Rabu, 3 Februari 2016

Trengkas Tutorial : Part 28

Posted by Emmymazli at 4:47 PTG
'h' Titik


'h' titik digunakan apabila 'h' mati di akhir perkataan ('h' mengakhiri perkataan tanpa vokal)
 Akhiran 'an dan kan' pada perkataan yang diakhiri oleh 'h' mati:
 Latihan 28.1


Transkripsi

Latihan 28.1

Hamzah telah mendapat luka parah semasa ia mahu singgah membeli senaskhah majalah.  Keadaannya sangat menyedihkan.  Bahu dan pehanya telah patah.  Suhu darahnya tinggi.  Tubuhnya  yang gagah itu kini musnah.  Bininya Hamimah, mengeluh saja melihat Hamzah diusung ke bilik bedah.  Hamimah rasa sangat sedih dan hatinya begitu susah.  Kesusahan dan kegelisahan hatinya begitu ketara sekali.  Baru minggu sudah ia dinikahkan dengan Hamzah.  Lidahnya kelu dan seluruh tubuhnya lemah.  Puan Hajah Halimah iaitu jiran sebelah rumahnya telah datang bagi menenangkan hati Hamimah yang masih penuh dengan rasa kesedihan dan kepedihan.  "Tabahkan hati dan menyerah saja kepada Tuhan Yang Maha Esa.  Penyerahan sepenuh hati patut ditujukan kepada Allah saja.  Mudah-mudahan Hamzah akan sembuh."

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...