sempit... kalau kat luar tu selesa lagi kalau nak melepak. Elok jer bila aku dah bentang tikar... baru best nak borak dan gosip. Heheheheh
Anyway.... terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi datang ke teratak buruk hamba. Hehehehhe.... jangan serik yer....
Sesi bergosip |
Geng-geng APDISK dan Nurul |
Kami yang comel.... Ngeeeee |
Suami-suami tercinta pun ada..... hensem tak???!!! |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!