Khamis, 18 Ogos 2011

Bengkel Decoupage Anjuran PUSPANITA NRE

Posted by Emmymazli at 5:27 PTG
 18 Ogos 2011 (Khamis) - Dewan Baiduri, NRE

Salam semua....

Excited giler aku harinih!! Lepas habis jer bengkel decoupage tadi, terus aku buat entry ni.  Sementara masih hangat lagi ni, baik aku story... yer tak???
Semasa sesi Bengkel Decoupage
 Today aku belajar something new.  Korang pernah dengar "decoupage"?  Pada yang tak pernah dengar... meh aku citer.  Decopage ni adalah dari perkataan "day-coo-parj"  merupakan asal daripada perkataan Perancis yang bermaksud "potong". Decoupage merupakan perkataan yang merujuk kepada teknik memotong kertas untuk ditampal pada sesuatu permukaan sebagai dekorasi. Decoupage boleh ditampal  pada kaca, papan atau kayu, seramik, botol dan tin dengan menggunakan kertas seperti tisu, wallpaper, wallborder dan kertas pembalut hadiah.  Kebaikan teknik decoupage ini ialah ianya memerlukan sedikit  alatan tetapi hasil yang  amat menarik. Decoupage yang paling disukai ialah corak bunga-bungaan dan buah-buahan. Alatan untuk decoupage ialah  sealer (gam), cat akrilik (untuk warna asas), tisu dan varnish (sebagai pelindung dan  pengilat).  Fuhh!!! Baik punya penerangan aku bagi kan... hehehhehe
Datin Shahriah dan Dr. Sharifah Norul bersama rakan-rakan dan peserta-peserta lain sedang khusyuk memotong tisu
Adik aku pun turut serta bengkel ini
Bengkel yang aku sertai ni adalah anjuran PUSPANITA Cawangan NRE di bawah Biro Keusahawanan yang dipegang oleh PUSPANITA Ibu Pejabat NRE.  Kiranya atas usaha AJK-AJK akulah tu.  Tapi yang menguruskannya aku jugak!!! Huhuhu... Bukanlah aku nak perasan bagus.... tapi aku amat berbangga bila diberi peluang dan tugas untuk mencari tenaga pengajar dan mengendalikan bengkel ini dari A-Z.  Dan paling best bila bengkel ni mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak terutamanya pihak atasan.  
Kak Gee sedang memberi penerangan tentang decoupage
 Kelas macam ni kita kena pastikan mendapat cikgu yang best.  Tapi cikgu yang ajar decoupage harini memang best!! Cikgu tu ialah kak Roziah Hani atau nama glemer dia Honey Gee.  You all boleh buka blog dia di http://honeygeesdecoupage.blogspot.com/ dan tengok hasil kerja dia.  Bukan takat decoupage jer, fork art dan deco painting pun dia buat dan hasilnya amat cantik.  Semasa bengkel ini, Kak Gee ajar dari A-Z.  Memang senang kalau ikut cara dia ajar step by step tu.  Tapi masalahnya... kalau dah dasar tangan tak berapa nak lembut dan tak bedung... memang lainlah jadinya.  Tak yah tunjuk contoh orang lain... aku punya jer dah cukup.  Huhuhu.  Bab mengecat dan varnish ok lagi... tapi masa nak potong tisu tu memang aku rasa nak muntah dan bosan.... nak gunting ala kadar jer kang tak cantik pula.  Lagi 1 yang buat aku tension skit ni bila nak seal tisu tu kat papan.. Kalau silap letak nanti berkedut pula jadinya bunga tisu  tu.. dah tak comel.... Kalau tengok kerja aku tu... huhuhuh... sedih mak tau.... tapi bila tanya cikgu tu... hasil tangan aku tu dikira lulus la jugak... hehehhehe.  Best.. best!!!
Puan Roziah Hani @ Kak Gee
Oklah.... apa sangat nak story pun kan... korang tengok jer lee gambar hasil kerja aku nih dan kengkawan lain yang aku tepek kat blog ni....

See ya!!! ^_^
Lihatlah hasil kerja aku... ok tak??
Bersama AJK-AJK menunjukkan hasil kerja masing-masing
Khusyuk adik aku Angah buat kerja dia.. hahahahah
Inilah hasil tangan adik aku si Angah @ Azwa dari JUPEM
Kami AJK-AJK buat kat depan... kesian... takder table.. huhuhu
Nasib baik time gambo ni dicaptured aku tak tunjuk muncung aku semasa khusyuk menggunting tisu...kalau tak mesti buruk... huhuhu
Ila dah siap kerja dia... aku still dengan tisu aku.. huhuhu
Bergambar dengan cikgu decoupage... Kak Gee
Pengerusi-pengerusi PUSPANITA di NRE pun nak tunjuk hasil kerja mereka...
 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...