15 Mei 2011 - Rumah Angah, Presint 14, Putrajaya
Mothers Day pada tahun ni, aku memang merancang untuk beri something special for Mama dan Bik Limah. Setelah discuss ngan Syila dan Angah, so aku telah plan something.
Kebetulan juga bila aku rancang tu, my mom memang nak datang sini sebab my mom temankan aunty aku iaitu Bik Limah untuk hadir konvokesyen sepupu aku Ecah di Putrajaya. Dan kebetulan juga, adik aku Syila pun joint aku untuk memasuki treasure hunt. Maka boleh dikatakan dapat lah aku mengumpulkan adik beradik aku dan juga sepupu-sepupu aku yang juga merupakan adik susuan aku untuk menyambutan hari ibu bersama my mom dan juga Bik Limah yang dah seperti mak aku juga kerana dia pernah membesarkan kami dahulu.
|
Aku dan adik beradik bersama Bik Limah dan Mama
Dari kiri dibelakang, Syila, Angah, Boy dan Aku
Dihadapan dari kiri ialah Bik Limah dan Mama |
So, habis jer dari Treasure Hunt pagi tu, aku dan Syila terus balik ke rumah untuk jemput my hubby yang keseorangan dan terus ke rumah sister aku Angah. Rupanya, my hubby dah siapkan hadiah special for my mom. Baiknya hati menantu ni. Sampai kat rumah Angah, kami buat biasa-biasa dulu. Biar makan tengahari dulu barulah boleh bergambar sakan dengan cupcake dan choc yang aku dan Syila tempah special for my mom. Anyway, cupcake tu aku minta sahabat aku masakkan sebab aku amat ketiadaan masa untuk membakar kek but topping acing dan design cupcake tu adalah my handmade ok!!! Hehehehe... puji diri sendiri. Tak kuase!! Aku buat topping malam before aku pergi treasure hunt pada hari Jumaat. Buat pun dah lewat malam, maka hasilnya memang teruk skit. Jadilaaaa......
Lebih kurang jam 3.30 petang, aku paksa my mom bersiap comel-comel... mama dah bising-bising... hahahah... bila aku cakap nak bawa pergi jalan, baru dia nak bersiap. Kebetulan Bik Limah dah memang bersiap untuk pulang ke Melaka setelah selesai urusan konvokesyen Ecah. So, lagi lah langkah kanan aku ni... Hehehehhe
|
Mama dan Bik Limah |
Bila aku keluarkan kek, chocolate dan hadiah semua dan cakap nak celebrate Mothers Day... baru masing-masing tersenyum. My mom sukalah dapat hadiah dari my hubby tu. My hubby bagi vacum sebab mama asyik merungut jer vacum dia problem. Hahahha... Hadiah dari Aku, Angah dan Syila untuk mama ialah... jeng.. jeng....jeng.... Special Invitation Sambutan Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah. Haishh... terkezut la mama sebab dapat jumpa nanti penyanyi pujaan kalbu dia tu. But, rupa-rupanya mama buat-buat terkejut, sebab Syila dah mention awal pasal event ni sebab mama dah rasa curiga pula bila kami 3 beradik masing-masing call dia suruh dia datang Putrajaya dengan membawa baju lawa-lawa. Then nak jadi hal pula, Syila pula paksa my mom beli baju yang grand-grand untuk event ni dan siap bawak ke kedai dan pilihkan baju untuk my mom ni. Hai... lagi la kantoi. Terpaksa la Syila beritahu perkara sebenar pasal event ni. Hahahah... sabo jer la mama ni.
|
Mama dan Cupcake & Choc |
|
Bik Limah bersama Cupcakenya |
Sebelum Bik Limah balik tu, Mama dan Bik Limah bukan main sakan bergambar di samping Cupcake masing-masing dan Choc. Yer la... kenangankan... As long mereka happy sudah....
Oklah... Luv u Mama & Bik Limah!!! Enjoy the pic yer...
|
Cupcake for Bik Limah |
|
Cupcake for Mama |
|
Chocolate for Mama & Bik Limah dari Aku dan Syila |
|
Bergambar dengan semua yang ada |
|
Mama bersama keluarga aku |
|
Hadiah dari my hubby for mama |
|
Suka mama dapat vacuum |
|
Bik Limah tayang Choc |
|
Memaksa mama berpossing dan makan cupcake hasil tangan aku... heheheh |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!