Jumaat, 14 Februari 2014

Kisah Belajar Bahase Melaka

Posted by Emmymazli at 12:14 PTG
Lagi satu ayat baru 
Gebang - cakap besau
Menjejes-meleleh
Peran-kawan letak brg yg tinggi mcm atas para atau almariLagi satu ayat baru 
Gebang - cakap besau
Menjejes-meleleh
Peran-kawan letak brg yg tinggi mcm atas para atau almari*** setau aku maksudnya - saje je / terlepasMula-mula sebelum nak menulis terpikir jap... Apa ekk nak merepek arini…. Hihihi… boleh lak fikir dulu sebelum menulis… gini…. Aku teringat smalam punya cerita… dok berwhatsapp dengan kengkawan sekolah… tetiba ada sahabat aku si Jep ni dok tanya secara personel kat whatsapp…..

Jep: Kalau ko tera… Lopak tu apa?
Tetiba pulak si Jep ni tanya pasal lopak…… malas nak pikir punya hal aku terus jawab ringkas
Emmy: Becak air Jep
Jep: Lain. Panggilan orang Melaka la
Emmy:  Yang aku tau lopak itu le… yang lagi 1 tu muka berkepoh ngan bedak..
Dalam hati terpikir… ehhh yer kee?? heheheheh
Jep: Kalau pencil box ko panggil apa ye?
Haaaa… baru teringat… lama dah tak guna perkataan lopak yang merujuk kepada pensil box ni.  Lama sangatlah…. Almaklumlerr… aku bukan anak jati Melaka.  Mak ayah jer orang Melaka…  aku ni lahir kat N9 tapi dibesarkan dan disekolahkan di Johor dan N9.  Pastu bila parents balik Melaka aku sempat meniaga jer then kerja di KL.  Nasib baik kawen ngan anak jati Melaka…. Dah tentu bahasa dia pekat skit.  Hehehehe….
Emmy:  Oooo yer leee…. Lopak kotak pensil.  Ade-ade…. aku pernah dengar
Jep: Hahaha… ko pon lupakan?
Emmy:  Heehehe… perkataan tak sinonim ni tu yang tak ingat
Jep: Nanti jap lagi aku masukkan kamus bahase melake.
Emmy: Amboiiiii

Dalam 5 minit gitu di dalam group whatsapp SMVPD79ERS pon sampai lah kamus bahasa Melake si Jep ni…. Entah mana le si Jep ni dapat… Ketawa sorang-sorang aku der…. Memang betol pon… Sampai jadi hot topic la kat dalam group petang tu….  So ni yang si Jep antau… (cehhh… aku pon dah start loghat Melaka dah….)

1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman 6. Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
7. Berboko, barah, cekik : Makan
8. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
9. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
10. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
11. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
12. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
13. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
14. Gobok : Almari
15. Membongkang : tidur yang amat lena
16. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
17. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
18. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
19. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
20. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
21. Lopak : Pencil box
22. Beledi : Baldi
23. Lemari : Almari
24. Lebang : Pemalas
Memang kasar tapi sebenarnya orang Melaka semua baik-baik.

Hahahah… memang betol pon sumer ni… seronok lak aku baca…. Sibuk jugak menambah perkataan yang aku tau kat situ…

Sewal- seriau/gerun.  Contoh ayat.. “Eeeeiiii …. Sewal aku tengok budak ni… ada jatuh plak ni kang….”

Muka tebek – muka seposen, selenga, muka kesian.  Contoh ayat “Apsal tebek nau muke ko ni Jep”

Yang kelakaunye…. Ada la sahabat ni dok bagi ayat lawak dari perkataan yang aku ajau tu kan….

“Jafri termenung dengan muka tebeknya sambil merenung lopaknye  yang terbelah dua”

Sakit perut aku gelak sengsorang kat opis baca ayat… macam lucah pon ada aku baca ayat tu… hahahhaha…. itu belom yang kawan-kawan lain baca dok ketawa ngan menyumpah sampai terkentot…. Hahahhaha… Adessss lawak la diorang ni.

