Sabtu, 1 Januari 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Posted by Emmymazli at 5:02 PTG
Innalillahiinnaillahiraji'un.... Itu yang mampu aku ucapkan bila terbaca berita mengenai pelakon drama Faizal Yusof, 32 tahun yang juga bekas suami Siti Nordiana telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu (1 Jan 2011). Menurut sumber bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal. Ketika dibawa ke Hospital Pusrawi, beliau terus dimasukkan ke wad ICU dan keadannya pada ketika itu sudah kritikal. Arwah meninggal jam 2.30 ptg tadi.  Jenazah arwah yang masih berada di hospital akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.

Faizal yang aku kenal melalui drama Manjalara dulu dan juga watak Dani menerusi drama Adamaya meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhai. Sian anak dia.... isk...isk... muda lagi dah sakit jantung..... tak sangka betul... aku mmg suke tgk dia berlakon... dgn muka sweetnye ... tp Allah lebih sayangkan dia....

Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat beliau... AL-FATIHAH!!!

Allahyarham Faizal Yusof
Allahyarham bersama bekas isteri Siti Nordiana dan anak lelaki beliau
Mohamad Rayyan Nakhai

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...