Isnin, 17 Januari 2011

Al-Fatihah Buat Teman Yang Bernama Norzawani Zainal

Posted by Emmymazli at 10:31 PTG
ALLAHYARHAM NORZAWANI ZAINAL

Al-Fatihah yang mampu aku berikan kepada sahabat sepersekolahan aku di Sek. Men. Vokasional Port Dickson iaitu NORZAWANI ZAINAL yang telah pulang ke rahmatullah pada petang tadi sebelum maghrib tadi kerana sakit buah pinggang dan macam2 lagik.

Tersentak aku bila dapat panggilan dari Efa, adik junior SMTPD pukul 7.05 ptg td mengenai berita ini.  Aku ingatkan dia saje-saje nak miss call pada mulanya... rupanya bila call balik aku dpt berita sedih ni... Serta merta meremang bulu roma aku.. mcm tak sangka... rasa cam baru je bulan lepas ke atau bulan November aku borak dgn dia dalam chat FB... tiba2 lak dpt berita kematian beliau... kebetulan masa call tu.. aku tgh tumis bawang nak masak... tak perasan terus bwg aku dah hangus.....

Dari apa yg aku dengar.. anak arwah juga sakit... tapi tak tau sakit apa... huhuhu... sedih betul...

Arwah yang aku kenal semasa skolah dari kelas Amalan Bengkel Mesin (ABM) amatlah pemalu orangnye... kalu borak2 pun banyak senyum je... sweet je muka dia... dari segi lain... aku tak berapa mengenali beliau kerana kami tidak sekelas.  Walau mcm manapun aku rasa galat sebab belum sempat aku melaksanakan tugas aku untuk menyatukan rakan-rakan sekolah dengan mengadakan reunion, arwah telah pergi menyambut panggilan ilahi. Mesti teman sekelas arwah terasa giler....

Walau apa pun... Aku doakan semoga roh kau wahai sahabatku Norzawani Zainal dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan org2 yg beriman... Amin...

Takziah buat keluarga beliau....

Gambar kenangan arwah bersama keluarga beliau

2 comments:

CY on 18 Januari 2011 pada 8:02 PG berkata...

al-fatihah...
sesungguhnye yg idop itu akan mati jua akhirnye... ):

imanamani on 18 Januari 2011 pada 9:16 PG berkata...

Al Fatihah...

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...