Blog ini adalah my happy place yang juga secara tak rasminya merupakan diari kehidupan saya dan keluarga saya. Saya amat happy jika ada kengkawan yang sudi singgah blog saya dan saya akan bertambah happy kalau kengkawan juga sudi menjadi rakan follower saya. Don't worry, dalam diam nanti, saya juga akan jadi follower you all!!!! Kan bagus kalau kita semua dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan blogger.... Hehehehhe.
Terima kasih juga kepada kengkawan yang sudi komen entry-entry saya dan juga shout di chat box saya. Insyaallah... cepat atau lambat, saya akan follow anda dan shout chat box anda juga. Tegur menegur amalan yang muliakan.
Saya juga pohon ampun dan maaf jika terdapat artikel, isu-isu dan entry-entry saya membangkitkan sensetiviti orang lain di dalam blog saya ini. Apa yang saya tulis adalah lahir dari hati saya dan adakalanya adalah tujuan berkongsi ilmu. Di harap tiada yang berkecil hati. Ok!!! Muachhhh ^_^
Heheheheh... malu nak mulakan entry nih... Bukan apa, semalam aku marah-marah sebab semak opis aku dengan khemah sana sini disebabkan Hari Belia Negara ni. Tetapi mandrem bising-bising tu bukan main lagik... tak boleh tahan aku!! kehkehkeh... Maka, ngam-ngam jer waktu pejabat habis, aku terus turun opis untuk berjimba dan round-round dengan Yatt kat area khemah-khemah tu. Rupanya best jugak ekk tengok orang ramai-ramai ni apatah lagi bila ada mini konsert sana sini. Heheheheh
Ni stage di area opis aku yang berdongdangdongdang sepanjang hari
Meriah dengan adik-adik belia di hadapan opis aku
Inilah keadaan area opis aku Wisma Sumber Asli dan Wisma KBS
Masa aku round-round tu sempat la aku cuci mata sambil bergambar. Sempatlah jumpa artis-artis... aku pun loghat la bergambo ngan diorang.. saja layan.. ngehngehngeh.... paling best bila dapat bergambar ngan Jehan Miskin.... haishhh... comeyyyyy!!!! Tapi paling tak sangka bila sedang aku merakam gambar orang berbasikal, tetiba tertangkap gambar Tan Sri Samsuddin Osman ex KSN berbasikal...heheheh... cute beb!!
Terserempak dengan Tan Sri Samsuddin Osman ex KSN berbasikal
With Nadia AF
With Radhi Khalid
Yang ni aku tak tau nama dia... tapi aku tau dia pelakon... hehehehhe
With Jehan Miskin
Suasana di Putrajaya area opis aku pada hari Jumaat
Dihadapan Istana Kehakiman
Malam semalam tu pulak... aku, hubby and kids sempat lagi pergi kat area khemah-khemah Hari Belia tu lepas makan kat Pasar Tani Putrajaya yang dipindahkan ke belakang Laman Presint 2 tu... Hendak meriki booth-booth yang best sebenarnya... tapi banyak plak yang tutup. Dah malamkan. So pemutusnya layankan Hanum ngan Kimie tengok kereta-kereta kebal tentera kat situ. Yang bestnye malam tu masa tengok kereta kebal tu... ada la 3 patung tentera ni bergaya ala sedang menembak... Rupanya orang!! Aku memang mati-mati ingat patung tapi rasa pelik lak patung ni bleh goyang skit dan agak berpeluh cuma dia tak bergerak dalam keadaan yang agak lama... yang kelakarnya bila aku nak try sentuh dia, dalam jarak yang dekat ngan patung manusia tu, boleh plak dia sergah aku 'Haaahhhh!!!'. Apa lagik!! Keluar semua melatah aku kat situ. Tergelak sumer orang yang ada kat situ... Hampeh!!!! Malu beb!! Then, sempat jugak aku jumpa Dato' Maznah Timbalan Menteri Sumber Manusia yang dulu merupakan Mantan Timbalan Menteri NRE. Jumpa la driver dia Abg Lan dan SUS dia Emelda yang juga merupakan ex staf NRE.
Aksi aku, my hubby dan anak-anak depan kereta-kereta kebal askar
Patung askar yang buat aku tekezut beruk kat situ... Hampeh!!!
