Hi semua!!! Jom share tips untuk mencantikkan diri. Dengan mudah sekali you all boleh dapatkan rupa dan keyakinan bahawa diri anda cantik bermula dari hari ini jugak. Ikut saja tips-tips yang disenaraikan di bawah ini:-
1. Senyumlah… ia pasti akan menceriakan hari anda serta mereka di sekeliling setelah merasai semangat anda
2. Lakukan regangan… malah kucing pun tahu bahawa regangan badan secara keseluruhan boleh memberi kesan yang menakjubkan. Kalau kucing pun boleh buat apa salahnya kita buat jugak kan? So, bangkitlah dari katil dengan perlahan dan regangkan badan anda dengan lembut. (Untuk mengetahui lebih banyak tips tentang cara melakukan regangan, ada buku bagus yang patut digunakan sebagai panduan: AM/ PM Stretch for Health.)
3. Bersenamlah… sekurang-kurangnya ambil masa 20 minit untuk melakukan apa-apa aktiviti secara berterusan kerana ia akan meningkatkan tahap tenaga anda dan mengurangkan penegas-penegas yang tidak baik. Jadi tak kisah lah, anda mop lantai atau berjalan-jalan ke. Lagipun, anda tidak perlu membayar sebarang yuran keahlian untuk semua nie. Yang pentingnya, ia perlu dilakukan secara berterusan selama 20 minit.
4. Minum air banyak2. Bersihkan sistem anda dengan meminum air sebanyak 8 gelas pada setiap hari. Kulit anda sure akan turut bersinar.
5. Berehat… anda perlu berehat pada waktu siang hari dan tidur pada waktu malamnya. Berehatlah jauh daripada ruang kerja supaya anda kelihatan segar dan lebih fokus. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam, jangan nak jadi burung hantu pulak kerana badan kita perlu “mengecas” semula tenaga semasa anda sedang tidur. Jika fikiran anda cenderung untuk melayang, semasa masih sedar, cancel jer atau tangguhkan semua sehingga esok. Anda akan berasa kagum bagaimana minda ‘subconscious’ boleh patuh kepada minda ‘conscious’ anda (jadi berhati-hatilah semasa memberi “arahan”).
6. Buat baik… Apabila anda melakukan sesuatu untuk orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan, anda akan mendapat faedahnya melalui cara-cara yang tidak dapat anda bayangkan (yang pentingnya adalah jangan nak harapkan apa-apa balasan yer).
7. Tukarlah… wang yang anda belanjakan ke atas ‘junk food’ kepada makanan yang akan memperkayakan badan dan jiwa anda. Mulakan dengan satu pelan pertukaran yang mudah. Oleh kerana sesetengah individu berpendapat bahawa makanan berkhasiat adalah lebih mahal, ketahuilah corak perbelanjaan anda dengan membuat 2 senarai:
Makanan berkhasiat yang disukai dan biasanya tidak akan dibeli
Makanan ‘junk food’ yang disukai dan biasanya akan dibeli
Kira kos untuk senarai ke-2, kemudian gunakan jumlah itu untuk menampung pembelian “sihat” anda (semestinya anda akan terpaksa say bye-bye kepada ‘junk food’ anda:-) )
8. Lihat kebaikan di dalam segala-galanya. Mula2 memang lah susah kerana kebanyakan daripada kita telah dilatih untuk melihat kesilapan, ralat, kelemahan, kecacatan, dsb. Jadi mulakan dengan diri anda sendiri. Senaraikan segala aset-aset anda (bukan aset fizikal sahaja), dan sedarilah segala kebaikan apabila menjadi diri anda sendiri. Kemudian pindahkan pula ia kepada benda-benda lain di sekeliling. Usahakan cara ini secara sedar pada setiap hari sehingga ia menjadi suatu rutin normal. Semua orang dan semua perkara mempunyai kebaikan yang tersendiri. Sebaik sahaja anda sedar tentangnya, anda akan mula melihat kebaikan di mana-mana saja tanpa perlu mencuba
9. Belajarlah… sesuatu yang baru pada setiap hari. Ambil sebuah buku atau gunakan carian di Internet. Belajarlah melakukan sesuatu yang sentiasa anda inginkan. Tak payah susah2. Mula mula lakukan penyelidikan di Internet. Cari topik yang meminatkan dan merangsangkan serta perkayakan minda anda hari ini.
10. Beri ganjaran pada diri anda. Tetapkan matlamat peribadi serta kewangan dan berikan ganjaran jika berjaya lakukannya. Ini mungkin sesuatu istimewa yang telah lama ingin lakukan, dan tak semestinya ia suatu pembelian. Tapi jika anda berjaya melakukan semua yang di atas, apa salahnya jika anda berbelanja sedikit. Anda sememangnya layak menerimanya!
2 comments:
tetiba ada gambar kim hyun joong...terus ler aku baca...rupanya pasal tip kecantikan...ekekekekeke..ingat pasal hyung joonggg...heheheheheee
hehehehe.... model je tu...
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!