Angkara dari topik semalam…. Maka aku pon merajinkan diri la menggoogle perkataan atau kamus bahase melake ni.  Jumpalah blog mamat sorang ni bernama Topan Diari …. Aku share and kredit dari blog beliau yer…. Adalah 2-4 perkataan yang aku tak sahih maksud dan betulnya….  Tapi mostly perkataan kat situ betul cuma ada certain perkataan aku rasa dia tersilap kot but aku ambil inisiatif untuk perbetulkan dan aku tambah juga… kalau aku salah juga ampun yer…. 

Mari Belajau Bahase Melake

1. Poring: comot
Contoh ayat:
Pesal bedak kau ni poring sangat Huda....

2. Gebau: Selimut
Contoh ayat:
Mak dah letak gebau kau atas katil. 

3. Kensal: Tuala mandi
Contoh ayat:
Kensal kau Mak basuh tadi.

4. Beledi: Baldi
Contoh ayat:
Beledi tu bocorlah...Takde beledi lain ke?

5. Cebok: Gayung
Contoh ayat:
Mak, Cebok dalam jamban belakang ghumahdah hilang!

6. Gobok: Almari
Contoh ayat:
Aim, simpan baju-baju kau ni dalam gobok.

7. Lemari: Almari
Contoh ayat:
Ni lemari baru ke untuk Munir mak?

8. Kahau: Cakap Kasar. Pekat
Contoh ayat:
Pesal kau nie? Kahau sangat cakap dengan aku. Tak reti cakap baik2 ke?

9. Reti: Pandai, boleh
Contoh ayat:
Kau reti buat kuih karipap tak Joyah?

10. Lahabau: Apa khabar. 
Contoh ayat:
Lahabau kat Mat!!! Lama tak jumpe!!! Ingatkan dah mati tadi....

11. Lahanat: Laknat
Contoh ayat:
Lahanat kau kucing! Kejap pan kau cilok ikan aku!!!

12. Hawau: Tak guna
Contoh ayat:
Hawau kau Senah! Aku suruh kau bank in duit aku dalam bank! Bukan suruh kau joli!

13. Godak: Kacau
Contoh ayat:
Kakak sedang menggodak air di dapur .

14. Mencekik, Mentekedarah, Berboko: Makan
Contoh ayat:
Kau ni hari-hari mencekik sampai 2 pinggan. Tapi tak gemuk2 pun!
Jom kita mentekedarah puas2. Esok dah puase!
Agak2 la kau nak berboko pun... Ingatlah orang belakang yang tak makan lagi nie..

15. Kepau: Sepah
Contoh ayat:
Sape buat kepau ni hah? Penat aku kemas tau!

16. Bongkang: Tidur
Contoh ayat:
Tak habis2 kau membongkak! 

17. Kumbah: Selerak
Contoh ayat:
Siapa kumbah kain baju nie??!!!! Penat2 aku lipat tadi.... Bakau darah betul la!!!!

18. Dak: Kata panggilan sebelum nama seseorang
Contoh ayat:
Cube kau tengok dak Senah tu. Bukan main melaram! Dasar Jande meletoh kau!

19. Lopak: Kotak pensil
Contoh ayat:
Mak, adik nak lopak baru... Lopak adik dah rosak...

20. Membongkah: Kuat makan
Contoh ayat:
Membongkah betul la kau nie!!!

22. Membongkang: Tidur yang amat lena
Contoh ayat:
Aku masuk jer bilik dak Amin… sekali tengok dia tengah membongkang baik punye.

23. Lebang: Pemalas
Contoh ayat:
Kalau dah namanye lebang , memang lebang le Mak dak Husin tu...

22. Melohau: Besar sangat
Contoh ayat:
Lohaunye ghumah kau nie Daud. Macam Istana!

24. Sakau: Merampas, Mencuri atau mengambil hak orang
Contoh ayat:
Aku memang pantang dengan orang jenis suka sakau nie! 

25. Nau: Benar
Contoh ayat:
Sibuk nau la kau nie. Hal orang2 tua pun kau nak sibuk. Pergi main jauh2..

26. Menanguk: Melepak
Contoh ayat:
Pesal kau lambat balik? Tak habis2 menanguk kat ghumah dak Melah tu dari pagi sampai petang?! Malam baru nak balik!

