Harini aku nak mulakan dengan story pasal anak-anak aku on
weekend baru-baru ni. Well… seperti
tajuk di atas…. Anak-anak aku telah memasuki selection untuk tournament Circuit
Taekwondo Malaysia dan juga Taekwondo Sport Excel pada Sabtu lepas 22/2/2014 di
Gym Koryo, Bandar Baru Ampang.
Hmmm… apa jer yang nak aku cakapkan…. Kedua-dua anak-anak
aku tak lepas selection tu. Tak
dinafikan aku kecewa dan sedih kerana anak-anak aku tak terpilih walau seorang
pon. Tapi aku cuba untuk positif dalam
banyak perkara.
Memang aku emosi skit hari Sabtu lepas selection tu… tapi
cuba diam diri jer… takmo cakap banyak-banyak… aku dah cakap mana yang mampu lepas diorang lawan. Sebenarnya… bagi aku… circuit ni penting untuk
kerjaya taekwondo anak-anak aku. Aku
takkan marah atau sedih kalau diorang tak lepas selection tu asalkan kita nampak
diorang usaha dan berlawan dengan semangat…. Ni dari awal-awal muka si
kakak Hanum macam takut-takut. Alasan tekak sakit…. Yer aku faham tekak dia
sakit… tapi sebelum tu dah macam-macam cara aku bagi dan buat supaya dia dapat
kurangkan sakit tu… tapi degil!! Itu tak
nak.. ini tak nak…!! Mengada-ngada…. Anak kawan aku pon ada yang sakit masa
selection tu…. Demam dan cirit lagi… tapi masih boleh buat. Aku ke yang tak nak faham kalau penyakit tu
cari sendiri…. Pastu bila lawan macam tak cukup zat… aku dan mak-mak lain dok
pekik kat tepi suh kaki naik… apa pon takdak!! Tekak sakit ke kaki sakit?? Yang adik Kimie main agak ok walau pun kurang
skit sana sini… komen aku… gelojoh!! Tapi yang penting fighting spirit tu ada….
Cuba usaha mana yang boleh….
Bukan aku tak nak faham… bukan aku tak nak mengerti diorang….
Apa yang diorang lalui aku pernah lalui…. Aku tau erti kesakitan… aku tau erti
kepayahan… aku tau erti kesusahan… malah aku lebih tau erti pengorbanan jika
nak berjaya tanpa perlu menjatuhkan orang lain.
Aku dah lalui semua tu…. Lebih-lebih lagi aku laluinya sendiri tanpa
dorongan mama and abah aku ketika itu…. Segalanya usaha dan kehendak aku
sendiri. As a mom… confirmlah aku nak
yang terbaik buat anak-anak aku. Sebab
apa aku rasa kecewa….?? Sebab aku rasa
seolah-oleh pengorbanan yang aku lalui untuk diorang berjaya dalam masa hampir setahun
ni anak-anak aku sia-siakan begitu jer. Yer
aku faham parents lain pon begitu…. Tapi if orang yang tau situasi kewangan aku
dan juga mereka yang tau aku ni bergolok
gadai nak bagi diorang belajar/training taekwondo selama ini selain pergi
belajar dan mengaji ni mesti orang takkan percaya. Takkan aku nak citerkan kat orang yer tak…. Ni
pon aku luahkan di sini sebab terlampau sedih sangat…. I’d sacrifice everything
for them… so I just want they pay me with their successful and proof it to me
that they can do it. Itu jer… but?!!!
Itu yang buat aku rasa amat kecewa bila aku lihat segalanya macam sia-sia dan
tidak dihargai. Seolah-olah… diorang
tau senang jer nak dapat… Seriously aku nak menangis sangat-sangat…. Tapi aku
tahan air mata dan tahan perasaan terutamanya depan anak-anak dan suami. Kalau hubby tengok aku menangis mesti bagi
impact buruk lain pada anak-anak. Ada
pula itu tak boleh… ini tak boleh…. So aku tahanlah mana yang boleh.
Aku percaya pada qada’ dan qadar…. Kalini memang aku
terpaksa anggap bukan rezeki anak-anak dan aku sendiri…. Mungkin petunjuk minta
anak-anak aku focus lebih pada pelajaran terutamanya si Hanum nak UPSR tahun
ni. Yesss… Positif EMMY!!
Walaupun aku kecewa…. Aku masih anggap
anak-anak aku juara di hati dan masih lagi positif yang mereka masih baru dalam
bidang ini. Banyak lagi yang mereka
kena belajar. Kena bagi mereka masa untuk berlatih lagi dan
usaha lebih gigih. Itu pon kalau diorang
nak la kan…. Huhuhu…. Dalam perlawanan
memang ada yang kalah dan menangkan…. So itulah hakikatnya…. Memang belum
rezeki mereka.
Punyalah nak positifkan diri…. Sampai
aku berseloroh kat kengkawan…. “Nanti aku ajar mereka sepak kepala style
cangkuk tu and more agresif serta pandai amik peluang macam masa aku silat dulu….”
Masalahnya… mampukah aku??? Dah lama aku tinggalkan silat olahraga ni… teknik sparring
silat dan taekwondo sumer maybe lebih kurang cuma taekwondo banyak gunakan kaki
dan point lebih pada tendangan kepala… silat olahraga more pada jatuhan kalau
nak point lebih. Yang itu aku agak ok skit…
Tengoklah macam mana….
Oklah… anyway… terima kasih kengkawan
yang memberi perangsang dan dorongan pada aku dalam fb dan whatsapp terutamanya
dalam 2 harini…. Jasa dan pandangan you alls sangat dihargai… Anyway tahniah juga anak-anak Koryo Sepang yang dah berjaya dalam selection tu.... proud of you all. Love yaaa…
1 comments:
itu lah semangat seorang ibu
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!