Haaaa... nampak tak sampul kecil kat gambar hadiah bawah tu.... sebenarnya nak bagitau jer.... sampul tu adalah hasil dari cabutan bertuah Hari Keluarga S3P JUPEM baru-baru ni yang memberikan voucher stay 3hari 2malam di Puteri Resort, Melaka. But.... aku ngan hubby dah tentulah orang Melakakan... apekejadahnya nak stay kat Melaka... dah tentu aku selalu balik kampung yer tak....
So... hubby aku nak mintalah jasa baik dengan seorang pegawai pompuan diopisnya yang dapat voucher cabutan bertuah menetap di tempat lain. Kot-kot la kawan tu baik hati.... Tapi alhamdulillah... belum sempat hubby nak tanya pegawai tu dah call hubby tanya dulu nak tak tukar ke tak dengan dia.... Pucuk dicita ulam mendatang orang kata.... So dapatlah kami vaucher stay 3hari 2malam di Hotel Grand Continental, Langkawi. Syukur sangat-sangat.... Maybe dia faham hubby aku apa jer jawatannya.... kalau nak jalan-jalan pon mesti besau belanja yer dak... dengan adanya vaucher ni at least ringan skit beban nak tanggung.
Terima kasih puan kerana sudi tukar vaucher dengan kami. Moga Allah jer dapat balas jasa puan. Aminnnn...
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!