Khamis, 19 Mei 2011

All Ladies Treasure Hunt Anjuran BERNAMA - Part 2

Posted by Emmymazli at 6:21 PTG
 
DIVA ANGLES


Malam tu, diadakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah.  Semasa sesi pendaftaran tu, setiap orang diberi goodies bag lagi.  Kali ni dapat mug comel dari Secret Recepi yang tertulis 'Happy Mothers Day'  dan baucer Mc Donald & Sunway Lagoon.  Bestnyee..... Tema pakaian adalah Pink/Purple.  Nasib baik aku bawak baju lebih yang mengikut tema.  Boleh Syila pinjam sebab dia tak bawa baju yang mengikut tema.  So baju yang Syila  pakai malam tu baju aku la... hahahah... sib baik muat.  Hehehhehe...

Syila bergaya dengan baju aku.. nasib muat ekk... comelkan??!

Dress up aku malam tu... heheheeh

Semasa sesi penyampaian hadiah tu, kumpulan aku tak expect lebih.   Memang tau tak menang pun.  Yer la kan... pertama kali  masuk.  Lebih-lebih lagi bila urusetia dah bagi jawapan setiap soalan yang diberi... banyak juga salahnya.  Adehhh.... frust pun ada... tapi terima jer laa..... Anyway, congrats kepada semua pemenang!!

Kesemua 10 pemenang yang memenangi All Ladies Treasure Hunt

Malam tu, kumpulan kami just enjoy the night dengan berkaraoke, menari, poco-poco, enjoy the game yang BENITA buat dan yang paling penting sekali ialah nak tunggu Cabutan Bertuah.  Bukan apa beb, kalau tengok hadiah dia cam lumayan jer.  Alhamdulillah.  Dalam keempat-empat kami, hanya Syila yang tak dapat cabutan bertuah.   Cik Intan orang pertama dalam team aku yang dapat hadiah dan hadiahnya ialah hamper.  Kemudian Cik Ina Tisha dengan hadiahnya Baucer Hi Tea untuk 2 orang di Melting Pot Cafe.  Kelakar juga bila tengok gelagat Cik Ina yang agak blur bila pertama kali dapat hadiah cabutan bertuah sebab katanya dia tak pernah memenangi apa-apa hadiah dari apa-apa pertandingan dan cabutan bertuah.  Malam tu rezeki aku mendapat hadiah berupa Microwave Oven berjenama Electrolux.  Huhuhu... nak terbuasir juga la aku nak angkat oven yang berat tu di atas pentas.  Hahahah... Alhamdulillah.  Walaupun kami tak memenangi apa-apa tempat dalam treasure hunt tu, sekurang-kurangnya team aku ada juga membawa hadiah yang best-best.  Tak lah sedih sangat walau tak menang.  

Hadiah-hadiah yang pihak penganjur sediakan

Cik Ina Tisha dengan hadiahnya

Rezeki aku dapat hadiah besau!!

Taraaaaa!!!!  Inilah hadiahnya.

Malam tu kami menyaksikan wanita-wanita, Datin-datin, akak-akak dan makcik-makcik bukan main sakan menari bila ada jer yang menyanyi lagu ala-ala joget zaman dolu-dolu.  Ada sorang datin ni... aku memang salut habis la... menari macam clubbing zaman dulu.  Yang penting, diorang ni sumer memang sporting.  Aku siap terbayang la.... kalau la orang PUSPANITA NRE ni sesporting macam diorang.  Mesti best!!
Sakan menari..

Layan karaoke dengan orang-orang kuat BENITA

Habis program dalam pukul 12 malam tu.  Kalau ikut hati aku  masih lagi nak layan karaoke tapi bila fikir badan dah lesu dan Syila pula dah ingat  bantal jer.  Maka kami pun terus balik ke bilik.   Esoknya, kami check out dari hotel dalam jam 9.30 pagi.  Malas nak stay lama-lama kat hotel.  Masing-masing dah ingat rumah dan kerja jer.   Lagipun takder breakfast pagi tu di hotel.  So lebih baik beransur awal.  

Possing after sakan beronggeng dengan wanita-wanita BENITA

So, rumusannya,  aku amat happy bertreasure hunt pada kali ini walaupun tak menang.   Thanks to my teams yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan program ni.  Insyaallah, next time boleh cuba lagi... Chow!!!

Selepas menyertai games bantal ala-ala kotak beracun!!

Hadiah dari game bantal - Special note pad dari Astro

Dapat hadiah lagi dari Counting Game

Keseluruhan hadiah yang kami terima dari Treasure Hunt Anjuran BENITA

Bergambar terakhir sebelum pulang

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...