Isnin, 15 Februari 2016

Projek Kitar Semula Geografi Tingkatan 1 Kimie

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:17 PTG
Reactions: 
Assalamualaikum semua....

Haaa... harini nak update aktiviti cuti sekolah anak-anak.  Takde apa yang menarik cuti sekolah sempena CNY ni.  Mana taknya... dua-dua anak aku bercuti dengan lambakan kerja sekolah.  Diorang pon naik bising... cuti tapi macam tak cuti pon.  Cikgu sekarang pon dah pandai... bagi kerja sekolah melalui wasap dan telegram.. bagusnya pula boleh tanya direct kat cikgu kalau tak tau.  

Oklah... kerja sekolah yang anak bujan aku kena buat ni ialah projek kitar semula dari bahan terbuang untuk subjek Geografi Tingkatan 1.  Sebenarnya... beberapa hari jugalah aku ngan Kimie termenung nak buat apalah projek geografi dia ni... puas google kan internet.  Memanglah macam-macam idea ada tapi bahan tu nak kumpul sekali banyak yang buat kita down.  

Nak jadi citer... kebetulan aku kat kampung pergi mengemas rumah arwah mak mertua aku nih... Ternampak la 1 kotak lebih bekas botol kosong air mineral dan air gas f&n tu... maybe tinggalan jiran yang tumpang barang masa diorang buat kenduri kawen baru-baru ni.  Terus idea nak buat projek geografi Kimie ni masuk dalam kepala otak.  Dengan segera aku kumpulkan botol-botol tu dengan kotak-kotak sekali dan masuk dalam kereta.  Sampai encik suami bising la bawa sampah dalam kereta... heheheh....

Esoknya... aku pergi ke pekan Duyung... berdekatan dengan kedai ayah aku meniaga roti canai tu ada kedai cina repair sofa atau perabut.  Nak dijadikan citer.... aku buatlah muka tak malu minta span atau kekabu yang perca-perca tak guna tu untuk dijadikan bahan buat projek tu.  Pucuk dicita ulam mendatang.... bila aku cerita kat cina tu psl projek kitar semula anak aku tu.... dia kata "u ambil kat sana... mana boleh pakai u ambil...." wahhh....lega rasa... perca dia pon agak besar... boleh aku cantum-cantum nanti....  tapi aku rasa macam tak cukup.... aku kata aku nak beli skit span yang elok untuk buat projek tu... cina tu caj aku murah-murah... kebetulan pula... masa aku datang tu... cina tu tengah repair sofa... dia baru  buka beberapa sofa kulit untuk digantikan dengan kulit baru.... aku pon tanyalah "Ini kulit mau pakai lagi ke?" "Ini kalau u mau... u ambil la... kita mau  buang" Haaa... buang??? Banyak dan cantik-cantik lagi kulit sofa ni.... "Saya ambil yer... boleh terus buat projek anak saya..." "Anak u mau buat apa?" "Kami mau buat small sofa dari botol minuman"  Muka cina tu cam pelik... aku terus tunjuk gambar contoh yang aku nak buat.... terus cina tu faham.... dia bagi aku ambil semua... siap  bagitau nasib baik aku cepat sampai... kalau tak dia dah buang.  Hmmm... rezeki betul.
Dah sampai rumah kat Cyberjaya dan beri tempoh bertenang dan rehat kat rumah... baru aku ajak Kimie mulakan projek dia.  Aku dan encik suami sama-sama bantu... tunjukkan pada dia apa yang nak di buat... Mula-mula ingatnyer nak buat sofa yang lebar skit... Tapi nanti banyak pakai bahan pula.  So kami reduce sofa tu jadi kecil skit.  

Bahan-bahan nak buat sofa ni tak susah... pakai botol minuman, selotape, kotak, span terpakai, kain/kulit perca, hot glue gun, gunting, jarum jahit dan benang tali layang-layang.  Itu jer... pepandai la korang nak kasi kreatif ini sofa... tengok jer la camne Kimi buat kat bawah tu...
Taraaaaa..... dah siap bangku sofa kitorang... yang tak tahan tu... ada tag MILAN lagi... hahahah... mahal koooo.... nampak kelas tak hasilnya??? Heheheh... seronok betul Kimie bila projek geografi dia dah siap.  Aku ngan encik suami pula  yang sakit pinggang melayan dia... hmmmm... 
Oklah.. mana tau... dengan entry aku ni bleh bagi idea kat korang untuk menghasilkan sesuatu dari bahan kitar semula.  Semoga perkongsian aku ni berguna untuk korang.  Babai!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...