Isnin, 30 Mei 2011

Tahniah Salma dan Erra Fazira Menjadi Juara Mentor 5!!!

Posted by Emmymazli at 12:27 PG

Akhirnya Mentor 5 melabuhkan tirai dengan berakhirnya Konsert Final Mentor 5 pada malam ni.  Paling best bila protege dan mentor pilihan aku sejak konsert pertama hingga konsert final menang pada malam ni.  Congrats Salma dan Kak Erra.  Salma memang the best and u deserved it beb!! Biarlah orang nak kata apapun tentang Salma, aku tetap sokong Salma.. hehehehhe

Salma di Konsert Akhir
Salma dan Erra Fazira
Tak kurang juga congrats  pada Shiha dan Tok Pah kerana telah mendapat tempat kedua.  Iqa dan Edry pun best jugak.  Cuma takder rezekikan.  Tak dinafikan, 3 orang finalis pada konsert akhir memang bagus-bagus dan saingannya amat sengit.  Masing-masing ada kelebihan, gaya dan gimik tersendiri.

Shiha, Salma dan Iqa
Dari segi permarkahan, Salma telah menjuarai mentor musim ke 5 dengan mengumpul 85 markah, Shiha 63 markah & Iqa 56 markah. Sebagai juara, Salma membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 000 berserta sebuah kereta mewah Chevrolet Cruze bernilai RM97800.



Apapun, sekali lagi tahniah buat Salma kerana telah menjadi Juara Mentor Musim 5. Semoga Salma terus berjaya dalam karier beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...