Perghhh... Dah hampir 2 bulan persekolahan anak-anak... baru harini aku dapat setting betul-betul jadual harian anak-anak aku. Ngeri pula aku tengok jadual diorang. Huhuhu. Pack giler wehhh... haruslah anak-anak aku penat tapi nak buat macam mana. Itu yang mereka kena lalui untuk berjaya dalam pelajaran dan taekwondo.
Aku kira anak-anak aku ni special la kan. Sebab bukan semua kanak-kanak dapat peluang macam anak-anak aku hingga ke tahap ni. Alhamdulillah... dah hampir 9 bulan aku sendiri lalui kepayahan untuk menguruskan anak-anak aku dalam kelas taekwondo secara professional ni (kelas sparring untuk pertandingan).
Agak-agak korang laa... boleh ke korang lalui bila tengok jadual anak-anak aku nih???
Klik pada jadual untuk besarkan |
Nampak jer macam tersusun jadual tu tapi kalau dah lalui memang tau la macam mana... tak sempat nak bermain kadang tu.... mana nak buat kerja sekolah... masa tu main langgar jer la. Yang pasti sebelum anak-anak aku ke kelas sebelah malam kerja sekolah mereka kena siap pada waktu petangnya supaya bila mereka balik dari kelas malam dah boleh terus berehat dan tidur. Itulah rutin harian mereka.
Huhuhu... cian diorang... aku yang jadi tukang antor kehulu kehilir pon penat jugak... huhuhu... kena adakan aktiviti sementara tunggu diorang. Adessss.... Sabo jer laaa....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!