Ahad, 2 Januari 2011

NIKMAT FOTOGRAFI DARI KAMERA COMPACT by Hasnuddin Abu Samah

Posted by Emmymazli at 3:03 PTG

Salam semua...

Info for today yang aku nak share adalah mengenai fotografi... sorry guys.... aku mmg amat meminati dalam fotografi but banyak benda lagi yang belum aku belajar... so, aku rasa why not if kita sama-sama belajarkan... byk aritkel dan tips fotografi yang aku perolehi dari internet yang aku betul-betul nak share dengan korang...  walaupun kita tak profesional... sekurang-kurangnya kita belajar to be profesional... betul tak??

Todays artikel aku dpt dari seorang kawan dalam blognya mengenai nikmat bergambar menggunakan kamera compact memandangkan most of us yang bukan jurugambar sebenar memiliki camera compact dari camera DSLR.   So, lets sharing artikel beliau yang aku dah masukkan dalam blog aku ok.... ^_^

NIKMAT FOTOGRAFI DARI KAMERA COMPACT
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Saya ialah seorang jurufoto yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan. Ini bermakna, saya merakam foto untuk kepuasan pelanggan. Apabila bekerja, saya menggunakan kamera DSLR dengan berbagai jenis lensa dan aksesori lain. Adakalanya kesemua peralatan ini penuh di dalam 3 buah beg kamera. Bagi saya, kamera DSLR bermaksud kerja. Setiap kali memegang kamera DSLR, fikiran saya seolah-olah telah diprogramkan untuk bertindak seperti seorang jurufoto profesional yang bertanggung jawab untuk merakam foto untuk menepati keperluan tertentu seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.

Jadi, untuk merakam foto yang berunsur seni bagi tujuan peribadi, saya lebih suka menggunakan compact camera kerana saya akan berasa lebih relaks dengan kamera ini. Dengan ciri-ciri yang ringkas dan mudah, saya lebih terarah untuk memberi tumpuan kepada aspek artistik, bukannya teknikal. Untuk membolehkan kawalan exposure secara manual, saya menggunakan “High End Compact Camera”.

Sekali sekala saya akan meluangkan masa untuk merakam foto untuk kepuasan peribadi. Boleh dikatakan ianya ibarat terapi jiwa bila kita dapat menghasilkan sesuatu karya fotografi yang bermakna kepada diri kita sendiri.  Foto yang dirakam untuk tujuan peribadi ini kita namakan personal works atau adakalanya ia boleh menjadi karya yang termasuk dalam kategori fine art photography. Karya ini tidak terikat dengan apa-apa syarat, baik dari segi teknikal mahupun dari segi artistik. Kita bebas merakam apa saja dengan apa jua cara mengikut kehendak sendiri. Ini satu kebebasan dalam berkarya yang sungguh besar nikmatnya.

Seperti nikmatnya memakan masakan yang sedap, nikmat kepuasan menghasilkan karya fotografi ini tidak dapat dijelaskan tanpa anda sendiri merasainya. Jika anda belum merasainya, bermakna anda belum mendapat salah satu manfaat yang besar dari fotografi! Bagaimana caranya untuk anda mencapai apa yang saya sebutkan ini? Pertama sekali, anda mestilah menghayati suasana ketika anda merakam sesuatu foto. Anda juga perlu melihat subjek anda dengan mata hati dan perasaan anda.  Dengan cara ini, anda akan dapat hasilkan foto yang mempunyai jiwa dan penuh dengan nilai artistik.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Embun di atas bumbung kereta di waktu pagi dirakam dengan kamera compact Leica D-Lux 4

Dirakam di Alamanda Putrajaya menggunakan kamera compact Leica D-Lux 4

Tertarik dengan unsur garisan di dalam foto ini, dirakam di kota Paris dengan kamera compact Canon G7

Dirakam ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu menggunakan kamera Leica D-Lux 4

Hasil dari Leica D-Lux 4

Slow shutter dengan kamera Canon G7

Dirakam di kota London dengan kamera Canon G7
Nota: “High End Compact Camera” yang dimaksudkan ialah kamera compact yang mempunyai kawalan exposure secara manual dan berharga sekitar RM1,500 ke atas seperti model Canon G12 atau Leica D-Lux 5


Saya dengan kamera compact Leica D-Lux 4


So... itulah sedikit artikel dari Hasnuddin Abu Samah yang dapat aku sharing untuk korang... lain kali aku tambah lagi artikel mengenai fotografi lagi yer....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...