Jumaat, 28 Februari 2014

Terima Arahan Ke Bengkel Penulisan dan Pelaporan Media & Fotografi Rakan Alam Sekitar

Posted by Emmymazli at 1:11 PTG
Alhamdulillah....

Setelah sekian lama aku  bertugas di Jabatan Biokeselamatan (JBK) ni... akhirnya permintaan aku tertunai dengan dapat hadir ke bengkel yang luar dari bidang tugas aku selama ni.  Bengkel ni memang amat aku nanti-nantikan.... bukan setakat penulisan media, bidang fotografi adalah wish list aku sekian lama.... 

Pada 18.2.2014 yang lepas, pihak Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah menghantar surat kepada setiap jabatan yang memerlukan seorang wakil bagi program di bawah Rakan Alam Sekitar ni.   Dah tentu surat ni akan sampai ke tangan aku dulu sebab aku PA di sini.  Ketika aku nak key in daftar surat masuk tu.... tajuk surat ni "JEMPUTAN KE BENGKEL PENULISAN MEDIA, PELAPORAN MEDIA DAN FOTOGRAFI RAKAN ALAM SEKITAR DI PULAU PERHENTIAN BERSAMA WARGA NRE 2014" telah menarik perhatian aku.  Aku habiskan key in daftar surat yang lain-lain juga then aku terus bawa semua surat termasuk surat dari JAS tu kepada En. Johnny, Pengarah Seksyen Korporat dan Pengurusan di sini.  Aku tunjukkan dan maklumkan yang aku berminat untuk hadir bengkel tu jika  JBK belum mencalonkan sesiapa. Kononnya nak menagih simpati la.  Namun jawapannya seperti biasa.... kena pastikan Ketua Pengarah aku benarkan baru boleh pergi.  Itu biasanya berlaku pada aku.  Jarang berlaku apabila apa yang aku nak aku akan dapat.... so lebih baik tak mengharap.  

But sebelum En. Johnny  bagi aku jawapan boleh pergi atau tidak... aku dah buat prepareration dengan maklumkan kepada hubby aku jika kursus yang aku nak hadir ni diterima... aku kena pastikan yang tarikh bengkel ni tak clash dengan program hubby aku kena outstation supaya segala urusan rumah mengenai anak-anak aku punya program tak tertangguh atau terponteng.  Hal keluarga ni penting wehhh.... biasanya menjadi tanggungjawab aku sepenuhnya menguruskan hal anak-anak dan rumah dan juga kelas tuisyen dan taekwondo mereka.  Jadi kena pastikanlah yang semuanya akan ok kalau ditakdirkan aku dapat pergi.... Alhamdulillah... katanya tak kemana-mana...

Selepas sehari.... En. Johnny bawa surat JAS tu kepada aku dan maklumkan yang Ketua Pengarah aku bersetuju untuk aku hadir bengkel ni setelah mereka berbincang.  Huarghhh... happynya hanya Allah sahaja yang tau.  Siap pesanan penaja... jangan tak jadi pergi pula sebab ada bengkel lain yang staff JBK kena pergi so katalah kalau aku cancel untuk pergi bengkel ni mungkin jadi masalah kepada JBK untuk cari pengganti.  Huhuhu... kira arahan la pulakan.... Baiklah!!! Arahan diterima... !

Difahamkan, antara sebab mengapa boss aku bagi aku pergi kerana dia tiada di ofis selama 2 minggu termasuk pada tarikh bengkel tu... dia akan ke Rajashtan, India untuk menunaikan 'umrah' dia tu.... so khidmat aku tak berapa nak diperlukan dipejabat la... hehehehe... Katalah kalau dia ada dipejabat pada tarikh berkenaan... mau takder can aku nak ke sana... huarghhhh...

Anyway.... happy giler dan rasa bersyukur sangat!!  Bukan takat dapat ke bengkel yang menjadi wish list aku.... malah aku dapat melawat ke tempat menarik di Malaysia seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan juga Pulau Perhentian di mana bengkel ini akan berlangsung.... yeayy.... wait and see yer....

But dalam beberapa hari kemudian tu, tiba-tiba hubby pula maklumkan yang dia kena outstation pada tarikh yang sama untuk ke Seremban.  Tension jap... sebolehnya aku tak nak menyusahkan orang.  Tapi nampaknya terpaksa la juga.   Nak tak nak kena minta tolong dengan mama aku untuk turun ke Cyberjaya untuk tengok-tengokkan anak-anak aku selain menghantar anak-anak pergi tuisyen.  Kelas taekwondo pula kena minta parent dari Koryo Sepang untuk pick up anak-anak aku di rumah untuk ke Gym Dengkil sebab kalau suruh my mom kang mau sesat-mesat nak ke Dengkil nun.  Dah dapat pengesahan mereka.... barulah aku rasa lega skit untuk ke bengkel ni... Alhamdulillah again....

So guys... Pulau Perhentian... here i come!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...