27. Handau: Lemah, Kalah
Contoh ayat:
Tulah kau!! handau lagi!! kan dia dah pijak kau!
*** setau aku maksudnya - saje je / terlepas

28. Canguk: Tak bermaya
Contoh ayat:
Pesal kau ni lemah canguk sangat? Kau tak makan eh?

29. Be: Panggilan untuk orang yang tidak dikenali
Contoh ayat:
Be... Oh Be... Meh sini Be... Belikan atok Gudang Garam jap.

30. Piau: Asli
Contoh ayat:
Kau oghang Melake piau ke? Cakap tak macam oghang Melake pun!

31. Tegak: Lurus
Contoh ayat:
Kalau kau nak ke ghumah aku, ko jalan tegak je. Kau nampak bangsal kau belok kiri. Depan tu ghumah aku.

32. Balai: Khemah
Contoh ayat:
Mak, oghang sebelah sibuk pasang balai nak ghaye nie.. Dia nak buat open house ke?

33. Tiak: Panggil
Contoh ayat:
Cube kau tiakkan dak Beraim tue... Aku panggil2 tak nyaut pun..

34. Nyaut: Sahut
Contoh ayat:
Pesal aku panggil kau tak nyaut Beraim? Kau pekak ke?

35. Ghumah: Rumah
Contoh ayat:
Aku balik ghumah dululah

36. Bongkau: Beredar
Contoh ayat:
Aku bongkau dulu. Esok kita jumpe lagi

37. Sengkuap: Serambi Rumah
Contoh ayat:
Ghumah asal nenek aku dulu ada sengkuap. Selalu aku main kat situ. Sekarang takde dah. Dah ghoboh.

38. Ghoboh: Roboh atau musnah
Contoh ayat:
Mak nak ghobohkan ghumah nenek nie. Nak buat ghumah batu.

39. Mengkewan: Bilik Air
Contoh ayat:
Mengkewan ghumah atok aku kat belakang ghumah. Malam2 nak pergi kencing, gelap gile!

40. Muai: Banyak
Contoh ayat:
Muai gile makanan malam nie. Aku tak larat dah nak habiskan makanan. 

41. Menonong: Jalan tak pandang kiri dan kanan
Contoh ayat:
Aku nampak kau tadi kat tepi jalan, Aku panggil kau buat nonong je. Menonong je kau.

42. Tak semenggah: Tak senonoh
Contoh ayat:
Perangai dah la tak semenggah. Ada hati nak usha adik aku! Cermin dulu muka kau Hawau!

43. Bakau Darah: Sakit hati
Contoh ayat:
Bakau darah betul lah! Kasut Nike aku beli semalam dah kena rembat! Mangkuk hayun betul lah!!!

44. Mangkuk hayun: Perkataan kesat, caci maki orang Melaka.
Contoh ayat:
Bakau darah betul lah! Kasut Nike aku beli semalam dah kena rembat! Mangkuk hayun betul lah!!!

45. Esbok: Peti Ais
Contoh ayat:
Kau dah simpan ikan mak siang tadi dalam esbok?

46. Hujan Rebas-rebas: Hujan renyai-renyai
Contoh ayat:
Petang tadi hujan rebas2 je. Bukan hujan lebat. 

47. Bandau: Parit
Contoh ayat:
Kan mak dah kata!!!! jangan main kan bandau tu! Kan dah kena kaca! 

48. Gebeh, Londeh: Nak jatuh atau runtuh
Contoh ayat:
Man, ko tengok kerete Wira tue.. Bumper depan dia gebeh habis la!!!!
Abah cukup tak berkenan kau pakai seluar londeh2 nie. Cube pakai elok2.

