Isnin, 22 Februari 2016

TM (WTF) Sportexcel National Senior & Junior Taekwondo Circuit First Leg 2016

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:07 PTG
Reactions: 
19-21 Februari 2016 - Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis
Assalamualaikum semua.... entry kalini nak update pasal tournament taekwondo yang anak-anak aku  sertai seperti tajuk di atas... heheheh.. panjang sangat tajuknya.  Pendeknya TM Circuit jerlah...
Kalau sesiapa yang baca entry aku terdahulu... anak aku telah menyertai selection (Klik Sini) untuk atlet Koryo Taekwondo Club yang bakal menyertai game-game besar taekwondo.  Antara tournamentnyer ialah TM Circuit.  Alhamdulillah.... minggu lepas kami diberitahu yang anak-anak aku keduanya terpilih.  Hanum mewakili Koryo dan Hakimi mewakili Excel.

So... untuk game pertama kalini... anak-anak yang terpilih akan ke Kangar, Perlis bagi First Leg TM Circuit.  Jauh giler tapi nak buat camner... kena juga la ikut... Untuk tournament ke Kangar ni... memang agak perit la bagi aku terutamanya penjawat awam seperti aku dan suami yang bergaji kecik.  Time hujung bulan pula tu... nak ke Kangar tu 1 halnyer... nak bayar yuran penyertaan dan penginapan serta makan minum anak lagi 1 hal... Seorang RM180... dua anak cam aku RM360.  Belum tambang bas lagi untuk 2 orang.  Tambang bas seorang RM50.  Mau nangis wooo.... beberapa hari juga aku susah hati pasal nak cari duit.   Nasib baik aku dah preparekan skit duit tepi untuk anak-anak punya tournament.  Honestly aku memang jeran nak minta tolong kawan-kawan rapat dengan aku dalam taekwondo.  Takut pon ada.  Biarlah... susah buat cara susah... ada buat cara ada... takde buat cara takder....

Nak dijadikan cerita... salah seorang parent yang anaknya pergi sekali ke Kangar, Linda mak kepada Putri offer diri untuk saing ke sana... aku maklumkan aku ada masalah kewangan kalau nak ke sana 1 family.  Untuk Hanum & Kimie ni pon aku pening juga.  At least nak lepaskan diorang... Alhamdulillah... Linda offer anak-anak aku untuk naik saing dengannya... jimatlah duit naik bas.  Syukur kehadrat ilahi... dalam aku pening fikir nak cari duit lebih untuk anak-anak aku ni... ada insan yang sudi hulurkan bantuan tanpa meminta balasan.  Memang aku segan giler... tapi di saat aku lemah ni... nak tak nak aku memang harapkan bantuan kawan-kawan yang sudi membantu.  Cukuplah sekadar anak aku ke sana bagi mencapai cita-cita yang dihajati.  Story-story  kat bawah ni nanti aku tulis based on information yang Linda dan kawan-kawan kat sana maklumkan pada aku.  

Diorang bertolak pada jam 12.30 malam 19 Februari.  Hanum dan Hakimi aku bekalkan dengan sedikit duit belanja.  Cukup sekadar untuk basahkan tekak atau alas perut kalau lapar selain dari makan yang disediakan oleh pihak kelab.  Pesan aku kat anak-anak... jangan nyusahkan orang yang dah banyak bantu kita.  

Aku diberitahu yang anak-anak sampai di dewan dalam jam 9.00 pagi...  terus readykan diri untuk timbang berat sebagai kelayakan masuk bertanding.  Masalah aku ialah... Hanum kena makesure berat badan diri tak lebih dari 44 kg dan Hakimi pula kena beratkan lagi badan ke 37.1 kg.  Bab Hanum aku tak risau sangat.  Tapi bab Hakimi ni... puas bagi  makan dan gemukkan badan dia... nak capai ke weight wajib tu susah sangat... maintain jer kat 36.6 kg.  Aduhhh... Makan dah sampai pening... air dah berliter-liter... sampai muntah 2 kali anak bujang aku tu... sedih aku dengar dari jauh.  Nasib baik Linda banyak bantu hinggalah saat nak timbang tu.  Huhuhu.... Akhirnya keduanya lepas dalam sesi timbang berat.  Hanum dengan 43.9 kg dan Kimi dengan 37.2 kg.  
Lepas jer makan masing-masing terus melantak tak hengat dunia... cuma Kimi jer la tak sanggup dah nak makan buat sementara sehingga dia rasa pulih.  Lepas settle diorang balik ke Federal Hotel untuk berehat dan dengarkan taklimat dari coach yang bertugas.  
20 Februari 2016

