Rabu, 19 Februari 2014

Doakan Kami....

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:58 PTG
Reactions: 
Bismillahhirrahmanirrahim....

Sahabat-sahabat pembaca blog aku... Aku barharap sangat doa dan restu dari kalian.  Pertamanya, doakan yang baik-baik untuk kejayaan aku sama ada di tempat kerja mahupun dalam perniagaan kecil-kecilan aku dan juga dalam kehidupan.   Doakan aku dihindari dari pandangan mata jahat manusia dan perasaan hasad dengki yang tidak senang dengan kesenangan hidup aku selama aku bekerja dan mencari rezeki. 

Sahabat-sahabatku…. Doakan juga buat anak-anak aku si Hanum dan guga Hakimi.  Doakan mereka berjaya dalam pelajaran dunia dan akhirat terutamanya buat si Hanum yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ni…. Doakan anak-anak aku cemerlang dalam pelajaran yer….

Sahabat-sahabatku…. Doakan juga supaya  Hanum dan Hakimi berjaya dalam bidang sukan yang diceburi terutamanya dalam Taekwondo.  Doakanlah segala usaha dan penat lelah mereka sekarang ni memperoleh kejayaan.  Doakanlah usaha mereka juga mampu mendapat tempat dan perhatian pihak yang sepatutnya untuk maju ke peringkat lebih tinggi dipermudahkan.  Doakanlah mereka berjaya hingga mampu mengharumkan nama negara Malaysia kelak… Insyaallah… Aminnnn

Aku mengerti tiada kejayaan jika tiada keperitan…. Namun mohon korang berdoakan kami moga segalanya dipermudahkan…. Minta dihindari dari sebarang kecelakaan dan yang paling penting minta di hindari perasaan hasad dengki orang lain jika ada.  Minta sangat dijauhkan.

Begitu juga aku….. aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian dan keluarga baik di dunia mahupun di akhirat.  Kita sama-sama berdoa yer.  Aminnnn


Nota Emmy:  Cuba untuk positif dengan anak-anak setelah mendengar keluhan sahabat pagi tadi…. Moga segalanya dipermudahkan… Insyaallah… Amin

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...