Salam Tahun Baru semua!!!! Mulai 1.1.2011, dalam blog aku ni, aku akan start sharing info mengenai apa sahaja aktikel or tips yang berkaitan dengan kewanitaan, family, kecantikan, cinta, resepi, fotografi n anything yang aku berminat untuk share.... kata orangkan 'SHARING IS CARING!!!!' heheheh.....
so, first artikel for today adalah mengenai tajuk yang aku taip di atas tu... eheheheheh... actually info ni share from blog rahsia perkahwinan.... so... lets read it...!!!
so, first artikel for today adalah mengenai tajuk yang aku taip di atas tu... eheheheheh... actually info ni share from blog rahsia perkahwinan.... so... lets read it...!!!
30 Rahsia Wanita Perlu Diketahui
(For those yang tengah bercinta specially adik-adik lelaki yang nak mengenali wanita)
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dnegan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketia dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cari seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.
8. Sekirannya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tidak berguna!!
11. Bersikap telalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!!!
18. Selepas seorang seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemuadian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berasda di tempat teristimewa iaitu dihatinya!!!
22. Satu ucapan 'Hi!' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil hati, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.....
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang diamahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
So, Good Luck yee!!! Hehehhehe
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!