Datuk Maznah sempat beri lambaian pada aku
Harini, petang tadi aku and family pergi lagi sana, hehehehehehehe. Disebabkan aku dah berjanji ngan anak-anak nak pergi Jom Heboh, so kena la tunaikan. Hari ni memang niat nak round habis kat situ. Ramainya orang harini, tak boleh nak cakap la. Sebelum tu, aku nak inform, aku berada di situ dari jam 5.00 petang hingga jam 10.50 malam... korang bayangkan apa aktiviti aku buat kat situ... heheheh. Dari Presint 18 aku parking kereta dan kami berjalan kaki sambil meronda sampai la Presint 2 kat MOA tu dan round-round area situ dan patah balik.. Huhuhu... penatnya kaki aku toksah cakap la...
Suka la anak-anak aku dengan karakter kartun diorang
Kimie minat giler ngan Naruto... so beria la nak bergambar dengan orang yang berbaju Naruto tu. Tapi nak bergambar pun kena bayar RM2 tau
Bergambar dengan patung gambar Angkasawan Negara Dr. Faiz
Nak juga posse ngan kereta Jebat
Moto apa ni...?? hehehehhe
Kali ni... sempatla aku meriki a few booth seperti destinasi percutian dan macam-macam lagik. Sempat jugak aku masuk contest melukis untuk booth Acer. Dapat beg laptop free... kalau nak beli mahal tu... hehehehheeh. Bergambar dengan artis pon best jugak tapi paling best bila dapat bergambar dan bersalam dengan abg Rosyam Noor kat booth FINAS.... salam sambil pejam mata mengenjit tu... huhuhuhuh. Teruja beb jumpa Rosyam Noor. Heheheheh!!!
Dengan One Nation Emcee
Allaa... lupa lak nama dia...
Abg Rosyam Noor... hihiihihi
Yassin semasa persembahan lagu Nur Kasih
Round area Presint 2 punya booth, my hubby ternampak contest Cuti-cuti 1 Malaysia. Maka aku and hubby pun try laa.... mana tau menangkan.... then tak sedar si Hanum dan Kimie dok melayan booth yang buat contest tu dengan aktiviti art dari span dan coloring untuk kanak-kanak... Dah le anak-anak aku tersangkut kat situ.. lama plak tu... adehhh... tapi elok jugak... ada orang melayan anak-anak aku.. Mak ngan bapaknya dok melayan contest perkataan tersembunyi... Naik pecah kepala aku nak pikir ayat yang tersembunyi dengan bunyi gong dan gendang sana sini.... Yang penting anak-anak aku happy ada aktiviti untuk diorang dan nasib baik juga bila budak kat booth tu begitu rajin melayan karenah anak-anak aku. Dalam melayan contest ngan anak-anak aku tu, tak sedar hari dah malam. Haisshhh... sedar dah pukul 9 lebih... ni baru kat Presint 2... nak menapak ke opis aku lagik sebab aku parking area belakang opis aku tu ... huhuhu. Lotih acik!!!
layan Hanum dengan kerjanya... span-span yang berlidi dan bercolor dalam cawan tu sumer hasil kerja anak-anak aku dengan bantuan urusetia booth kat situ
Anak-anak aku bergambar dengan urusetia yang membantu buat artwork diorang...
Dalam perjalanan balik tu, masa sampai kat opis aku tu ada stage utama... ramai sangat orang tengok konsert siap jerit-jerit. Rupa-rupanya ada Super Junior (SUJU) perform... terjerit-jeritlah anak dara kat situ... hehhehehe... loghatttt!!!! Aku sempat amik gambo dari jauh jer lee... tak bleh nak fokus jauh-jauh lens aku tu sebab bawak lens biase.... rasa nyesal pun ada... heheheheh.
hasil gambo dari jauh.... tension
gambar SUJU dari blog seorang kawan. baru puas ati aku tengok... heheheh
Inilah aksi salah seorang SUJU yang memeluk peminatnya yang membuatkan anak-anak dara dan peminatnya terjerit-jerit tadi... hahahha... mesti diorang jeles habis...
Video Persembahan Super Junior M dengan lagu Supergirl di Himpunan Sejuta Belia
Betul-betul bila aku menapak sampai kat tempat aku parking kereta aku selepas melihat SUJU dan round-round area opis aku tengok orang shuffle dan band, jam dah 10.50 malam. Gila babas aku and family berjalan ni arini. Patutla aku rasa lutut ngan pergelangan kaki aku cam nak tercabut. Haishhh... sabo jer laa.... Makan malam pun belum lagi nih!!! Balik terus pergi makan. Sampai umah dah jam 11.40 la jugak. Huhuhu... aku ni... jalan pun dah tak tegak... hehehehhe
Sejurus sampai kat kereta... kena la tangkap gambar my hubby ni.. sebab gambo dia takde.. hehehehhe
Kesimpulannya... Program Hari Belia 2011 di Putrajaya memang best laa!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!