49. Berkenan: suka, setuju
Contoh ayat:
Aku berkenan sangat dengan dak Zati anak pak Mael tue... Cantik sangat! Gebu!

50. Pe'el: Perangai
Contoh ayat:
Tak habis2 dengan pe'el kau tu lah Syuib! 

51. Deras: Cepat
Contoh ayat:
Bangun deras! Dah pukul berape nie?! Lambat lak subuh nanti

52. Madang: menyibuk
Contoh ayat:
Madang je aku nak siang ikan, mesti kau nak masuk ghumah ek kucing! Lorat nau!!!

53. Lorat: Sibuk 
Contoh ayat:
Lorat nau la kau nie! Aku nak makan, kau sibuk nak makan! 

54. Pak'kal: Nasib baik
Contoh ayat:
Pak'kal aku dah kawen! kalau aku bujang lagi, sah2 aku ngorat dak Zati tue!

55. Belo: Bodoh
Contoh ayat:
Kau ni nape belo sangat? Aku ajar 10 kali pun tak faham ke?

56. Mengeras: menghafal
Contoh ayat:
Aku bab2 nak mengeras ni memang ada belo sikit..

57. Tuang: Isi
Contoh ayat:
Aku benti jap eh. Nak tuang minyak.

58. Air pesam: Air Suam
Contoh ayat:
Mak hidang lagi air pesam kat meje tu. Tolong amekkan eh.

59. Lemau: Lemah
Contoh ayat:
Sejak puasa nie, aku tengok kau nie lemau je... Apesal? Tak bangun sahur ke?

60. Latam, Lencak: Lanyak  
Contoh ayat:
Tak habis2 kau latam tikau bantal kau tu! Sampai naik kepam!
Kau lencak anak aku nak tunjuk terror ke? Jangan nak samseng eh!

61. Kepam: Bau dan kotor 
Contoh ayat:
Bantal busuk aku dan naik kepam! Tapi best kepam air liur basi aku!

62. Peghoi atau peroi: Hancur
Contoh ayat:
Ikan yang beku, kena rendam dulu dengan air. Tunggu ikan tu peroi dulu baru boleh masak. Kalau tak, kaku kejang ikan tu nanti.

63. Sangap: Menguap
Contoh ayat:
Aiks, baru pukul 8 pagi dah sangap? Tak cukup tidur ke malam tadi?

64. Belal: Besen
Contoh ayat:
Mak dah beli belal baby baru? Belal lama tu dah bocor.

65. Pijau: Pijar
Contoh ayat:
Tangan aku pijau gile! tadi tumbuh sambal belacan cili padi, jadi pijau nie.

66. Dedau: Panas badan
Contoh ayat:
Ala, saya okey lagi nie.. Dedau sikit je.. Bukan demam panaspun...

67. Bulau, Malap: Merujuk kepada keadaan lampu yang tidak terang atau sesuatu yang tidak jelas dan tidak terang
Contoh ayat:
Kenapa lampu jamban ni bulau2? Nak terbakau kot
Aiks, lampu ni dah malap. Jap lagi gelap la nie
Nape ngan ko ni Ahmad? Tulisan besau-besau pon ko tak nampak.  Dah bulau ke mata ko?

68. Kot: Mungkin
Contoh ayat:
Tunggulah kejap. Manalah tau kot2 dapat jumpe Lisa kat sini.

69. Basah lokos, basah lencun: Basah kuyup
Contoh ayat:
Baju Abu basah lokos kerna berjalan dalam hujan lebat

70. Godok: Rodok
Contoh ayat:
Kau tahu Senah!!! Datin depan ghumah aku tu dah mati semalam! Dia kena godok dengan pisau. Kata oghang, ghumah dia kena masuk pencuri! Habis semua barang kemas dia hilang.

71. Ketiau: Ikhtiar
Contoh ayat:
Kita ketiau dulu cari dia sampai dapat! Kalau tak dapat juge, kite report Polis!

72. Berlenging: Tidak pakai baju
Contoh ayat:
Abah selalu berlenging setiap kali dia berasa panas dan berpeluh. Dia kata, seronok berlenging! Sejuk je...

73. Jantan Kelepir: Lelaki pemalas
Contoh ayat:
Kampung aku ada seorang lelaki nie. Semua orang panggil dia Mat Kelepir sebab peel pemalasnye.
*** Setau aku maksudnya: lelaki mengada-ngada

74. Begau: Degil
Contoh ayat:
Kau ni pesal begau sangat? Aku cakap sekali cukuplah! Pergi buat kerja kau sekarang!

75. Upau: Tali pinggang wanita yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain batik mereka.
Contoh ayat:
Ada kau nampak upau mak? Mak sangkut tadi kat sini tadi.

