Selasa, 2 Februari 2016

Hello Kitty Run Malaysia 2016 - “Hello Kitty Run – Fruity Rush”

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:23 PTG
Reactions: 
Salam... 

Happy giler.... Akhirnya run yang sangat di nanti muncul juga di Malaysia.  So aku bagi riview sedikit pasal run ni.
Untuk pengetahuan readers di luar sana....  Hello Kitty Run Malaysia 2016 akan diadakan pada 6 Mac 2016 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.  So kepada peminat Hello Kitty Malaysia, korang akan  merasai keseronokan berlari dengan harga RM150 seorang... well... mahal ke idak??  Honestly pada aku sangatlah mahal.... Tapi... nak dibandingkan kalau kena pergi Singapore untuk join run ni... lari kat KL lagi berbaloi kot.  Hehehe.... Boleh tak korang imagine... semua yang join larian ni haritu pasti comel-comel dan sangat sweet dengan pink color... hehehehe... So.. tunggu apa lagi... register cepat-cepat tau!!

Sebenarnya... ini merupakan pertama kali Hello Kitty Run - Fruity Rush datang ke KL.  Sebelum-sebelum ni semuanya diadakan di Singapore.  Untuk Hello Kitty Run di Malaysia ni... penganjur telah membawa konsep baru dan menarik untuk memperkenalkan kepada peserta tentang keunikan dan keindahan serta kehijauan yang terdapat di tengah bandar Kuala Lumpur disamping berseronok dengan checkpoints bertemakan buah-buahan tropika sepanjang laluan larian.  Bersesuaian la dengan tema Fruity Rush tu kan... Apa yang ada pada checkpoint tu??  Sama-sama kita nantikan yer....

Hello Kitty Run ni dianjurkan oleh Pinkapple, penganjur yang sama menganjurkan Hello Kitty Run di Singapore.  Larian 5km ni akan menjadi kenangan terindah korang dalam album gambar, sosial media dan macam-macam lagilah yang akan menjadi aktiviti yang tidak akan dilupa oleh peminat Sanrio sepanjang event.  Jangan lupa... larian ni open kepada dewasa dan kanak-kanak tau!! Jadi bawalah family korang untuk sertai keseronokan larian dan aktiviti Hello Kitty ni.  
Hello-Kitty-Singapore-Run
Daftar Hello Kitty Run Malaysia 2016 

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dan peserta Hello Kitty Run – Fruit Rush akan mendapat  exclusive running merchandise seperti 
• Hello Kitty Runners T-shirt
• Hello Kitty Finisher Medal (diberikan selepas tamat larian)
• Hello Kitty 4″ Plush Ball Chain (diberikan selepas tamat larian)
• Hello Kitty Drawstring Bag
• Hello Kitty Race ID tag
Untuk maklumat penuh, boleh tengok kat website ni -  http://www.hellokittyrun.com.my/ 


Info Hello Kitty Run Malaysia 2016 

Tarikh: 6th March 2016 (Ahad)
Masa: 8.00am
Tempat: Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Bayaran Pendaftaran: RM150.00

Oklah... semuanya aku dah bagitau kan... so... tunggu apa lagi... jommm join... aku dah register... heehehhe... korang bila lagi???

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...