Selasa, 2 Februari 2016

Trengkas Tutorial: Part 24

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:29 PTG
Reactions: 
Cangkuk 'r' - Awalan 'ber, per dan ter'


Tanda kecil (rujuk di bawah) bagi awalan 'ber', 'per' dan 'ter digunakan.  Jika boleh, tanda kecil itu patu disambungkan kepada gurisan kata dasarnya.  Jika tidak boleh, tanda kecil itu diletakkan berdekatan dengan gurisan kata dasarnya.

Awalan 'ber' -



Awalan 'per' -


Awalan 'ter' -

 Rangkai Kata
 Latihan 24.1
 Ringkasan
 Rangkai Kata
Latihan 24.2
Ringkasan
 Rangkai Kata
Latihan 24.3


Transkripsi

Latihan 24.1


Tuan,

Saya sangat berterima kasih jika tuan dapat memberikan pertolongan dan kerjasama kepada perlaksanaan projek Kerajaan untuk rakyat berternak lembu secara besar-besaran.

Seorang pakar ternakan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sedang menjalankan penyelidikan untuk satu kertas kerja yang akan dibincangkan di dalam satu seminar berkenaan dengan tajuk di atas.  Untuk itu beliau terpaksa pergi ke serata ceruk pelosok tanahair kita ini termasuk kampung tuan.  Pakar yang berbangsa Jerman ini tidak begitu bijak berbahasa Malaysia.  Jadi tuan sepatutnya tidak tersinggung jika sekiranya beliau terkasar atau tersilap.  Segala permintaan dan pertanyaannya patut dijawab dengan sempurna.  Beliau akan dibantu oleh seorang rakyat Malaysia yang bijak bertutur Bahasa Jerman dan Inggeris.  

Akhir sekali, terlebih dulu saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah

Idrin bin Nordin
Pengerusi
Seminar Ternakan Lembu


Latihan 24.2


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Seperti  yang kita sedia maklum penyakit demam denggi telah merebak di bandar ini sejak bulan April lalu.  Penyakit ini telah merebak disebabkan oleh  beberapa perkara.

Pertama, pondok-pondok setinggan tidak mempunya bekalan air yang elok.  Rakyat di situ telah diberitahu agar tidak menyimpan air di dalam takungan.  Tetapi sangat sukar sekali bagi rakyat di situ mengkuti pemberitahuan ini.   Oleh itu rakyat di situ telah diberitahu agar memasukkan ubat pembasmi jentik-jentik nyamuk aedes ke dalam takungan-takungan air seperti takar dan lain-lain lagi.

Tidak ada saluran longkar yang teratur menjadi perkara yang kedua.  Daripada 32 buah pondok tidak lebih daripada empat buah saja yang mempunyai saluran longkang dan tandas yang betul-betul elok.

Rakyat di kampung setinggan itu juga telah diberitahu agar tidur di dalam kelambu.  Beberapa buah kelambu telah diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukannya.

Kita sekarang memang maklum betapa sukarnya tinggal di kampung setinggan yang sesak.

Sekian, terima kasih.


Latihan 24.3

Tuan,

Perkara kekurangan doktor ini memang mendapat pertimbangan yang utama.  Serata negara sedang mengalami kekurangan doktor.  Untuk mengatasi perkara ini, beberapa orang doktor dari  luar negeri akan bertugas di negara kita ini.  Mereka diambil dari negara-negara yang mempunyai  bilangan doktor yang banyak.  Mereka akan bertugas selama tiga tahun.  Mereka akan menjalani kursus mempelajari Bahasa Malaysia terlebih dahulu.  

Kami tidak dapat memberitahu tuan bilangan doktor yang akan dikirimkan ke tiap-tiap negeri kerana kami belum menerima laporan berkenaan dengan pengambilan para doktor itu.  Kami akan memberitahu tuan apabila kami menerima keterangan lengkap berkenaan dengan problem di atas.

Doktor-doktor ini akan dikirimkan ke luar bandar terutama negeri-negeri  yang seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Perlis kerana rakyat di luar bandar telah lama menderita.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...