76. Kopek: Merujuk kepada perbuatan membuka sesuatu
Contoh ayat:
Tolong Akak kopek durian jap. Akak nak buat bubur durian.

77. Ikan Betok: Ikan Puyu
Contoh ayat:
Malam nie kita masak ikan betok nak? Tadi adik mengail dapat banyak ikan betok kat bandau tu.

78. Kuih telinga batak atau kuih telinga layau: Kuih denderam  atau Kuih telinga keling  
Contoh ayat:
Dulu masa aku kecik2 suka sangat makan kuih telinga layau.

79. Telinga Layau: Telinga capang
Contoh ayat:
Ali merasa rendah diri pabila diajuk layau oleh rakan-rakan sekolah kerana memiliki telinga layau.

80. Serun: Takut
Contoh ayat:
Mak Limah memang tak berani nak jalan malam2 seorang kat kampung nie. Serun Mak Limah. Katanye ada pocong berkeliaran memalam kat kampung nie.    

81. Berposak-posak: Bersusah payah
Contoh ayat:
Berposak-posak aku cari  ghumah kau nie la. Ghupenye ghumah kau nie ikut celah lorong kedai depan, jalan tegak dah sampai eh. Aku le yang belo cari jalan ghumah kau nie.

82. Keje kawen: Kenduri kahwin
Contoh ayat:
Pada 17 Disember 2011 ini, Topan menjemput semua rakan-rakan Topan menghadiri keje kawen kakak Topan di Melaka. Jemput leeee datang......

83. Kang atau karang: Nanti
Contoh ayat:
Karang aku pergi le kedai tu. Aku nak mencekik jap. Lapau dah nie!
Aku lempang kau kang! Banyak lak dolak dalihnye.

84. Melangok: Duduk melepak tanpa buat apa-apa
Contoh ayat:
Orang tengah sibuk2 kemas ghumah nak raye, korang boleh bantai melangok depan tibi! Siap kau! Mak balik kang, aku report!

85. Titik, Sesah: Pukul
Contoh ayat:
Aku sesah kau kang! Aku cakap kau melawan! Nak jadi anak derhaka hape?!
kau nakal lagi, aku titik puas2!

86. Kosek: perbuatan membasuh beras untuk di tanak
Contoh ayat:
Kosek beras tu bersih2! Jangan main sambil lewa lak!

87. Terhempap-hempap: Terhegeh-hegeh
Contoh ayat:
Cuba jalan tu cepat sikit! ni terhempap-hempap! Macam itik!

88. Sama tumbas: Sama sibuk
Contoh ayat:
Aku nak berak, kau pun sama tumbas! Pergi dah!

89. Muka tarpal: Bermuka-muka
Contoh ayat:
Aku apling benci orang yang muka tarpal! Silap hari bulan tangan aku ni cecah muka dia!

90. Darat: merujuk ke kawasan yang tinggi di sesebuah tempat
Contoh ayat:
Mak nak ke darat kejap beli Milo. Milo dah habis

91. Baruh: Merujuk kepada kawasan yang rendah di sesebuah tempat
Contoh ayat:
Selepas mak ke darat, mak nak singgah ke baruh, pergi ghumah Mak Cik Temah. Katanya nak pergi Umrah besok.

92. Naik: Merujuk kepada aktiviti datang atau sesuatu kawasan yang lebih atas.
Contoh ayat:
Bas MOS dah naik ke? Saya nak ke Melake
Aku dari Melake nak naik KL, payah le...

93. Turun: Merujuk kepada aktiviti  pergi ke sesuatu tempat atau merujuk kepada kawasan yang lebih bawah   
Contoh ayat:
Semalam aku turun Melake beli baju sekolah bebudak.
Apa kate kau dari KL turun Melake. Kau kan ade kete..

94. Berjejai: Jarang sangat
Contoh ayat:
Wah Tipah! Baju kau berjejai sungguh! Nampak isi dalam kau tue! Marveless

95. Memau: Kebas
Contoh ayat:
Naik memau punggung aku duduk atas kerusi kayu kau ni Jah!

96. Berdedai-dedai: Berpusu-pusu
Contoh ayat:
Orang ramai berdedai-dedai menuju jualan murah di Kampung Jawa semalam.

97. Hujan Petus: Hujan lebat
Contoh ayat:
Kenape le hujan petus sangat nie? Aku nak keluau ghumah pun tak dapat!

98. Terkonyel-konyel: Mengunyah sesuatu yang liat
Contoh ayat:
Aku tengok budak nie terkonyel-konyel dari tadi. Kau makan ape nak?

