Ahad, 9 Januari 2011

Jamuan Perpisahan Untuk Pengerusi PUSPANITA Ibu Pejabat NRE

Posted by Emmymazli at 3:17 PG
7 Januari 2010 - Bilik Gerakan Puspanita

Salam semua.... aku baru teringat nak update pasal event Jumaat lepas yang aku dan AJK PUSPANITA yang lain dok plan untuk majlis perpisahan lebih kurang seminggu lebih yg lepas... majlis yang kami buat ni sbnrnya santai jer dan tak formal pun.... Ia sekadar untuk meraikan Pengerusi PUSPANITA yg telah tamat tempoh tugasnnya... org kata... untuk menghargai jasa yang telah beliau berikan kepada kami....

Beliau yg aku kenal ni mmg humble giler orgnya.. walaupun berstatus datin... tp orgnya amatlah berbudi bahasa dan down to earth la org kata.... senang kerja dengan dia.... terlupa lak aku nak bgtau mana dia..... YBHG. DATIN HAJAH BINTI DATO' IBRAHIM..... dia ni merupakan wife kepada Dato' Azmi bin Che Mat iaitu mantan Timbalan Ketua Setiausaha II di kementerian aku ni.... 

Takder apa yg aku nak ceritakan sgt pasal event ni sbb mmg simple je pun.... tp aku seronok la jugak sebab dapat sumbangkan bakti dlm menguruskan pembelian cenderahati untuk datin ni.... nnt korang tgk ekk gambo cenderahati tu comel ke tak... dari segi tugas lain... aku hanya membantu mana yg aku mampu... kebetulan... bilik puspanita tu sebelah opis aku jer... kira kejam la incase kalau aku tak tolongkan.....  but syukur sbb setiausaha merupakan pegawai dari PSM... so ramai jugalah org PSM yg dtg membantu dalam menyediakan makanan dan lain2 tu... dari segi makanan pula.... puspanita hanya support untuk 20 org jer n order nasi ayam... but sib baik... ada juga AJK yg berstatus pegawai telah buat menu tambahan mcm rendang n nasi empet, spaghetti dan kek... boleh gak menambah2 incase nasi ayam tak cukup.... sbb rancangnya buat simple2 jer eventnya... tak sangka lak ramai... hehehehe

Anyway... aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datin Azlina di atas segala jasa baik beliau semasa menjadi Pengerusi Puspanita NRE... hopefully bila dah bersara ni.... byk perkara yang bermanfaat dapat dilakukan.... dan diharap semoga beliau ceria selalu hendaknya n stay the way she are.... mmg aku adore la dgn cara dia...... ^_^

Aku dan Yatt depan white board yg last minit punya kerja hiasan....
nasib baik sempat siap 5 minit b4 datin tiba....

Tunggu Datin Azlina bersama Dato' Azmi

Datin setelah tiba di lif

With ajk yg juga penyambut tetamu

Antara tetamu jemputan yg hadir

Sesi berbicara

Datin Azlina

Inilah hadiah yg aku uruskan.. plak dan set telekung yg cantik

Semasa jamuan

Bergambar kenangan bersama ahli Puspanita yg masih tinggal di saat akhir

Bergambar kenangan bersama AJK Puspanita Ibu Pejabat NRE

2 comments:

CY on 9 Januari 2011 pada 8:47 PG berkata...

mintak2 penganti datin sama baik mcm dia..aminnnn ;p

Emmymazli on 9 Januari 2011 pada 3:36 PTG berkata...

harap2 camtu la yat....

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...