Seawal pagi anak-anak dah kena ada kat dewan.  Kena panaskan badan sebelum masuk gelanggang.  Bout game Hanum dan Kimie agak awal.  So boleh bertenang awal jugalahkan... tapi memang tak dinafikan... anak-anak agak nerves.... Linda call aku untuk bagi bercakap dengan anak-anak dan berikan kata-kata semangat sebelum bertanding.
Bout no Kimie
Bout no Hanum
Masing-masing perlu melangkah 3 bout untuk memegang pingat emas.  Yang menang mara... yang tak berjaya kira kalah mati.  Selalunya TM Circuit main liga.  Maybe sebab first leg diorang buat cenggini.  Lupa nak bagitau... Kedua-dua anak aku tahun ni bermain untuk Kategori Kadet 12-14 tahun.  Hanum main untuk weight Light dan Kimie untuk Bantam
Untuk first bout Kimie... Lawannya tak dikenal pasti dari mana.... Tapi alhamdulillah.... Kimie menang 21-3 untuk pusingan pertama.  Bermakna mara ke semi final.

Hanum pula... first bout dia berjumpa dengan atlet Pelapis KL and alhamdulillah... Hanum juga mara ke semi final dengan kemenangan 10-4. Dari kata kawan... semasa second round Hanum punya opponent injured... so terus kemenangan berpihak pada Hanum yang memang dah leading.  
Di semi final, Hakimi berjumpa dengan San Kuya atlet dari Terengganu.  Kalini Kimie kalah 11-23.  Dari member bagitau... Kimie dah cuba sehabis baik.. permainan agak sengit keduanya... tapi kalau dah rezeki tak memihak pada Kimie untuk mara ke final susah jugakan... So dapat pingat Gangsa sajalah.
Hanum pula... untuk semi final dia jumpa dengan atlet Pelapis Negeri Sembilan.  Kawan yang memerhati maklumkan... Hanum dan lawannya sama hebat.  masing-masing cuba untuk naikkan point.  Cuma rezeki Hanum juga tak berpihak untuk ke final.  Dia kalah di semi final dengan point 28-31.  Agak tipis... hmmmm.  Ini menjadikan Hanum pon dapat pingat Gangsa jugalah untuk kalini.
So... untuk first day... dah hilang semua debaran.  Menanti anak-anak lain punya cerita pula.... petang tu... Hakimi dapat naik podium untuk ambil medal.  Tapi Hanum tak berezeki naik podium.  Nama dia tercicir dari senarai pemenang.  Sedih Hanum.  Pemutusnya Sir Muhin yang merupakan coach Hanum yang pergi ambilkan medal.  Hanum dapat amik gambar dengan medal yang diterima kemudian jer lee... Takpelahh.. maybe ada hikmahnya...
Bagi mengubat duka lara anak-anak... Linda belanja tshirt taekwondo pada anak-anak aku.  Adoiii... segannya... rasa cam menyusahkan keluarga Linda pula.  Apa pon... dah beli katanya.  Terima kasih tak terhingga pada Linda.
21 Februari 2016
Alhamdulillah... aku diberitahu Puteri anak kepada Linda dan Nizam berjaya merangkul Gold.  Syukur sangat-sangat... aku tumpang gembira.  Event  habis harini.... almaklum laa... nanti nak balik KL tu bukan dekat perjalanannya.... aku diberitahu Koryo berjaya memangku Johan Keseluruhan.   Bleh tengok result kat bawah ni yang aku dapat dari salah seorang sir diorang.
OVERALL CHAMPION TEAM
1ST PLACE (9-11 MALE)
1ST PLACE (9-11 FEMALE)
1ST PLACE (12-14 MALE)
1ST PLACE (15-17 MALE)
1ST PLACE (15-17 FEMALE)
1ST PALCE (FEMALE OPEN)
2ND PLACE (12-14 FEMALE)
3RD PLACE (MALE OPEN) 
Apa pon... syukur semuanya dah ok,,,, lega 1 hal.... kita tunggu lagi 2 circuit lagi... anak-anak aku kena berusaha lebih lagi....  insyaallah... pembaca blog ini... please doakan anak-anak aku.

Babaiiii...


Layan gambar jer la yer...
 

Majlis Perasmian
 Briefing dan bergambar dengan semua atlet Koryo
Briefing atlet Koryo Sepang

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...