99. Stemet: Jimat
Contoh ayat:
Orang nak kawen, kenalah stemet sikit. Kang tak tentu pasal tak cukup bajet!

100. Nalau: Selalu
Contoh ayat:
Tak ada muka lain dah kat sini, nalau je kau eh! Asyik2 muka kau la!

101. Jinjit: Piat
Contoh ayat:
Padah malas kau nie. Aku jinjit telinge kau ni kang. Tak tentu pasal merah aku buatnye!
*** Setau aku maksudnya: jinjing sesuatu atau pegang sesuatu berbungkus

Haaaa… ni tambahan aku semalam….

102. Sewal- seriau/gerun. 
Contoh ayat:
Eeeeiiii ….Sewal aku tengok budak ni… ada jatuh plak ni kang

103. Muka tebek – muka seposen, selenga, muka kesian. 
Contoh ayat:
Apsal tebek nau muke ko ni Jep.  Cube cergas skit.

104. Enjap/Anjap - kejap
Contoh ayat: 
Korang tunggu enjap eeeeiii... aku nak gi jamban jap.


Haaaa… rasanya dah lengkap dah kamus bahase melake yang aku amik dari blog kawan tu yang aku dah perbetulkan serta tambah sendiri.  So kengkawan…. Jom le kita borak care orang Melake ekkkk….

Salam sayang dari aku yer…

  
Kredit dari blog Topan Diary

15 comments:

rafael on 14 Februari 2014 pada 4:59 PTG berkata...

banyak nau

Emmymazli on 14 Februari 2014 pada 6:39 PTG berkata...

Hahahaha.... baru tau ekkk....

Unknown on 15 Februari 2014 pada 6:50 PG berkata...

Emmy, ade perkataan perkataan yang sama dgn org johor... Banyak.. tapi cara org johor sebut lembut siket...umpama nya gerobok tuk lemari. gebor atau gebar = gebau. Balai sama.. jinjit... Banyak lagi.. hihihiii.
Aku nama je dok pd, tapi family aku asal johor.
Seronok tgk bahasa org melake.. ade ade ajeeee.... Hihihihihiihi... Memang gelak sampai terkentut. Kih kih.

Emmymazli on 18 Februari 2014 pada 10:57 PG berkata...

Ha ah Liza... ada skit sama ngan johor...
jangankan ko ketawa... aku sendiri pon ketawa masa nak karang story... kihkihkih....

Unknown on 28 Jun 2016 pada 5:03 PG berkata...

menceceh-banyak cakap

Unknown on 28 Jun 2016 pada 5:04 PG berkata...

menceceh-banyak cakap

Unknown on 6 Disember 2017 pada 11:50 PTG berkata...

Telokop-rosak
Membetau-berjalan2
Musibat-maki hamun
Terperuk-disimpan agak lama
Bahalol-kurang pandai

Unknown on 30 Julai 2019 pada 6:12 PTG berkata...

Mcm best jrr blajar bhasa melaka ni

dani on 29 Disember 2019 pada 9:33 PTG berkata...

orang Melaka memang panggil gayung..orang Perak utara je panggil cebok

Unknown on 1 Mac 2020 pada 1:55 PTG berkata...

kalau pekataan anatt tu apa maksud loghat melaka

Unknown on 5 November 2020 pada 9:29 PTG berkata...

Nak tnya jebauk tu apa? Ada yang tahu ??

Unknown on 11 Mac 2021 pada 8:23 PTG berkata...

Ekkk tu apa maknanya

EwanEqwab on 19 September 2021 pada 3:29 PG berkata...

Apsal mcm ada campur loghat utagha nie?

Tanpa Nama berkata...

Ni.. maksudnya perkataan semua ni, dh normalised satu Malaysia 😂

Tanpa Nama berkata...

Soyat - koyakkan sesuatu mcm kertas
Pegang - cara sebut 'pey-gang' sama je maksud mcm pegang

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...