Isnin, 8 Februari 2016

Selection Atlet Taekwondo Koryo Club

Posted by Emmymazli at 12:01 PTG
6 Februari 2016 - Koryo Taekwondo Gym, Bandar Baru Ampang


Salam semua.... 

Kalini nak update aktiviti anak-anak pasal taekwondo pula.  Lama dah tak story kan... Bukan tak nak story... memang untuk tahun 2016, tournament-tournament taekwondo baru jer nak bermula.  

Untuk permulaan, Kejohanan Sirkit Taekwondo Sportexcel Kebangsaan di bawah Taekwondo Malaysia just around the corner especially for first leg.  So pihak Kelab Koryo telah pun mengadakan sesi pemilihan atlet dari Koryo seluruh Malaysia yang terpilih.  Alhamdulillah... anak-anak aku diberi peluang untuk menjalani sesi pemilihan atlet bagi sesi 2016.

What to say... sesi pemilihan hanya coach dan atlet jer yang dibenarkan berada di dalam gym.  Parents tak dapat tengok kerana gym agak sesak.  Lagi pula kalini ramai atlet yang menyertai sesi pemilihan.  Aku tak berapa kisah bab ni... ada baiknya... dari sudut positif... pemilihan dari jurulatih memang tiada unsur-unsur pengaruh dari parents.  Biarlah anak usaha sendiri kalau dia betul-betul nak.  

Apa pon... Hanum dan Hakimi dah selamat pon pergi selection... habis program nampak muka lega kat diorang.... lepas seksa dah kot.. hahahah... result sesiapa yang terpilih memang tak dapat lagi.... tunggu nanti coach  masing-masing inform kat kelas for those yang terpilih.  Pasrah dan redha jer laa... kalau ada rezeki alhamdulillah... kalau takde aku redho jer laa... Allah aturkan yang terbaik untuk anak-anak akukan... 

Anyway... aku share kat sini gambar yang dikongsikan oleh pihak Koryo semasa sesi pemilihan.   Taataaa... 

Briefing dari coach
Sesi pemilihan
Wajah anak-anakku...
Muka lega selepas selection

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...