Khamis, 4 Februari 2016

Trengkas Tutorial : Part 29

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:17 PG
Reactions: 
'h' Yang Ditinggalkan; 'h' Ke Bawah


Oleh kerana bunyi konsonan 'h; sama ada hidup atau  mati sangat susah ditulis dalam bentuk gurisan. cecah atau titik bagi setengah-setengah perkataan, 'h' ditinggalkan.
Perkataan berikut juga ditulis dnegan prinsip 'h' ditinggalkan:  sahsiah, tahniah, rahsia, rahmat, pahlawan, mahsyar, kahwin, dahsyat.


Gurisan 'h' Ke Bawah

Oleh kerana gurisan bagi perkataan-perkataan yang mempunyai gurisan 'h' ke atas dan diikuti oleh gurisan 'm' tidak begitu  baik, gurisan 'h' ke bawah digunakan supaya gurisannya kemas dan mudah dibaca (dikenali).
Rangkai Kata
Latihan 29.1.
Ringkasan
Latihan 29.2.



Transkripsi:

Latihan 29.1.

1.  Majlis tahlil  bagi roh Al-Marhum Tengku Abdul Rahim akan diadakan pada malam ini.  
2.  Pada masa dulu, harga saham di pasaran saham tidak bagitu mahal.
3.  Ia akan dihadapkan  ke mahkamah atas tuduhan membunuh.
4.  Seniman Abdul Rahman telah pergi ke tepi tasik itu untuk mendapatkan ilham bagi Bahtera Mahkota.
5.  Orang-orang yang budiman bukan sahaja disanjung oleh orang ramai bahkan akan menerima pahala daripada Tuhan.
6.  Satu kesatuan yang diberi nama Hidup Sastera telah ditubuhkan di sekolah saya  baru-baru ini.
7.  Sebaik saja Tan Sri Ibrahim bin Abdul Rahman  yang dulunya ahli exco mengambil alih teraju kerajaan hasil mahsul negeri Pahang telah bertambah.


Latihan 29.2.

Rancangan pembangunan telah banyak diatur bagi memajukan kehidupan rakyat Malaysia keseluruhannya.  Tanah hutan diteroka.  Orang-orang yang dipilih menyertai rancangan-rancangan tanah ini dikehendaki hanya mengusahakan tanah itu saja.  Segala kemudahan seperti rumah dan perbelanjaan diberi dengan percuma sehingga tanah itu mendapat hasilnya, kata Tuan Haji Hasbullah;  Pengarah Rancangan Tanah Pahang Tengah.  Hanya rakyat yang tidak memiliki tanah saja yang terpilih.  Diharapkan apabila rancangan tanah itu mendapat hasil, peneroka-peneroka akan memberi balik perbelanjaan yang digunakan bagi membuka tanah itu secara ansuran.  Hanya dengan cara begini sahaja rakyat yang miskin dapat memiliki tanah sendiri sambil memajukan tanahair kita ini yang masih penuh dengan hutan rimba.  Pengaruh zaman moden berkehendakkan kita berusaha lebih untuk diri sendiri dan tanahair kita.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Trengkas or Shorthand kat Malaysia pakai sistem Pitman atau Gregg? Pening nak belajar mana satu :p

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...