Rabu, 3 Februari 2016

Trengkas Tutorial: Part 27

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:10 PTG
Reactions: 
'h' Cecah

Cecah 'h' ditulis  seperti dalam gambar di  bawah .  Ia digunakan sebelum 'l, m dan r ke bawah' di awal perkataan.  Kedudukan dan sifatnya adalah sama seperti gurisan melintang dan bulan 's' iaitu gurisan ke bawah dan ke atas  yang pertama mengawal kedudukan.
Gurisan 'h' cecah
 Rangkai Kata
 Latihan 27.1



Transkripsi

Latihan 27.1

Hamdan telah dilahirkan pada 1hb Muharam tahun lalu.  Ia telah menang dalam satu kejohanan  kanak-kanak.  Bapa Hamdan iaitu Tan Sri Harman bin Abdul Halim orang Pekan, Pahang dan emaknya Puan Sri Hasni binti Hambali orang Rahang, Negeri Sembilan.

Tan Sri Harman menjadi duta di Morocco.  Beliau selalu pergi ke perkampungan di Padang Pasir Sahara.

Anak-anak gadis di sini tidak dihalang atau diharamkan  menyertai gerakan sehari-sehari bersama-sama anak-anak lelaki.  Mereka tidak lagi dianggap semata-mata seperti hamba.  Mereka bijak dalam hal tenunan hamparan.  Tenunan mereka ini sangat halus.  Hampir segala hasil usaha tenunan hamparan itu dihantar ke luar negeri.  Nama Negara Morocco menjadi  harum kerana hasil tenunan hamparannya. 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...